{"id":12797,"date":"2024-11-12T14:31:58","date_gmt":"2024-11-12T06:31:58","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=12797"},"modified":"2024-11-12T14:35:13","modified_gmt":"2024-11-12T06:35:13","slug":"rossa-kembali-gegar-kuala-lumpur-dengan-konsert-tahun-depan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=12797","title":{"rendered":"Rossa kembali gegar Kuala Lumpur dengan konsert tahun depan"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR &#8211; Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa mencipta sejarah sekali lagi apabila tiket pra-jualan Konsert Here I Am yang dibuka pada 11 November 2024, jam 3 petang secara eksklusif di platform Ticket2U telah habis dijual dalam masa 3 jam sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih mengujakan, tiket kategori Festival habis dijual dalam masa 4 minit membuktikan pengaruh dan populariti penyanyi berkenaan yang bakal menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Dikenali dengan vokal memukau dan balada yang penuh emosi, Rossa akan menyampaikan rangkaian lagu hit kegemaran ramai dalam satu malam yang pasti akan menjadi kenangan indah buat peminatnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Konsert ini dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama SAH Entertainment sebagai tanda penghargaan buat peminat Rossa yang setia menyokong perjalanan karier beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan termasuk hits popular seperti \u201cNada Nada Cinta,\u201d \u201cPudar,\u201d dan \u201cHey Ladies,\u201d selain beberapa persembahan eksklusif yang hanya akan dipersembahkan pada malam istimewa itu nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Rossa turut menyatakan kegembiraannya untuk kembali beraksi di pentas Malaysia dan menghiburkan peminatnya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-12-at-13.07.23.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-12799\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-12-at-13.07.23.jpeg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-12-at-13.07.23-300x300.jpeg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-12-at-13.07.23-150x150.jpeg 150w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-12-at-13.07.23-768x768.jpeg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sangat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur dan menyampaikan lagu-lagu yang membawa maksud mendalam buat saya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSokongan peminat di Malaysia sentiasa menghangatkan hati saya dan saya tidak sabar untuk berkongsi detik istimewa ini bersama mereka setelah 25 tahun berkarya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato&#8217; Aizuddin Ghazali berkata, pihaknya begitu teruja menerusi kolaborasi yang dijalankan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami di PRIHATIN amat berbesar hati untuk bersama-sama menjayakan konsert ini sebagai satu inisiatif merapatkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia melalui platform muzik seterusnya membantu Malaysia bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRossa adalah ikon seni yang disegani serta dihormati, dan kami yakin konsert ini akan memberikan pengalaman dan memori terindah buat semua peminat beliau serta memperkukuh ikatan persaudaraan serantau,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, Konsert Here I Am ini adalah susulan kepada tayangan filem dokumentari All Access to Rossa: 25 Shining Years yang ditayangkan pada bulan lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAtas permintaan ramai, khususnya Pencinta Rossa di Malaysia, kami membawakan konsert ini untuk mereka yang setia menyokong Rossa selama ini,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa mencipta sejarah sekali lagi apabila tiket pra-jualan Konsert Here<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":12798,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[589,2151,1276],"class_list":["post-12797","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-hiburan","tag-konsert","tag-konsert-here-i-am","tag-rossa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12797","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12797"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12797\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12801,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12797\/revisions\/12801"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12798"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12797"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12797"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12797"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}