{"id":10106,"date":"2024-01-29T20:26:33","date_gmt":"2024-01-29T12:26:33","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=10106"},"modified":"2024-01-29T20:26:33","modified_gmt":"2024-01-29T12:26:33","slug":"ydpa-pengalaman-tukar-kerajaan-rugikan-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=10106","title":{"rendered":"YDPA : Pengalaman Tukar Kerajaan Rugikan Negara"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1000\" height=\"670\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FB_IMG_1706530884298.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10108\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FB_IMG_1706530884298.jpg 1000w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FB_IMG_1706530884298-300x201.jpg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FB_IMG_1706530884298-768x515.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Perubahan kerajaan sebelum sesuatu penggal parlimen berakhir, titah Yang di-Pertuan Agong, hanya akan menyebabkan kerugian kepada pelbagai pihak, termasuk negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Titah Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ahli politik dinasihat agar menumpukan perhatian dan berusaha ke arah mewujudkan keharmonian kaum, meningkatkan ekonomi dan pembangunan negara.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"800\" height=\"525\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FB_IMG_1706530880255.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10109\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FB_IMG_1706530880255.jpg 800w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FB_IMG_1706530880255-300x197.jpg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/FB_IMG_1706530880255-768x504.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>&#8220;Pertukaran kerajaan bukan perkara mudah kerana ia menyebabkan kita, rakyat dan negara mengalami kerugian kewangan, kerugian masa.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya tidak mahu menuduh mana-mana parti politik, tetapi pengalaman menukar kerajaan adalah satu proses yang cukup merugikan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita sudah ada proses demokrasi bertulis yang menyatakan setiap lima tahun kita ada pilihan raya umum, jadi biarlah sekurang-kurangnya empat, lima tahun berlalu untuk kerajaan mentadbir, bukan hanya satu atau dua tahun untuk berubah sewenang-wenangnya,&#8221; titah baginda seperti dipetik Bernama hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, baginda yang akan mengakhiri khidmat sebagai Agong ke-16 selepas dilantik ke jawatan itu pada 31 Jan 2019 turut menyentuh mengenai ura-ura berlaku sekali lagi perubahan kerajaan di luar pilihan raya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menyentuh mengenai Langkah Dubai, baginda bertitah, proses demokrasi mesti dihormati oleh semua pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>Langkah Dubai merujuk kepada dakwaan komplot untuk menggulingkan kerajaan membabitkan pemimpin PN dan beberapa ahli parlimen kerajaan yang dilaporkan bertemu di Emiriah Arab Bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkannya berdasarkan laporan risikan, pemimpin PN menafikan kewujudan komplot sedemikian.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Al-Sultan Abdullah turut memberi amaran agar semua pihak tidak menghakimi kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berdasarkan tahun pertama kerajaan perpaduan mentadbir negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama baginda mengingatkan, kelemahan di sana sini memang tidak dapat dielakkan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Apa yang penting ialah kerajaan pimpinan Anwar cuba memperbaiki kelemahan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita tahu ada banyak perancangan, Pelan A, B, C, D\u2026 dan mungkin juga ada dasar yang mungkin tidak popular.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kadangkala kerajaan terpaksa membuat keputusan yang kurang popular demi kebaikan negara pada masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya harap kerajaan terus memberi kefahaman kepada rakyat di luar sana,&#8221; titah baginda lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Al-Sultan Abdullah juga bertitah menceritakan pengalamannya semasa PRU ke-15 sambil menzahirkan bahawa satu-satunya hasrat baginda adalah untuk melihat sebuah negara yang stabil dan berjaya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jadi apabila tiba pilihan raya ini (PRU15), saya mahukan keadaan harmoni dalam negara kita.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ia harus bermula di Parlimen sendiri. Kita tidak boleh terus berjuang atau berfikir secara berbeza, kita mahu memajukan negara kita, memperbaiki nama baik negara kita.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Satu-satunya hasrat saya ialah, jika boleh, semua pihak membentuk kerajaan yang kuat dan kukuh supaya kita dapat terus membangunkan sebuah negara yang stabil dan berjaya,&#8221; titah baginda.<\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan PRU ke-15 pada 2022 menyaksikan situasi parlimen tergantung dan negara terperangkap dalam kebuntuan politik selama lima hari apabila tiada mana-mana parti berjaya menguasai majoriti kerusi di Dewan Rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru baginda mencadangkan kepada ketua-ketua parti yang terlibat agar kerajaan perpaduan dibentuk.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin menolak saranan Agong agar mereka membentuk kerajaan bersama PH.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas ditolak, PH akhirnya membentuk kerajaan bersama dengan BN sebelum turut disertai parti-parti lain di Sabah dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Sultan Abdullah akan digantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang akan menaiki takhta pada 31 Jan ini untuk memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama lima tahun akan datang. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8211; Malaysiakini &#8211; <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perubahan kerajaan sebelum sesuatu penggal parlimen berakhir, titah Yang di-Pertuan Agong, hanya akan menyebabkan kerugian kepada pelbagai pihak,<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10110,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-10106","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10106","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10106"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10106\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10111,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10106\/revisions\/10111"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10110"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10106"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10106"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10106"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}