{"id":11865,"date":"2024-09-13T17:35:07","date_gmt":"2024-09-13T09:35:07","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=11865"},"modified":"2024-09-13T17:37:49","modified_gmt":"2024-09-13T09:37:49","slug":"gelaran-ustaz-dan-ulama-perlu-standard-rasmi-abdul-razak-abdul-rahman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=11865","title":{"rendered":"Gelaran Ustaz dan Ulama Perlu Standard Rasmi \u2013 Abdul Razak Abdul Rahman"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kuala Lumpur, 12 September 2024 \u2013 Ketua UMNO Bahagian Kepong, Abdul Razak Abdul Rahman, menekankan keperluan untuk menetapkan kriteria dan standard rasmi bagi gelaran \u201cUstaz\u201d dan \u201cUlama\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menyokong pandangan yang diutarakan oleh Pensyarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), bahawa gelaran ini seharusnya diberikan secara terkawal dan tidak boleh disalahgunakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Abdul Razak, terdapat keperluan untuk memastikan hanya individu yang benar-benar berkelayakan dari sudut ilmu dan akhlak layak menyandang gelaran tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap sesetengah individu yang mengaku ulama tetapi lebih banyak terlibat dalam politik sempit, menyebarkan fitnah, serta mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cGelaran ini patut mempunyai standard dan kriteria yang jelas, sepertimana gelaran profesional lain yang mempunyai singkatan rasmi. Kita tidak mahu ada individu yang menggunakan agama sebagai platform untuk kepentingan peribadi atau politik tertentu,\u201d kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Abdul Razak turut menyentuh tentang insiden melibatkan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) yang sebelum ini dikaitkan dengan ajaran sesat. Beliau menyarankan insiden tersebut dijadikan pengajaran agar tidak berlaku lagi individu atau kumpulan yang mempergunakan nama agama untuk tujuan menyeleweng.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMungkin sudah tiba masanya untuk kita mempunyai badan bertauliah yang bertanggungjawab memberikan gelaran ini dengan prosedur yang jelas dan \u2018code of conduct\u2019 yang lebih ketat. Individu yang diberi gelaran Ustaz atau Ulama juga perlu mematuhi tatakelola yang sesuai dengan martabat ini,\u201d tambah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berharap, dengan adanya pengiktirafan yang lebih terkawal dan rasmi, gelaran Ustaz dan Ulama dapat dipelihara dari sebarang bentuk penyalahgunaan, sekali gus memelihara kesucian agama Islam dan membimbing masyarakat ke arah pemahaman yang lebih tepat dan benar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kuala Lumpur, 12 September 2024 \u2013 Ketua UMNO Bahagian Kepong, Abdul Razak Abdul Rahman, menekankan keperluan untuk menetapkan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11863,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[1445],"tags":[1975,389,1976],"class_list":["post-11865","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-semasa","tag-gelaran-ustaz-ulama","tag-gisb","tag-razak-boss"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11865","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11865"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11865\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11867,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11865\/revisions\/11867"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11863"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11865"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11865"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11865"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}