{"id":10632,"date":"2024-04-01T15:36:06","date_gmt":"2024-04-01T07:36:06","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=10632"},"modified":"2024-04-01T15:50:07","modified_gmt":"2024-04-01T07:50:07","slug":"5000-anak-pahang-di-rantau-terima-baucar-petrol-sempena-sambutan-aidilfitri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=10632","title":{"rendered":"5,000 anak Pahang di rantau terima baucar petrol sempena sambutan Aidilfitri"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Seramai 5,000 anak Pahang di rantau menerima baucar petrol sempena Program Nak Balik Beraya ke Pahang yang diadakan buat pertama kali tahun ini.<\/p>\n<p>Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata program itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga 22,000 anak Pahang memohon baucar tersebut.<\/p>\n<p>Beliau berkata pada awalnya program di bawah Sekretariat Perantau Anak Pahang itu memilih 1,000 terawal yang mendaftar.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, kerana sambutan amat menggalakkan, beliau telah menambah 4,000 lagi pemohon dan akan diberikan baucar tersebut sebelum sambutan Aidilfitri.<\/p>\n<p>&#8220;Saya telah umumkan tambahan lagi 4,000 baucar minyak petrol\/diesel berbanding 1,000 baucar yang telah diluluskan sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cPihak Jawatankuasa Sekretariat akan menguruskan pemberian baucar kepada semua penerima. Kita akan pastikan (bagi baucar) akan diselesaikan sebelum raya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Baucar Nak Balik Beraya Ke Pahang di Stadium Titiwangsa.<\/p>\n<p>Hadir sama Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaakob, Pengarah Sekretariat Mahasiswa Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, barisan Exco dan kepimpinan di pelbagai peringkat.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata program itu akan diteruskan lagi pada masa akan datang.<\/p>\n<p>Beliau turut gembira kerana dapat bertemu dan beramah mesra bersama anak-anak Pahang yang meluangkan masa untuk hadir dan berkumpul lokasi program.<\/p>\n<p>\u201cKita juga telah maklum lepas ni nak buat jamuan raya, satu buat dengan mahasiswa, satu lagi dengan anak-anak rantau pada masa dan lokasi yang bakal diumumkan kelak.<\/p>\n<p>\u201cSaya berharap menerusi program yang diselaraskan oleh Sekretariat Perantau Anak Pahang ini, hubungan anak-anak Pahang di perantauan dengan Kerajaan Negeri akan bertambah erat dan juga kukuh,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Seramai 5,000 anak Pahang di rantau menerima baucar petrol sempena Program Nak Balik Beraya ke<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":10633,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[1445],"tags":[],"class_list":["post-10632","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10632","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10632"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10632\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10639,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10632\/revisions\/10639"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10633"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10632"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10632"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10632"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}