{"id":10998,"date":"2024-05-23T21:20:12","date_gmt":"2024-05-23T13:20:12","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=10998"},"modified":"2024-05-23T21:20:12","modified_gmt":"2024-05-23T13:20:12","slug":"kaf-lancar-1500-set-khas-pengurusan-jenazah-edisi-kazim-elias","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=10998","title":{"rendered":"KAF lancar 1,500 set khas pengurusan jenazah edisi Kazim Elias"},"content":{"rendered":"\n<p>BANGI &#8211; Dalam usaha membantu masyarakat mengenai pengurusan jenazah, KAF Digital Media melancarkan set khas pengurusan jenazah edisi istimewa Datuk Ustaz Kazim Elias.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai permulaan sebanyak 1500 set dikeluarkan di mana ia merangkui 22 barangan antaranya&nbsp;jubah, telekung, sabun bidara, kain kafan, kapur barus dan pelbagai lagi yang&nbsp;boleh digunakan untuk jenazah lelaki dan wanita.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Sani berkata, idea menghasilkan produk berkenaan tercetus selepas melihat kurangnya pendedahan mengenai kepentingan penyediaan barangan untuk jenazah di kalangan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLebih setahun membuat kajian sebelum menghasilkan produk ini dan kami dapati tidak ramai lagi yang menjual set jenazah ini di pasaran.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami berharap dengan penjualan set ini dapat memberi peluang untuk semua memiliki set ini di setiap rumah masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni juga sebagai persediaan kepada semua bahawa hidup ini tidak semestinya menunggu tua untuk mati, sesiapa sahaja akan melaluinya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDisamping penjualan set ini juga kami berharap dapat memberi sedikit pengetahuan mengenai pengurusan jenazah kepada semua,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"681\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/WhatsApp-Image-2024-05-22-at-20.37.15-1024x681.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11000\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/WhatsApp-Image-2024-05-22-at-20.37.15-1024x681.jpeg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/WhatsApp-Image-2024-05-22-at-20.37.15-300x199.jpeg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/WhatsApp-Image-2024-05-22-at-20.37.15-768x511.jpeg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/05\/WhatsApp-Image-2024-05-22-at-20.37.15.jpeg 1280w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Membawa slogan \u2018Satu rumah, Satu keperluan\u2019, harga bagi setiap set RM249 dan pembelian boleh dibuat secara dalam talian di www.kafanmalaysia.com atau penghantaran hanya di sekitar Lembah Klang.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain Khairul, KAF Digital Media yang ditubuhkan&nbsp;tahun lalu turut&nbsp;diasaskan oleh tiga lagi pengarahnya,&nbsp;Anas Abd Rahman, Ahmad Fawzan dan Khairul Manaf.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiap pengeluaran set itu dihasilkan&nbsp;sendiri dari kilang milik KAF Digital Media yang terletak di Desa Coalfields, Sungai Buloh.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata, pihaknya menyokong penuh inisiatif yang dibuat oleh KAF Digital Media dalam usaha menyediakan 1 set jenazah untuk di setiap rumah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebenarnya tidak susah pun menguruskan jenazah tetapi sejak dulu masyarakat sering ditakutkan dengan susahnya menguruskan jenazah itu kerana banyak urusannya termasuklah perlu menjahit sendiri keperluan untuk jenazah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDiharap usaha KAF ini sedikit sebanyak membantu memudahkan masyarakat untuk tidak bergantung kepada mereka yang layak atau arif sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebaliknya dengan adanya set ini yang cukup lengkap barangannya, sesiapa sahaja boleh menguruskan jenazah terutama ahli keluarga mereka sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pembelian 1500 terawal, mereka yang layak bakal memenangi cabutan bertuah setiap satu iaitu&nbsp;pakej umrah bernilai RM8690 dan Emas Alif bernilai RM3,000.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BANGI &#8211; Dalam usaha membantu masyarakat mengenai pengurusan jenazah, KAF Digital Media melancarkan set khas pengurusan jenazah edisi<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":10999,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[16],"tags":[1740,1741],"class_list":["post-10998","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bisnes","tag-kaf-digital-media","tag-set-khas-pengurusan-jenazah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10998","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10998"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10998\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11001,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10998\/revisions\/11001"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10999"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10998"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10998"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10998"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}