{"id":12858,"date":"2024-11-15T20:27:49","date_gmt":"2024-11-15T12:27:49","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=12858"},"modified":"2024-11-15T20:27:49","modified_gmt":"2024-11-15T12:27:49","slug":"ustazlah-nasihat-pempengaruh-lengkapkan-diri-dengan-ilmu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=12858","title":{"rendered":"UstazLah nasihat pempengaruh lengkapkan diri dengan ilmu"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR &#8211; Pempengaruh mahupun sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang kandungan dinasihatkan agar melengkapkan diri dengan ilmu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ustaz Abdullah Abdol Razak berkata, bukan sahaja pempengaruh tetapi masyarakat amnya disarankan agar tidak berhenti menuntut ilmu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tuntutlah ilmu dan persiapkan diri dengan pendidikan setinggi yang mampu agar kita boleh memberi input yang baik kepada orang ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dengan ilmu, kita boleh mendidik dan menjadikan masyarakat kita golongan yang hebat,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang turut terkenal dengan UstazLah berkata, jumlah pengikut yang ramai di laman sosial sangat membantu dalam membina jenama dan menjana sumber pendapatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMenjadi pempengaruh dengan 15,000 tontonan setiap kali bersiaran dan mempunyai pengikut hampir satu juta orang, ini adalah satu platform terbaik bagi saya menyampaikan ilmu dan dakwah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Peluang yang ada saya gunakan sebaiknya dalam memberi nilai-nilai positif untuk pengikut saya,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-15-at-13.06.12-1-1-1024x576.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-12861\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-15-at-13.06.12-1-1-1024x576.jpeg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-15-at-13.06.12-1-1-300x169.jpeg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-15-at-13.06.12-1-1-768x432.jpeg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-15-at-13.06.12-1-1.jpeg 1080w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Namun begitu, beliau sedar kerjaya sebagai \u2018content creator\u2019 bermusim dan atas sebab itu dia membina platform bisnes bagi memastikan kedudukannya terus stabil.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa yang sama dia mengukuhkan jenama sebagai pempengaruh berilmu dengan menggenggam &nbsp;Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Islam di Fakulti Pengajian Komtemporari Islam, UniSZA, Kuala Terengganu, Terengganu, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sedar kerjaya sebagai pempengaruh ini bermusim dan atas sebab itu, saya memberi tumpuan mengasaskan beberapa syarikat untuk menghadapi waktu yang tidak menentu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sedar keadaan ini mungkin hanya bertahan tiga hingga ke lima tahun. Ssebab itu saya menjalankan kerjasama dengan beberapa syarikat korporat untuk terus relevan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Jadi pempengaruh wajib ada ilmu<\/strong><strong><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Membetulkan stereotaip bahawa menjadi \u2018content creator\u2019 juga perlu ada ilmu, UstazLah mengakui perkara itu yang membuatkan dia sangat bersemangat untuk menamatkan PhD.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya melihat hari ini rata-rata menyatakan tidak perlu belajar tinggi, cukup dengan menjadi \u2018influencer\u2019 boleh jadi kaya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRamai generasi muda yang sudah tidak berminat untuk menyambung pengajian, bagi mereka duit adalah segala-galanya. View yang tinggi adalah \u2018kehidupan\u2019 mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mahu memberikan kesan bahawa pendidikan adalah satu perkara yang sangat utama, ia teras kehidupan. Mak ayah juga menetapkan keutamaan dalam pendidikan sejak kecil bermula dengan tadika.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNabi Muhammad SAW juga mengajar bahawa dalam al-Quran, perkara pertama yang diajar ialah Iqra.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMungkin ada yang tidak berpeluang menyambung PhD, di mana sahaja mereka berada, mereka perlu belajar dan menuntut ilmu,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"765\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-15-at-13.06.13-1024x765.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-12862\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-15-at-13.06.13-1024x765.jpeg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-15-at-13.06.13-300x224.jpeg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-15-at-13.06.13-768x574.jpeg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-15-at-13.06.13.jpeg 1080w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Mengulas mengenai kejayaannya menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah dalam tempoh tiga tahun setengah, UstazLah berkata, sebagai pempengaruh, dia harus memberikan impak positif terhadap pengikut.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah ilmu agama yang disampaikan perlulah tepat dan mengikut landasan al-Quran dan sunnah, bukannya disampaikan secara semberono.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAlhamdulillah saya berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD dalam tempoh tiga tahun setengah di UniSZA dalam Fakulti Komtemporari Islam dalam bidang Pengajian Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPempengaruh juga adalah salah satu daripada kerjaya dan rezeki dari Allah SWT. Namun yang paling penting ialah ilmu dan sebab itu saya sangat menitikberatkan tentang pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMemang tidak dinafikan ramai yang beranggapan apabila sudah menjadi pempengaruh, tidak perlu lagi belajar tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRamai anak muda yang berlumba-lumba nak menjadi pempengaruh sehingga meninggalkan sistem pendidikan yang ada di negara kita.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi saya, ia tidak betul dan merugikan kerana kita memang boleh membina sesuatu, namun untuk mengekalkannya, kita perlu berilmu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetiap hari kita akan bertemu dengan sesuatu yang baru dan apabila kita belajar, baru kita sedar bahawa terlalu luas sebenarnya ilmu yang perlu kita ambil tahu dan kuasai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cItu akan menjadikan kita lebih rendah diri dan sentiasa mahu mengubah diri sendiri menjadi lebih baik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita belajar bukan untuk bertanding siapa yang hebat sebaliknya untuk kebaikan diri sendiri. Bagaimana keadaan kita lima tahun lalu, semalam, lima tahun akan datang?.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemuanya berubah kerana ilmu. Ia bertanding dengan diri sendiri untuk menjadi versi yang lebih baik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAda dua cara untuk kita timba ilmu iaitu menerusi pengalaman dan pendidikan. Kedua-duanya sangat penting. Apabila digabungkan kedua-duanya, ia menjadikan seseorang itu sangat berhati-hati dalam bertutur dan mengambil keputusan atau apa sahaja yang dilakukan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, UstazLah baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Islam di Fakulti Pengajian Komtemporari Islam, UniSZA dengan keputusan lulus dengan pembetulan kecil dan dicadangkan untuk Anugerah Tesis Terbaik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebelum ini saya menamatkan pengajian sarjana muda di Jordan dan pengajian Sarjana di UKM. Saya memilih UniSZA kerana universiti yang dikenali dengan pengajian Islam yang sangat bagus.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPentingnya mempunyai tauliah dan taraf pendidikan yang tinggi apabila ingin menyebarkan manfaat kepada orang ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun tidak diwajibkan namun ia memberi satu nilai yang tinggi dalam diri seseorang. Apa sahaja yang keluar daripada mulut harus dijaga dan ianya bersandarkan al-Quran dan sunnah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya juga harus menjaga jenama universiti kerana memegang status Doktor Falsafah UniSZA,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"681\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-15-at-13.06.13-1-681x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-12863\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-15-at-13.06.13-1-681x1024.jpeg 681w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-15-at-13.06.13-1-199x300.jpeg 199w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/11\/WhatsApp-Image-2024-11-15-at-13.06.13-1.jpeg 718w\" sizes=\"auto, (max-width: 681px) 100vw, 681px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Dato\u2019 Dr. Fadzli Adam turut menyarankan pempengaruh mahupun pencipta kandungan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi kerana kerjaya itu dianggap ikon masyarakat yang menjadi ikutan pada masa kini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dr.Abdullah adalah seorang graduan PHD kami yang cukup bersemangat dalam menuntut ilmu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Beliau melanjutkan pengajian di UniSZA secara research dalam mod hibrid dimana waktu itu sedang berlaku pandemik.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mod pengajian pada waktu itu hanya secara talian dan hanya sesekali sahaja bertemu dengan pensyarah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Namun beliau berjaya membuktikan mampu menamatkan pengajian dengan baik walaupun dengan cabaran pada waktu itu, dan ini adalah satu hal yang perlu dicontohi oleh sesiapa pun tidak kira dimana-mana institusi pendidikan sekalipun,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Pempengaruh mahupun sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang kandungan dinasihatkan agar melengkapkan diri dengan ilmu.<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":12859,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[15,1445],"tags":[1326,2161,2160],"class_list":["post-12858","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pendidikan","category-semasa","tag-pempengaruh","tag-unisza","tag-ustazlah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12858","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12858"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12858\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12864,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12858\/revisions\/12864"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12859"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12858"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12858"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12858"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}