{"id":11435,"date":"2024-07-31T23:47:56","date_gmt":"2024-07-31T15:47:56","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=11435"},"modified":"2024-07-31T23:47:56","modified_gmt":"2024-07-31T15:47:56","slug":"mqa-nasihat-orang-ramai-jangan-terpedaya-tawaran-sijil-palsu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=11435","title":{"rendered":"MQA nasihat orang ramai jangan terpedaya tawaran sijil palsu"},"content":{"rendered":"\n<p>SEPANG&nbsp;&#8211;&nbsp;Masyarakat di negara ini dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan atau tawaran sijil palsu yang kembali berleluasa di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, pembabitan kegiatan ini salah di sisi undang-undang dan mengundang risiko tidak diingini kepada penjual, pembeli dan majikan yang merekrut pemegang sijil kelayakan palsu ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, bagi peringkat pendidikan tinggi, MQA ialah badan yang bertanggungjawab mengawal selia kualiti program akademik di institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, bagi lulusan dari luar negara,&nbsp;pihaknya mempunyai jaringan badan akreditasi antarabangsa yang boleh menyemak kesahihan kelayakan seseorang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Semakan ini penting terutama kepada majikan yang ingin mendapatkan pengesahan kelayakan calon yang memohon pekerjaan di syarikat masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Diharap masyarakat tidak mudah terpedaya dengan iklan sijil palsu ini kerana ia perkara yang merugikan individu dari aspek kewangan seterusnya memberi imej buruk kepada mereka yang terbabit&nbsp;kerana ia satu bentuk penipuan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan sebuah akhbar bertajuk &#8216;Beli Sijil PhD RM4,000&#8217;, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, secara umumnya penjualan sijil palsu peringkat pendidikan tinggi ini bukan perkara baru kerana ia sudah berlaku sejak 1980-an lagi di Amerika Syarikat (AS) dan dijual secara terang-terangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, sekiranya masyarakat menerima iklan atau tawaran yang &#8216;terlalu bagus untuk dipercayai&#8217; dalam konteks sijil kelayakan pendidikan tinggi, dinasihatkan untuk merujuk kepada MQA terlebih dahulu supaya tidak terjerat dengan tipu daya sindiket sijil palsu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, bagi semakan program akademik, masyarakat boleh rujuk terus ke Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) menerusi pautan https:\/\/www2.mqa.gov.my\/mqr\/ atau bagi peringkat ijazah kedoktoran\/ijazah kehormat semakan boleh dibuat menerusi portal yang disediakan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) iaitu https:\/\/dohe.mohe.gov.my\/award\/<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dalam dunia digital kini, sukar untuk kita membendung semua maklumat yang datang terutama daripada media sosial, namun semakan boleh dibuat sama ada melalui MQA, JPT atau &nbsp;terus kepada IPT yang berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Di MQA, kita tidak mahu masyarakat Malaysia tertipu dengan sindiket ini yang mengaut keuntungan jutaan ringgit kerana &#8216;pelaburan&#8217; yang mereka keluarkan akan menjadi sia-sia sahaja kerana sijil yang dikeluarkan tidak sah,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEPANG&nbsp;&#8211;&nbsp;Masyarakat di negara ini dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan atau tawaran sijil palsu yang kembali berleluasa<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":11436,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[130],"tags":[1727,1850],"class_list":["post-11435","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-am","tag-mqa","tag-sijil-palsu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11435","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11435"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11435\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11437,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11435\/revisions\/11437"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11436"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11435"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11435"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11435"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}