{"id":11571,"date":"2024-08-26T22:44:37","date_gmt":"2024-08-26T14:44:37","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=11571"},"modified":"2024-08-26T22:45:30","modified_gmt":"2024-08-26T14:45:30","slug":"hellooo-simbolik-dafi-keluar-dari-pertapaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=11571","title":{"rendered":"Hellooo! simbolik Dafi keluar\u00a0dari\u00a0&#8216;pertapaan&#8217;"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KUALA LUMPUR &#8211; Selepas lama menanti&nbsp;waktu yang tepat untuk keluar daripada \u2018pertapaan\u2019, penyanyi Dafi memilih bulan Ogos sebagai permulaan untuknya kembali aktif dalam bidang seni.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mempertaruhkan single terbaru berjudul Hellooo!, pemilik nama penuh Gadaffi Ismail Sabri ini memilih frasa sapaan sebagai mukadimah untuk menyapa satu sama lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hellooo! mempunyai signifikasi terhadap karya garapan komposer Shazee Ishak dan lirik pula&nbsp;dihasilkan oleh Altimet.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah, lagu ini sudah beberapa tahun berada dalam simpanan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSudah lama sebenarnya saya tidak tampil dengan single baru, sehinggakan ada yang lupa saya sebenarnya penyanyi. Ini kerana saya lebih memberikan fokus kepada bidang lakonan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMemandangkan karya ini sudah lama berada dalam simpanan dan sudah dirakamkan, ini adalah masa &nbsp;terbaik untuk dilancarkan khas untuk halwa telinga semua pihak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBeberapa tahun tertangguh, tidak dinafikan ada rasa ralat dalam diri kerana semuanya sudah disiapkan cuma ada hal teknikal yang tidak dapat dielakkan menyebabkan ia disimpan dahulu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jejaka berusia 36 tahun ini turut menjelaskan hala tuju muziknya kini sudah berubah apabila mempamerkan sisi kematangan terutama dalam menyebarkan aura positif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSemakin dewasa dalam bermuzik, saya ingin menyajikan kelainan sewaktu menyampaikan lagu yang penuh dengan semangat muda, persahabatan dan juga aura positif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya dikenali menerusi lagu Bila Terasa Rindu, namun saya ingin bereksperimentasi dengan muzik sejajar dengan peningkatan usia, sekali gus memberi impak positif kepada kerjaya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"819\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/WhatsApp-Image-2024-08-26-at-22.16.19-819x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11574\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/WhatsApp-Image-2024-08-26-at-22.16.19-819x1024.jpeg 819w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/WhatsApp-Image-2024-08-26-at-22.16.19-240x300.jpeg 240w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/WhatsApp-Image-2024-08-26-at-22.16.19-768x960.jpeg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/WhatsApp-Image-2024-08-26-at-22.16.19-1229x1536.jpeg 1229w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/WhatsApp-Image-2024-08-26-at-22.16.19-1638x2048.jpeg 1638w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/08\/WhatsApp-Image-2024-08-26-at-22.16.19.jpeg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 819px) 100vw, 819px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSingle ini begitu istimewa kerana dihasilkan&nbsp;oleh&nbsp;dua figura yang juga idola saya dalam industri. Karya yang mereka hasilkan sering mencetuskan magis, jadi pertama kali mendengar Hellooo!, saya sudah jatuh cinta,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berkongsi lanjut mengenai single terbaharunya itu, Dafi menyifatkan Hellooo! menjadi simbolik kepada kekuatan dirinya yang tidak pernah berputus asa dalam hidup.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pernah mencipta nama menerusi program realiti Akademi Fantasia musim kelima, anak kedua daripada empat bersaudara itu tidak melihat percubaannya dalam bidang seni sebagai pematah semangat sebaliknya meneruskan langkah untuk berjuang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSebagai anak seni, keadaan sebegitu sedikit pun tidak mematahkan semangat saya dalam meneruskan kerjaya yang saya cintai ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cHellooo! adalah&nbsp;suara hati saya. Selepas lebih sedekad bergiat aktif dalam bidang ini, saya lebih matang dan berpendirian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMungkin kehadiran saya sebagai penyanyi tidak mendapat pengiktirafan sebanyak yang diinginkan namun saya masih bersemangat dan tidak berputus asa dalam bidang seni.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cIni kerana saya mempunyai minat mendalam dalam bidang seni dan saya tidak akan mudah berputus asa begitu saja,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain menghadiahkan peminat dengan buah tangan terbaru, Dafi juga berharap dapat menarik peminat dari kalangan generasi muda untuk mengenali dirinya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dafi yang kini bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana label mengakui lebih bebas berkarya dan bereksperimentasi meneroka arena nyanyian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hellooo! kini boleh didengari di semua&nbsp;platform penstriman seperti Apple Music, Spotify, Joox, Youtube Music, Tik Tok, Amazon Music, Tidal dan Deezer.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Selepas lama menanti&nbsp;waktu yang tepat untuk keluar daripada \u2018pertapaan\u2019, penyanyi Dafi memilih bulan Ogos sebagai<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":11572,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1880,1882,1881],"class_list":["post-11571","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-hiburan","tag-dafi","tag-hellooo","tag-lagu-baharu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11571","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11571"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11571\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11575,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11571\/revisions\/11575"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11572"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11571"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11571"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11571"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}