{"id":13932,"date":"2025-03-16T18:24:59","date_gmt":"2025-03-16T10:24:59","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=13932"},"modified":"2025-03-17T05:57:38","modified_gmt":"2025-03-16T21:57:38","slug":"lagu-raya-di-hari-mulia-gabungkan-syaffiq-sahli-boss-wan-mayathegirls","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=13932","title":{"rendered":"Lagu raya &#8216;Di Hari Mulia&#8217; gabungkan Syaffiq Sahli, Boss Wan &amp; MayaTheGirls"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR &#8211;&nbsp;Menjelang musim perayaan, tidak lengkap rasanya tanpa lagu raya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Di Hari Mulia&#8221;&nbsp;yang menyatukan penyanyi Syaffiq Sahli dan Boss Wan, bersama MayaTheGirls, kini sudahpun&nbsp;dilancarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Lagu ini adalah&nbsp;hasil kerjasama antara Aiman (Zul2by2) sebagai pencipta lagu dan Anje Maya sebagai komposer, manakala liriknya ditulis oleh Bonda Puteri Ryana dan diterbitkan oleh Fiz Star Empire.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Zul2by2, idea untuk mencipta lagu raya ini sudah tercetus bersama Bonda Puteri sejak tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka ingin menghasilkan sebuah lagu yang segar, rancak, dan mudah difahami oleh pendengar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami tak mahu lagu yang sedih. Kami mahu sesuatu yang ceria dan sesuai untuk suasana raya,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Berkongsi pemilihan penyanyi, Zul&nbsp;turut mencadangkan Syaffiq Sahli sebagai penyanyi utama kerana dirasakan suaranya sesuai dengan tema lagu.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah mendapat persetujuan daripada Bonda Puteri, mereka memutuskan untuk menjemput Boss Wan, kerana keserasian&nbsp;mereka berdua yang sudah lama terjalin sejak di TikTok.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Syaffiq Sahli pula berkongsi pengalamannya mengenai kolaborasi ini&nbsp;dan mengakui&nbsp;sangat selesa bekerja dengan Boss Wan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-15-at-23.32.40-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13934\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-15-at-23.32.40-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-15-at-23.32.40-300x225.jpeg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-15-at-23.32.40-768x576.jpeg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-15-at-23.32.40-1536x1152.jpeg 1536w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-15-at-23.32.40-2048x1536.jpeg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami banyak buat content di TikTok bersama dan lagu raya ini adalah pertama kali kami bekerjasama dalam projek muzik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami juga merancang untuk mengadakan \u2018<em>dance challenge<\/em><em>\u2019<\/em>&nbsp;untuk mempopularkan lagu ini di TikTok,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Syaffiq&nbsp;berkata, impak daripada menyertai program&nbsp;<em>Gimmie The Mic<\/em><em>&nbsp;Malaysia 2024 <\/em>dalam hidupnya sangat besar, terutama setelah 15 tahun berkecimpung dalam industri hiburan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Boss Wan, yang juga seorang \u2018content creator\u2019,&nbsp;turut berkongsi pengalaman terbabit dalam menjayakan projek lagu raya ini yang datang secara kebetulan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemuanya berlaku kebetulan dan ketika itu Syaffiq sedang bersama saya, dia terus menawarkan untuk bersama-sama menjayakan lagu ini dan apa salahnya untuk saya cuba.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya tak pernah merancang untuk menjadi penyanyi atau pelakon, tetapi apabila rezeki datang, saya tak tolak. Saya rasa saya mampu melakukannya dan akan cuba memberikan yang terbaik,&#8221; kata&nbsp;Boss Wan dengan rendah hati.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Bonda Puteri, yang mencipta lirik lagu ini, ilham menghasilkan&nbsp;lagu <em>&#8220;Di Hari Mulia&#8221;<\/em>&nbsp;datang pada tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Memilih Syaffiq dan Boss Wan sebagai penyanyi bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi saya suka melihat keserasian mereka di TikTok.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka berdua mempunyai aura yang hebat dan saya rasa mereka layak untuk membawakan lagu ini,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, pihak produksi lagu ini turut merakamkan penghargaan kepada Hotel Royal Signature yang telah menjadi lokasi istimewa untuk pelancaran dan sidang media acara berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-16-at-17.32.17-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13935\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-16-at-17.32.17-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-16-at-17.32.17-300x225.jpeg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-16-at-17.32.17-768x576.jpeg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-16-at-17.32.17-1536x1152.jpeg 1536w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-16-at-17.32.17-2048x1536.jpeg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Lagu <em>&#8220;Di Hari Mulia&#8221;<\/em>&nbsp;ini dijangka menjadi salah satu lagu raya yang segar dan mendapat tempat di hati pendengar, dengan konsep yang tidak biasa dan mudah diterima ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>Meskipun lagu raya sering kali sukar untuk dijangka penerimaannya, mereka percaya bahawa lagu ini akan berjaya kerana ia menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah kejayaan lagu ini, Zul juga merancang&nbsp;untuk Syaffiq dan Boss Wan berduet dalam lagu seterusnya selepas musim raya, yang pasti akan dinanti-nantikan oleh peminat mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan kolaborasi yang memikat dan semangat perayaan yang terkandung dalam setiap lirik dan irama, <em>&#8220;Di Hari Mulia&#8221;<\/em>&nbsp;dijangka akan membawa kegembiraan dan keceriaan di musim raya ini.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211;&nbsp;Menjelang musim perayaan, tidak lengkap rasanya tanpa lagu raya. &#8220;Di Hari Mulia&#8221;&nbsp;yang menyatukan penyanyi Syaffiq Sahli<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":13933,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2284,645],"class_list":["post-13932","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-hiburan","tag-di-hari-mulia","tag-lagu-raya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13932","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13932"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13932\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13938,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13932\/revisions\/13938"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13933"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13932"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13932"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13932"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}