{"id":13992,"date":"2025-03-25T07:19:38","date_gmt":"2025-03-24T23:19:38","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=13992"},"modified":"2025-03-25T07:19:38","modified_gmt":"2025-03-24T23:19:38","slug":"100-asnaf-terima-bantuan-dapur-daripada-kpmc","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=13992","title":{"rendered":"100 asnaf terima bantuan dapur daripada KPMC"},"content":{"rendered":"<p>KAJANG: Seramai 100 penerima asnaf dari Kampung Sungai Sekamat, Kajang, menerima bantuan barangan dapur bernilai RM180 setiap satu dalam sebuah majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Kajang Plaza Medical Centre (KPMC).<\/p>\n<p>Program itu juga hasil kerjasama dengan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).<\/p>\n<p>Bantuan itu diberikan bagi meringankan beban golongan asnaf dalam membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri. <\/p>\n<p>Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Presiden Dunia Melayu Dunia Islam Negeri Selangor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KPMC, Datuk Saroni Judi.<\/p>\n<p>Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memainkan peranan sebagai penaja utama dalam inisiatif ini, dengan sokongan penuh daripada Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan KPMC. <\/p>\n<p>DMDI, yang kini melibatkan 23 negara di seluruh dunia, merupakan organisasi yang dipimpin oleh Yang Dipertua Negeri Melaka selaku Presiden.<\/p>\n<p>Usaha ini selari dengan matlamat membantu masyarakat yang memerlukan, khususnya golongan asnaf, selain memperkukuh semangat perpaduan dan kebersamaan dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Saroni menyeru kepada syarikat-syarikat korporat yang mempunyai bajet untuk melaksanakan aktiviti CSR.<\/p>\n<p> \u201cKami mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk bantuan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, atau bantuan untuk program-program seperti shopping raya bersama anak-anak yatim dan juga penyediaan barang keperluan sekolah untuk mereka yang memerlukan,\u201d katanya<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KAJANG: Seramai 100 penerima asnaf dari Kampung Sungai Sekamat, Kajang, menerima bantuan barangan dapur bernilai RM180 setiap satu<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":13993,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[1445],"tags":[],"class_list":["post-13992","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13992","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13992"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13992\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13994,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13992\/revisions\/13994"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13993"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13992"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13992"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13992"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}