{"id":13469,"date":"2025-01-01T17:02:20","date_gmt":"2025-01-01T09:02:20","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=13469"},"modified":"2025-01-01T17:02:20","modified_gmt":"2025-01-01T09:02:20","slug":"dato-dr-kalaivanar-seru-rakyat-kenang-budi-turun-ke-himpunan-solidariti-untuk-datuk-sri-najib-razak-6-januari-2025-depan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=13469","title":{"rendered":"Dato Dr Kalaivanar Seru Rakyat \u201cKenang Budi\u201d turun ke himpunan Solidariti untuk Datuk Sri Najib Razak 6 Januari 2025 depan."},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR, 31 Disember 2024 \u2013 Presiden Kebangsaan Nambikkai Malaysia, Dato\u2019 Dr. Kalaivanar, mengajak rakyat Malaysia untuk menyatakan solidariti terhadap Datuk Sri Najib Razak dalam satu himpunan besar-besaran di Putrajaya pada 6 Januari 2025 depan. Beliau menekankan pentingnya mengenang jasa dan sumbangan Najib sepanjang memimpin negara, sambil mengkritik kerajaan semasa yang didakwa gagal membawa perubahan nyata kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita mahu rakyat mengingati jasa Najib. Ketika beliau menerajui kerajaan, rakyat hidup bebas dan lumayan. Program seperti BRIM dan UTC adalah idea beliau yang masih memberi manfaat sehingga kini,\u201d kata Dr. Kalaivanar ketika ditemu bual. Beliau turut menegaskan bahawa Najib adalah pemimpin berjiwa rakyat yang telah mengabdikan dirinya demi kesejahteraan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Nambikkai Malaysia akan menghantar dua buah bas untuk menyertai perhimpunan tersebut, manakala UMNO pula menghantar sebanyak lebih daripada 100 buah bas dan PAS pula menghantar 100 buah bas. Perhimpunan itu dirancang sebagai simbol sokongan terhadap Datuk Sri Najib Razak, sambil memberi tekanan kepada pihak kerajaan untuk mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong mengenai addendum yang dianggap penting oleh Dato Dr. Kalaivanar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTitah Agong adalah mutlak. Tetapi kini, kerajaan semasa dipimpin oleh pihak yang takut untuk bersuara dan berdepan kebenaran. Mereka gentar terhadap bayang-bayang sendiri dan tidak menghormati titah ini,\u201d tambahnya sambil mengkritik parti pemerintah yang didakwa hanya memikirkan kepentingan politik mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Kalaivanar turut menjawab kritikan netizen yang mendakwa NGO seperti Nambikkai menunggang isu Najib untuk kepentingan tertentu. \u201cNGO yang menyokong Najib bukan untuk kepentingan peribadi, tetapi kerana mereka melihat kebajikan rakyat semakin terabai. Tarif elektrik meningkat, harga barang naik, tetapi rakyat tetap dipinggirkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga menyuarakan rasa kecewa terhadap pemimpin politik, termasuk dari UMNO, yang menurutnya tidak lantang mempertahankan Najib. \u201cRamai yang hidup mewah kerana Najib, tetapi sekarang memilih untuk berdiam diri. Ketika rakyat turun menyokong Anwar dahulu, ahli Keadilan bersatu padu. Tetapi kini, hanya segelintir UMNO yang berani bersuara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Kalaivanar menyeru semua pihak untuk hadir pada 6 Januari ini bagi menunjukkan solidariti terhadap Najib. Beliau yakin kehadiran rakyat secara besar-besaran akan memberi isyarat jelas kepada kerajaan bahawa mereka tidak bersendirian dalam perjuangan ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 31 Disember 2024 \u2013 Presiden Kebangsaan Nambikkai Malaysia, Dato\u2019 Dr. Kalaivanar, mengajak rakyat Malaysia untuk menyatakan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13470,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[1691,5],"tags":[],"class_list":["post-13469","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pendapat-rakyat","category-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13469","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13469"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13469\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13471,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13469\/revisions\/13471"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13470"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13469"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13469"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13469"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}