{"id":12525,"date":"2024-10-24T08:35:33","date_gmt":"2024-10-24T00:35:33","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=12525"},"modified":"2024-10-24T08:37:00","modified_gmt":"2024-10-24T00:37:00","slug":"urusan-operasi-65-lokasi-bazar-ramadan-diserahkan-kepada-dbkl","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=12525","title":{"rendered":"Urusan operasi 65 lokasi bazar Ramadan diserahkan kepada DBKL"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Urusan operasi di 65 lokasi bazar Ramadan diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Pengerusi Pertubuhan Pengurusan Pasar Malam KL (PMKL) Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim.<\/p>\n<p>Beliau berkata ini selaras dengan arahan dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa yang mahu semua bazar tidak lagi diserahkan kepada pihak ketiga untuk dikendalikan.<\/p>\n<p>Menurut Gulam sebelum ini lima persatuan peniaga menguruskan bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Persatuan itu membabitkan Persatuan Penjaja dan Peniaga Bumiputra wilayah, Persatuan pekedai dan Peruncit Wilayah, Persatuan Penjaja Kecil Melayu Wilayah, Persatuan Pasar Malam kuala Lumpur dan Persatuan Prihatin Kuala Lumpur. <\/p>\n<p>Kata Gulam, sejak 2013 pihak mereka diberi mandat untuk menguruskan semua lokasi bazar Ramadan yang sebelum ini diuruskan persatuan kecil yang bukan berstatus persatuan peniaga atau peniaga kecil. <\/p>\n<p>&#8220;Tetapi tahun ini diminta pihak DBKL menguruskan semula keseluruhan bazar Ramadan.<\/p>\n<p>&#8220;Jadi inilah keputusan yang tidak pernah dibincangkan (secara bersama) yang dibuat secara tidak adil kepada pihak persatuan,&#8221; katanya pada sidang medianya.<\/p>\n<p>Menurut Gulam, pihaknya tidak mahu terbabit dalam urusan berkenaan selepas ini bukan kerana sebagai tanda protes.<\/p>\n<p>Beliau berkata sebaliknya mahu memberi peluang kepada pihak berkenaan melaksanakan tanggungjawabnya itu secara tuntas. <\/p>\n<p>Tambah Gulam, pihaknya tidak pernah mempunyai isu penjualan petak hingga mencecah ribuan ringgit dan persepsi itu perlu diperbetulkan kepada umum.<\/p>\n<p>Tegasnya, perkara itu tidak berlaku di bawah 65 lokasi bazar kendalian mereka sebelum ini sebaliknya beliau mendakwa ia berlaku di tapak bazar Ramadan Jalan TAR.<\/p>\n<p>&#8220;Kami persatuan ikut SOP (prosedur operasi standard). <\/p>\n<p>&#8220;Jangan jadikan isu Jalan Tar membabitkan semua 65 lokasi lain (selain) isu yang berlaku di Bazar Deepavali di Brickfields jangan hukum kami di sini, ini tidak adil,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau mengakui mereka tersinggung dengan kenyataan dikeluarkan itu. <\/p>\n<p>Sementara itu, Presiden Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, beliau juga kesal dengan keputusan berkenaan yang seolah-olah pihak mereka seperti &#8216;kartel&#8217; tapak bazar. <\/p>\n<p>Katanya, justeru susulan penyerahan 65 kawasan tapak bazar berkenaan, pihaknya mahu pihak DBKL mengekalkan semua lokasi itu dan bilangan lot niaga seperti tahun ini bersama pemilihan penjaja musim perayaan yang telus. <\/p>\n<p>Menurutnya, mereka tidak mahu ada penafian kepada peniaga yang mahu dan layak memohon kerana tidak ramai penjaja tahu menggunakan Internet. <\/p>\n<p>&#8220;Surat tawaran perlu dikeluarkan sebulan lebih awal kepada peniaga dan membenarkan kemasukan awal ke tapak iaitu seminggu lebih awal serta lesen perlu dikeluarkan serta merta apabila bayaran penuh dilakukan. <\/p>\n<p>&#8220;Selain itu, pihak berkenaan juga diminta melakukan undian di semua lokasi, mengawal dan memantau pembabitan warga asing dan penjaja tanpa lesen dengan mengambil tindakan. <\/p>\n<p>&#8220;Persatuan dan agensi penguatkuasaan serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjadi pemerhati dalam pematuhan SOP, &#8221; katanya. <\/p>\n<p>Pada 19 Oktober lalu, Zaliha membantu 10 peniaga Bazar Deepavali di Brickfields yang tidak dibenarkan berniaga sebelum ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata selepas semakan dibuat, pihaknya mendapati pengurusan bazar tersebut dikendalikan oleh sebuah persatuan, termasuk berkaitan pengurusan peniaga bazar.<\/p>\n<p>Zaliha turut mengarahkan DBKL untuk pastikan, semua bazar selepas ini tidak lagi diserahkan kepada pihak ketiga untuk dikendalikan. <\/p>\n<p>Beliau berkata sebaliknya DBKL sendiri yang perlu menguruskan bazar tersebut.<\/p>\n<p>Menurut Zaliha, banyak implikasi lain yang terjadi jika serahkan kepada pihak ketiga untuk uruskan seperti ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Urusan operasi di 65 lokasi bazar Ramadan diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":12528,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[1073,6],"tags":[],"class_list":["post-12525","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-komuniti","category-rakyat"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12525","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12525"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12525\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12527,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12525\/revisions\/12527"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12528"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12525"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12525"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12525"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}