{"id":11408,"date":"2024-07-25T23:10:40","date_gmt":"2024-07-25T15:10:40","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=11408"},"modified":"2024-07-25T23:14:28","modified_gmt":"2024-07-25T15:14:28","slug":"umno-yakin-rampas-kembali-kerusi-dun-nenggiri-dari-pn-rosni-zahari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=11408","title":{"rendered":"UMNO yakin rampas kembali kerusi DUN Nenggiri dari PN- Rosni Zahari"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Wanita UMNO yakin partinya akan kembali merampas kerusi di DUN Nenggiri berdasarkan &#8216;track record&#8217; yang ada.<\/p>\n<p>Ketua Penerangannya, Datuk Rosni Zahari berkata selepas Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi itu, dilihat tiada pembangunan dibawa di Nenggiri.<\/p>\n<p>Jelasnya, apabila penyandang kerusi tersebut, Mohd. Azizi Abu Naim menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan peruntukan malah diminta mengosongkan kerusi.<\/p>\n<p>&#8220;Tiada &#8216;track record&#8217; dibawa PAS dan Bersatu di Nenggiri.<\/p>\n<p>&#8220;Mungkin pilihan raya lalu, pengundi di Nenggiri mahu cuba nasib,&#8221; katanya kepada AATV News.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Rosni turut yakin pengundi yang tidak mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu akan kembali undi BN.<\/p>\n<p>Beliau berkata majoriti pengundi Melayu di Nenggiri akan memilih calon UMNO berbanding Bersatu.<\/p>\n<p>&#8220;Persiapan Wanita UMNO akan meletakkan jentera bagi membantu calon BN di sana.<\/p>\n<p>&#8220;Saya mohon kepada pengundi di Nenggiri membuat pilihan tepat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Rosni berkata calon BN di Nenggiri iaitu Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani\u00a0juga adalah yang terbaik.<\/p>\n<p>Beliau merupakan tokoh muda dan pengundi di Nenggiri sudah mengenalinya.<\/p>\n<p>&#8220;Kita ketahui ketokohannya dan calon terbaik untuk rakyat di Nenggiri. <\/p>\n<p>&#8220;Calon ini sudah mesti calon yang berada dalam Kerajaan Madani iaitu berada dalam Kerajaan Perpaduan. Soal peruntukan pasti dapat diatasi dan dipenuhi,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 28 Jun lalu menetapkan PRK DUN Nenggiri diadakan pada 17 Ogos depan.<\/p>\n<p>Ia berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd. Azizi diisytiharkan hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun lalu.<\/p>\n<p>PRN pada Ogos tahun lalu menyaksikan Mohd. Azizi yang bertanding atas tiket PAS menang dengan majoriti 810 undi.<\/p>\n<p>Beliau yang memperoleh 6,517 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Ab. Aziz Yusoff yang memperolehi 5,707 undi.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Mohd Azizi pada 7 November 2023 mengisytiharkan sokongan penuh kepada Anwar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Wanita UMNO yakin partinya akan kembali merampas kerusi di DUN Nenggiri berdasarkan &#8216;track record&#8217; yang<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":11411,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-11408","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11408","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11408"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11408\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11412,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11408\/revisions\/11412"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11411"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11408"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11408"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11408"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}