{"id":10944,"date":"2024-05-17T18:56:26","date_gmt":"2024-05-17T10:56:26","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=10944"},"modified":"2024-05-17T18:56:26","modified_gmt":"2024-05-17T10:56:26","slug":"raja-muda-selangor-perkenan-nobat-tiga-usahawan-oku-sebagai-ikon-usahawan-oku-selangor-edisi-kelima","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=10944","title":{"rendered":"Raja Muda Selangor perkenan nobat tiga usahawan OKU sebagai Ikon Usahawan OKU Selangor edisi kelima"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR &#8211; Tiga usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dinobatkan sebagai Ikon Usahawan OKU negeri Selangor oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dan juga juri yang lain pada Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD) yang telah berlangsung di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yang layak ialah Ahmad Anda Ismail (Jamu Kunyit) &#8211; OKU Fizikal (tempat pertama), Mahmud Rasul (Kuih Raya dan Kuih Tradisional) &#8211; OKU Fizikal (tempat kedua) dan Sazman Nazlee Adha Ali (Perkhidmatan Jurugambar) &#8211; OKU Pendengaran\u00a0(tempat ketiga).<\/p>\n\n\n\n<p>Program Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD) kali ini telahpun memasuki edisi kelima penganjurannya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"681\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/SAYLEAD2024-116-1024x681.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10946\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/SAYLEAD2024-116-1024x681.jpg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/SAYLEAD2024-116-300x200.jpg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/SAYLEAD2024-116-768x511.jpg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/SAYLEAD2024-116-1536x1022.jpg 1536w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/SAYLEAD2024-116-2048x1363.jpg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Program SAY LEAD adalah sebuah inisiatif yang dianjurkan oleh Selangor Youth Community (SAY), sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh DYTM Raja Muda Selangor untuk memperkasakan usahawan OKU di dalam negeri Selangor.<\/p>\n\n\n\n<p>Menariknya, dalam edisi kali ini, usahawan OKU pekak dan bisu juga turut menyertai dan menunjukkan potensi yang luar biasa seperti usahawan OKU lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan bantuan daripada Jurubahasa Isyarat (JBI) semasa sesi pembentangan akhir dijalankan, mereka berhasil membuktikan bahawa mereka juga mampu dan berkeinginan sama seperti orang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Kali ini, pihak SAY turut meneruskan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Unit Perkhidmatan OKU (UPO UITM).<\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama ini telah dilaksanakan sejak tahun 2021 dan hasil daripada kerjasama ini, UPO UITM telah berjaya menghasilkan 5 kertas kajian yang berimpak.<\/p>\n\n\n\n<p>Matlamat pihak SAY adalah agar kerjasama ini dapat membentuk satu kerjasama yang holisitik dan inklusif demi pembangunan OKU Negeri Selangor.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"681\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/SAYLEAD2024-138-1024x681.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10947\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/SAYLEAD2024-138-1024x681.jpg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/SAYLEAD2024-138-300x200.jpg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/SAYLEAD2024-138-768x511.jpg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/SAYLEAD2024-138-1536x1022.jpg 1536w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/SAYLEAD2024-138-2048x1362.jpg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Melalui program SAY LEAD, objektif utama Baginda adalah untuk mempromosikan perniagaan usahawan OKU yang pelbagai dalam usaha untuk mengubah ekosistem usahawan OKU agar terus kekal berdaya saing dalam sektor ekonomi seiring dengan arus pemodenan.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini turut ditaja oleh Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan yang dipimpin oleh Mohd Najwan Halimi.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, program ini juga turut mendapat bantuan data peserta OKU dengan kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara&nbsp;kriteria pemilihan peserta iaitu ialah:<\/p>\n\n\n\n<p>\u25cf Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)<\/p>\n\n\n\n<p>\u25cf Berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun<\/p>\n\n\n\n<p>\u25cf Menjalankan perniagaan di negeri Selangor<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"681\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/SAYLEAD2024-214-1024x681.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10948\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/SAYLEAD2024-214-1024x681.jpg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/SAYLEAD2024-214-300x200.jpg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/SAYLEAD2024-214-768x511.jpg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/SAYLEAD2024-214-1536x1022.jpg 1536w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/SAYLEAD2024-214-2048x1363.jpg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Program SAY LEAD edisi kelima ini telah memilih seramai 30 peserta sejak Oktober 2023 untuk menjalani kursus perniagaan seperti modul-modul berikut:<\/p>\n\n\n\n<p>\u25cf Profil keusahawanan<\/p>\n\n\n\n<p>\u25cf Bisnes model kanvas dan rancangan perniagaan<\/p>\n\n\n\n<p>\u25cf Penjenamaan dan pemasaran digitalisasi<\/p>\n\n\n\n<p>\u25cf Pengurusan kewangan<\/p>\n\n\n\n<p>\u25cf Sesi perkongsian bersama agensi yang berkenaan<\/p>\n\n\n\n<p>\u25cf Bengkel bisnes profil dan pembentangan perniagaan<\/p>\n\n\n\n<p>Pusingan akhir liga usahawan OKU Selangor edisi kelima ini telah diadili oleh:<\/p>\n\n\n\n<p>1. DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor<\/p>\n\n\n\n<p>2. Ahmad Daud Abdul Rashid, Ketua Bahagian Penasihat dan Pemantauan, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad &#8211; PUNB<\/p>\n\n\n\n<p>3. Muhd Firdaus Azharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara \u2013 INSKEN<\/p>\n\n\n\n<p>4. Yuzawati Yusof, Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS<\/p>\n\n\n\n<p>5. Mohammad Syukri Ismail, Pengurus Besar Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad \u2013 KOHIJRAH<\/p>\n\n\n\n<p>Tiga usahawan OKU yang berjaya mendapat tempat dalam pembentangan akhir bakal mendapat faedah seperti berikut:<\/p>\n\n\n\n<p>\u25cf Piala dan sijil pengiktirafan dari Selangor Youth Community (SAY)<\/p>\n\n\n\n<p>\u25cf Geran perniagaan berjumlah RM4,000 (Juara), RM 3,000 (Naib Juara) dan RM 2,000 (Ketiga)<\/p>\n\n\n\n<p>\u25cf Layak ke peringkat seterusnya iaitu SAY LEAD+, program bimbingan selama 3 bulan untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan melalui akses pasaran baru, digitalisasi perniagaan dan pasaran eksport serta reruai secara percuma.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Tiga usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dinobatkan sebagai Ikon Usahawan OKU negeri Selangor oleh<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":10945,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[16],"tags":[1056,1737],"class_list":["post-10944","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bisnes","tag-raja-muda-selangor","tag-say-lead"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10944","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10944"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10944\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10949,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10944\/revisions\/10949"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10945"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10944"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10944"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10944"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}