{"id":11431,"date":"2024-07-31T13:16:52","date_gmt":"2024-07-31T05:16:52","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=11431"},"modified":"2024-07-31T13:18:05","modified_gmt":"2024-07-31T05:18:05","slug":"gv-ride-syarikat-e-hailing-tempatan-tawar-perkhidmatan-mesra-bajet","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=11431","title":{"rendered":"GV Ride, syarikat e-hailing tempatan tawar perkhidmatan &#8216;mesra bajet&#8217;"},"content":{"rendered":"<p>KAJANG &#8211; Secara rasminya semalam GV Ride atau Green Vision yang merupakan sebuah syarikat e-hailing tempatan mengumumkan pelancaran perkhidmatan mereka yang mesra bajet dan inovatif di Malaysia. <\/p>\n<p>GV Ride yang bakal dilancarkan pada hujung tahun ini akan memulakan operasi perkhidmatan mereka di kawasan Lembah Klang.<\/p>\n<p>&#8220;Fokus kami pada kawasan Lembah Klang, tanpa tergesa-gesa untuk meliputi seluruh Malaysia.<\/p>\n<p>&#8220;Kami menawarkan pelbagai pelan untuk memenuhi keperluan semua orang,&#8221; kata Pengarah Urusan GV Ride, Ir Vincent Chew Hian Sern.<\/p>\n<p>Dalam pada itu menurut Vincent, GV Ride menyediakan sistem bidaan yang fleksibel dengan kadar tambang pemandu minimum bermula dari RM1.25\/km.<\/p>\n<p>Beliau berkata syarikat itu sedang menawarkan bonus pra-pelancaran untuk &#8216;pick-up&#8217; lebih dari 5 km sebagai insentif untuk pemandu.<\/p>\n<p>GV Ride yang ditubuhkan pada 2023, merupakan salah satu daripada 30 syarikat yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).<\/p>\n<p>Vincent berkata GV Ride komited untuk menyediakan Lesen Kenderaan E-hailing (EVP) kepada pemandu mereka sebelum pengaktifan akaun dalam talian. <\/p>\n<p>&#8220;Syarikat ini juga menekankan keutamaan untuk sentiasa mendengar maklum balas daripada pengguna dan pemandu bagi memastikan perkhidmatan yang lebih baik,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Tambahnya, antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh GV Ride termasuklah sistem rundingan harga yang membolehkan penumpang menetapkan tambang pilihan mereka. <\/p>\n<p>Beliau berkata perjalanan akan disahkan jika pemandu bersetuju dengan harga tersebut. <\/p>\n<p>&#8220;Penumpang juga boleh memilih pemandu mereka, menjejaki lokasi kenderaan, mendapatkan anggaran masa ketibaan, serta memilih kaedah pembayaran yang pelbagai. <\/p>\n<p>&#8220;Selain itu, pengguna juga diberi pilihan untuk memilih jenis kereta yang mereka inginkan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dalam usaha untuk mempromosikan penggunaan tenaga yang lebih bersih, GV Ride merancang untuk memperkenalkan kereta elektrik pada akhir tahun 2024. <\/p>\n<p>Syarikat ini juga akan menawarkan skim penjimatan di mana pemandu boleh menyewa kereta elektrik untuk kegunaan e-hailing, sebagai sebahagian daripada komitmen mereka terhadap kelestarian alam sekitar.<\/p>\n<p>Syarikat ini turut menawarkan kadar komisen yang jauh lebih rendah berbanding pesaing e-hailing lain di Malaysia.<\/p>\n<p>Dalam masa terdekat, GV Ride merancang untuk melancarkan kempen pengiklanan pemandu dan menyediakan kod promo serta baucar kepada pengguna. <\/p>\n<p>Pemandu yang berminat boleh mendaftar melalui aplikasi, dengan perkhidmatan pelanggan yang sedia membantu 24\/7 melalui Autobot dan ejen perkhidmatan pelanggan.<\/p>\n<p>GV Ride optimis bahawa pendekatan mesra alam dan inovatif mereka akan memberikan pengalaman e-hailing yang lebih baik kepada pengguna di Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KAJANG &#8211; Secara rasminya semalam GV Ride atau Green Vision yang merupakan sebuah syarikat e-hailing tempatan mengumumkan pelancaran<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":11434,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[1733],"tags":[],"class_list":["post-11431","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-automotif"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11431","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11431"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11431\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11433,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11431\/revisions\/11433"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11434"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11431"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11431"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11431"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}