{"id":10835,"date":"2024-05-16T12:14:33","date_gmt":"2024-05-16T04:14:33","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=10835"},"modified":"2024-05-16T12:14:33","modified_gmt":"2024-05-16T04:14:33","slug":"turunkan-kandungan-pertemuan-anwar-ibrahim-hamas-fahmi-minta-penjelasan-meta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=10835","title":{"rendered":"Turunkan kandungan pertemuan Anwar Ibrahim &amp; Hamas, Fahmi minta penjelasan Meta"},"content":{"rendered":"\n<p>PUTRAJAYA \u2013\u00a0Kementerian Komunikasi meminta penjelasan syarikat induk Facebook, Meta Platforms yang menurunkan hantaran\u00a0<em>(posting)<\/em>\u00a0syarikat media berkaitan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sayap politik Hamas.<\/p>\n\n\n\n<p>Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, dua media melaporkan perkara itu kepada kementeriannya, dengan Meta memberi alasan status itu berkaitan sebuah organisasi yang Meta anggap berbahaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, selepas diteliti, alasan diberikan Meta tidak berasas kerana tiada aspek sebegitu dalam laporan media terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan, Meta juga telah menutup satu akaun media sosial milik sebuah portal dalam talian menyebabkan mereka terpaksa membuka akaun baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai Menteri Komunikasi, saya kecam tindakan pihak Meta untuk menurunkan artikel atau posting daripada media.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApatah lagi kerana ini adalah pelaporan lawatan rasmi PM ke Qatar dan pertemuan dengan sayap politik sebuah organisasi, bukan sayap militan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) telah menghantar surat kepada pihak Meta&nbsp;untuk mendapatkan penjelasan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya juga akan menghantar&nbsp;surat kepada Meta untuk meminta penjelasan&nbsp;daripada mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Fahmi berkata, perkara dilakukan Meta itu secara jelas menunjukkan mereka tidak menghormati kebebasan media dalam menggunakan platform mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita akan adakan pertemuan dengan platform media sosial pada Jun nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam pertemuan itu nanti, saya akan bangkitkan isu terbabit,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian pada&nbsp;sidang media mingguan di bangunan Kementerian Komunikasi, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu,&nbsp;Anwar membuat pertemuan dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar pada Isnin dan mencetus pelbagai andaian lebih-lebih lagi ketika nama Malaysia sendiri dikaitkan dengan penyaluran dana kepada Hamas.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertemuan tertutup antara Anwar dan Haniyeh berlangsung lebih sejam ketika Anwar dalam misi lawatan rasmi ke Qatar.<br>&#8211; max-infos.com &#8211;<br><br><br><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA \u2013\u00a0Kementerian Komunikasi meminta penjelasan syarikat induk Facebook, Meta Platforms yang menurunkan hantaran\u00a0(posting)\u00a0syarikat media berkaitan pertemuan Perdana Menteri,<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10836,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[1445],"tags":[],"class_list":["post-10835","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10835","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10835"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10835\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10837,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10835\/revisions\/10837"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10836"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10835"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10835"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10835"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}