{"id":10624,"date":"2024-03-30T12:22:33","date_gmt":"2024-03-30T04:22:33","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=10624"},"modified":"2024-03-30T12:22:33","modified_gmt":"2024-03-30T04:22:33","slug":"jalan-tak-berturap-berdebu-punca-orang-tak-mahu-datang-ke-masjid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=10624","title":{"rendered":"Jalan tak berturap, berdebu punca orang tak mahu datang ke masjid"},"content":{"rendered":"<p>KAJANG &#8211; Persatuan masjid dan beberapa penduduk di Bandar Teknologi Kajang mengeluh apabila masjid yang baru dibina dan siap pada tahun lalu tetapi tidak ramai yang hadir.<\/p>\n<p>Nazir Masjid Bandar Teknologi Kajang, Mohammed Khafidz Mohamad Ishak berkata antara isu yang menjadi puncanya adalah jalan yang tidak bertar, berdebu dan menjadi laluan keluar masuk lori.<\/p>\n<p>&#8220;Ini sehingga menyebabkan jalan berlubang dan berselut.<\/p>\n<p>&#8220;Debu dan pasir juga masuk sehingga ke dalam ruangan solat masjid. Ini menyebabkan setiap hari perlu di vacum,&#8221; katanya kepada AATV News.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Mohammed Khafidz berkata antara cadangan yang diminta kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah seperti kelancaran lalu lintas, pintu pagar kedua dan jejantas motosikal.<\/p>\n<p>Beliau berkata ini bagi mengurangkan kemalangan dan bahaya kepada pengguna jalan raya.<\/p>\n<p>&#8220;Kerajaan perlu buat sesuatu untuk ambil alih jalan ini. Telah hantar surat kepada JKR tetapi jawapan diterima masih sama iaitu dalam pertimbangan.<\/p>\n<p>&#8220;Kita harap media dapat ketengahkan isu ini kepada orang atas. Biar mereka tahu,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Bumiputera Selangor, Datuk Nozhar Che Noor mempersoalkan bagaimana masjid itu dibina tanpa digazetkan jalan.<\/p>\n<p>Beliau berkata ini sesuatu perkara yang tidak patut berlaku kerana di bawah kerajaan negeri.<\/p>\n<p>&#8220;Jalan tidak dirizabkan ke masjid. Ini keperluan sebab jalan untuk ke masjid.<\/p>\n<p>&#8220;Kedua pintu pagar hanya satu sahaja dibuka menyukarkan pergerakan keluar masuk. Jika solat Jumaat menyebabkan kesesakan dan mengambil masa yang lama untuk keluar,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Nozhar juga menggesa JKR sedia menyelesaikan isu yang berbangkit itu dengan kadar segera.<\/p>\n<p>Setiausaha Masjid Bandar Teknologi Kajang, Mohd Shukri Shaari berharap pihak berkuasa terutama JKR dapat menyediakan kemudahan asas yang dibangkitkan itu.<\/p>\n<p>Beliau berkata jalan masuk ke masjid yang sempurna, berturap dan tidak menumpang jalan bersama lori kuari yang keluar masuk setiap hari dengan hampir 60 trip menyebabkan jalan akan sentiasa rosak.<\/p>\n<p>&#8220;Masjid cantik tetapi disebabkan perkara di atas, orang ramai tidak mahu ke masjid,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KAJANG &#8211; Persatuan masjid dan beberapa penduduk di Bandar Teknologi Kajang mengeluh apabila masjid yang baru dibina dan<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":10625,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[1445],"tags":[],"class_list":["post-10624","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10624","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10624"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10624\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10626,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10624\/revisions\/10626"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10625"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10624"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10624"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10624"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}