{"id":13290,"date":"2024-12-17T15:26:47","date_gmt":"2024-12-17T07:26:47","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=13290"},"modified":"2024-12-17T15:26:47","modified_gmt":"2024-12-17T07:26:47","slug":"konsert-genkru-bakal-jadi-sebuah-sejarah-epik-muzik-tempatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=13290","title":{"rendered":"Konsert GenKRU bakal jadi sebuah sejarah epik muzik tempatan"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR &#8211; Dengan prestasi cemerlang, pelbagai anugerah dari berkredibiliti sehingga paling popular, laungan \u2018ke tepi\u2026 ke tepi\u2026 gergasi sudah kembali\u2019 adalah sangat signifikan untuk mempersembahkan satu-satunya trio legenda negara, KRU.<\/p>\n\n\n\n<p>KRU, trio tiga beradik, Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim mula menularkan virus dan revolusi sebuah kumpulan muzik dengan irama pop dan hip hop di Malaysia pada tahun 1992.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih dua dekad, pada saat banyak trio dan kugiran memasuki pasaran tempatan, KRU tidak pernah dilupakan. KRU adalah legenda sepanjang zaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Karya-karya KRU dari Mengerti, Apa Saja, Fanatik, Generasiku, Awas, Gadis Jelita, Terhangat Di Pasaran, Janji Tinggal Janji, Oh La La sehingga Di Dalam Dilema sentiasa lancar dinyanyikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kini daripada hanya menyanyikan karya-karya KRU di bilik karaoke atau kamar mandi, buat julung kalinya ICON ENTERTAINMENT mencetak sejarah membawa KRU kembali menakluk semua peminat dengan sebuah konsert mega yang diluar jangka.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"576\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/kru-current-IG-story-576x1024.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-13292\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/kru-current-IG-story-576x1024.png 576w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/kru-current-IG-story-169x300.png 169w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/kru-current-IG-story-768x1365.png 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/kru-current-IG-story-864x1536.png 864w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/kru-current-IG-story.png 1080w\" sizes=\"auto, (max-width: 576px) 100vw, 576px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Diberi nama KONSERT GENKRU, peminat sudah boleh mengumpul duit menanti tiga figura tersohor ini membuat persembahan memukau di atas panggung AXIATA ARENA yang dijadual berlangsung pada 3 MEI 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAdalah menjadi penghormatan buat ICON ENTERTAINMENT mempersembahan KONSERT GENKRU kerana kredibiliti dan sejarah demi sejarah yang telah dicetak KRU sejak tahun 90-an sehingga membentuk gelombang muzik yang cukup berpengaruh kepada semua generasi sehingga kini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sebenarnya telah merisik mereka dari 1 November 2022 lagi dan akhirnya pada September 2024, mereka bersetuju dengan pinangan saya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTidak ada banyak janji yang ingin saya berikan kecuali anda akan rugi besar jika tidak menghadiri KONSERT GENKRU di AXIATA ARENA pada 3 MEI 2025 kerana ini adalah penampilan sulung Norman, Yusry dan Edry selepas sudah sangat ranum dalam semua aspek industri hiburan selepas menebarkan virus \u2018fanatik\u2019 terhadap muzik tempatan yang punya kualiti hebat setaraf muzik dunia,\u201d kata&nbsp;Pengasas ICON ENTERTAINMENT, Iman Tang.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, KRU menyambut baik penganjuran GENKRU sesuai dengan kembalinya mereka ke ranah hiburan nusantara selepas 33 tahun berada dalam idnsurti.<\/p>\n\n\n\n<p>Memasarkan karya dengan judul Kaset yang mempunyai nostalgia tersendiri buat KRU dan generasi yang membesar bersama karya-karya hebat mereka, KRU siap mempamerkan sebuah konsert mega selepas kali terakhir membuat persembahan di Istana Budaya menerusi Konsert GenerasiKRU25 pada Mei 2018.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"683\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/IMG_5559-683x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13293\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/IMG_5559-683x1024.jpg 683w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/IMG_5559-200x300.jpg 200w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/IMG_5559-768x1152.jpg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/IMG_5559-1024x1536.jpg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/IMG_5559-1365x2048.jpg 1365w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/IMG_5559-scaled.jpg 1707w\" sizes=\"auto, (max-width: 683px) 100vw, 683px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cSelepas lebih enam tahun tidak membuat konsert berskala besar bersama KRU, kami menerima cadangan ICON ENTERTAINMENT menganjurkan KONSERT GENKRU kerana mempunyai misi dan visi yang sama dengan kami.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKONSERT GENKRU bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi akan menjadi sebuah sejarah perjalanan lebih 30 tahun KRU dalam merevolusikan muzik tempatan setaraf dengan muzik Nusantara dan antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKonsert ini akan menjadi medan peminat melihat transisi KRU dari generasi 90-an sehingga berkembang dan membina empayar kami pada masa kini,\u201d kata&nbsp;KRU.<\/p>\n\n\n\n<p>Enggan berkongsi butiran lanjut mengenai konsep dan persembahan yang dipamerkan pada KONSERT GENKRU, trio ini berikrar ia akan menjadi sebuah konsert epik di tahun 2025 buat seluruh peminat muzik tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk menjadi salah seorang saksi mata, telinga serta jiwa dalam sejarah penganjuran konsert paling epik 2025, jangan terlepas membeli tiket-tiket mengikuti kategori harga yang ditetapkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Harga tiket bermula dari <a>kategori OOH!LA!LA! (RM258), AWAS(RM358), MENGERTI (478), TERHANGAT DI PASARAN (RM508), APASAJA(RM548) dan FANATIK (RM588).<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>Sebarang pembelian kunjungi <a href=\"http:\/\/WWW.TICKET2U.COM.MY\/KRU%20mulai%2020%20Disember%202024\"><u>WWW.TICKET2U.COM.MY\/KRU mulai 20 Disember 2024<\/u><\/a>,&nbsp;jam&nbsp;11 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Dengan prestasi cemerlang, pelbagai anugerah dari berkredibiliti sehingga paling popular, laungan \u2018ke tepi\u2026 ke tepi\u2026<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":13291,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2197,589],"class_list":["post-13290","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-hiburan","tag-genkru","tag-konsert"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13290","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13290"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13290\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13294,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13290\/revisions\/13294"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13291"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13290"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13290"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13290"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}