{"id":10645,"date":"2024-04-02T13:12:38","date_gmt":"2024-04-02T05:12:38","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=10645"},"modified":"2024-04-02T13:17:08","modified_gmt":"2024-04-02T05:17:08","slug":"filem-leha-angkat-kisah-pengawal-keselamatan-jadi-hero-banteras-kes-jenayah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=10645","title":{"rendered":"Filem \u2018Leha\u2019 angkat kisah pengawal keselamatan jadi hero banteras kes jenayah"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR &#8211; Kerjaya&nbsp;sebagai seorang pengawal keselamatan mungkin dilihat antara pekerjaan yang sering dipandang rendah oleh segelintir pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, kerja pengawal keselamatan ini sebenarnya sangat penting dalam mengawal keselamatan di sesebuah kawasan atau premis daripada sebarang kemungkinan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Ia telah memberi ilham kepada syarikat produksi Alfanazra Productions untuk menghasilkan sebuah filem mengangkat mereka sebagai hero menerusi sebuah filem komedi berjudul Leha.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarahnya, Azaromi Ghozali berkata, dia tertarik untuk menghasilkan filem Leha kerana ia sebagai tanggungjawab sosial sebagai warga tempatan untuk mengangkat taraf pengawal keselamatan ke satu tahap yang lebih tinggi agar masyarakat memandang mereka ini mempunyai keberanian tersendiri, malah turut dilatih dengan latihan ala tentera.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada saya ini adalah&nbsp;antara tarikan utama dalam filem ini. Selalunya orang memandang rendah kerjaya sebagai pengawal keselamatan namun kali ini saya mengangkat mereka dengan sifat keberanian dan tanggungjawab.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSedangkan kita sedia maklum tentang pengorbanan mereka yang sangat besar dalam soal menjaga keselamatan orang awam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBoleh dikatakan filem Leha ini sebagai satu penghargaan buat seluruh warga pengawal keselamatan dan seluruh ahli Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM),\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bercerita mengenai filem berkenaan, Azaromi berkata, menerusi filemnya itu, dia mengangkat dua orang pengawal keselamatan menjadi hero yang membantu membanteras sebuah kes jenayah.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, filem Leha mengisahkan tentang tiga orang pengawal keselamatan di sebuah kilang yang membantu menyelamatkan seorang gadis bernama Leha yang hampir menjadi mangsa culik gara-gara mempunyai maklumat dan dokumen mengenai jenayah pemerdagangan manusia di kilang terbabit.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"680\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/Official-Poster-LEHA-680x1024.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-10647\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/Official-Poster-LEHA-680x1024.png 680w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/Official-Poster-LEHA-199x300.png 199w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/Official-Poster-LEHA-768x1157.png 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/Official-Poster-LEHA-1020x1536.png 1020w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/Official-Poster-LEHA-1360x2048.png 1360w\" sizes=\"auto, (max-width: 680px) 100vw, 680px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Filem ini&nbsp;menampilkan barisan pelakon-pelakon seperti Ali Puteh, Kodi Rasheed, Dboy Hamdan, Silfeny Osman, Khir Rahman, Cat Farish, Deen Wahab, Ikhwan Khairudin, Bidin Al Zaifa dan ramai lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Azaromi berkata,&nbsp;kali ini dia memilih genre aksi komedi kerana ingin memberikan penonton rasa terhibur dengan lawak jenaka yang disampaikan dan secara tidak langsung dapat melihat kisah keberanian 3 orang pengawal keselamatan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPemilihan genre aksi komedi ini bukanlah ingin memperlekehkan kisah pengawal keselamatan dalam filem ini, tetapi saya mahu ia sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan cara ini akan menarik minat penonton dan tanpa ragu-ragu untuk menonton bersama anak dan isteri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya juga mahu menampilkan sedikit kelainan berbanding filem aksi komedi yang lain, kerana dalam penceritaannya terdapat \u2018plot twist\u2019 yang semestinya akan memberikan kejutan kepada penonton,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai cabaran yang dilalui sepanjang pembikinan filem Leha ini, pengarah itu mengakui menghasilkan sebuah filem komedi memang agar sukar.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, sebagai seorang pengarah, dia perlu memastikan komedi yang disampaikan dapat difahami oleh penonton.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau nak buat cerita air mata atau kisah seram, ia memang agak mudah, namun jika filem komedi, ia sangat subjektif kerana bukan senang untuk buat penonton&nbsp;terhibur.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetiap orang ada citarasa tersendiri dan tidak perlu hairan jika satu panggung ketawa tiba-tiba seorang daripadanya langsung tidak senyum dan begitu juga sebaliknya apabila kita langsung tidak ketawa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInilah cabaran terbesar buat diri saya untuk mengarahkan sebuah filem komedi seperti Leha,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Filem Leha akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 11 April&nbsp;ini&nbsp;sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"704\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/Leha-14-1024x704.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10648\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/Leha-14-1024x704.jpg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/Leha-14-300x206.jpg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/Leha-14-768x528.jpg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/Leha-14-1536x1056.jpg 1536w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/Leha-14.jpg 1600w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>SINOPSIS<\/strong><strong><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Mengisahkan tentang&nbsp;seorang gadis, Leha pekerja di sebuah kilang yang mengetahui rahsia di sebalik kes jenayah pemerdagangan manusia di kilang tempat dia bekerja.<\/p>\n\n\n\n<p>Leha hampir-hampir diculik sekumpulan lelaki di depan kilangnya itu, namun kejadian berkenaan disedari dua orang pengawal keselamatan iaitu Sani dan Khai yang telah menyelamatkannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Rupa-rupanya, Leha telah menjumpai dokumen dalam sebuah pen drive yang mengandungi segala maklumat mengenai kegiatan jenayah yang dilakukan bosnya itu menjadi punca dia diculik.<\/p>\n\n\n\n<p>Rentetan daripada itu, Leha bersama Sani dan Khai dan seorang lagi pengawal keselamatan yang baru bekerja iaitu Adam telah bergabung untuk membongkar kegiatan jenayah berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Kerjaya&nbsp;sebagai seorang pengawal keselamatan mungkin dilihat antara pekerjaan yang sering dipandang rendah oleh segelintir pihak.<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":10646,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1720,1721],"class_list":["post-10645","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-hiburan","tag-filem-leha","tag-pengawal-keselamatan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10645","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10645"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10645\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10652,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10645\/revisions\/10652"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10646"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10645"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10645"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10645"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}