{"id":14246,"date":"2025-04-25T15:35:56","date_gmt":"2025-04-25T07:35:56","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=14246"},"modified":"2025-04-25T15:35:56","modified_gmt":"2025-04-25T07:35:56","slug":"ptti-tawar-insentif-rm500-kepada-pelajar-straight-a-raikan-13469-calon-cemerlang-spm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=14246","title":{"rendered":"PTTI tawar insentif RM500 kepada pelajar straight A, raikan 13,469 calon cemerlang SPM"},"content":{"rendered":"\n<p>BANGI&nbsp;&#8211;&nbsp;PTTI Group Sdn Bhd hari ini mengumumkan pemberian insentif khas sebanyak RM500 kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang Straight A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengumuman ini dibuat semasa Majlis Penghargaan Kecemerlangan SPM yang berlangsung di Bangi Golf Resort bagi meraikan pencapaian luar biasa pelajar-pelajar PTTI di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Seramai 13,469 pelajar yang mengikuti program pendidikan kendalian PTTI direkodkan telah menunjukkan peningkatan prestasi yang membanggakan dalam keputusan SPM tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi inisiatif ini, PTTI menyasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 1,000 pelajar yang berjaya mencapai keputusan Straight A.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang tahun 2024, lebih 179,000 pelajar telah mendapat manfaat daripada pelbagai program yang ditawarkan oleh PTTI, termasuk kelas bimbingan secara percuma, seminar akademik, program motivasi serta sesi-sesi latihan intensif untuk membantu pelajar membuat persiapan rapi menghadapi peperiksaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa pendidikan negara, PTTI turut menjalankan lebih 300 siri <em>School Tour<\/em>&nbsp;ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia, selain menganjurkan lebih 10 sesi <em>Roadtour SPM<\/em>&nbsp;di negeri-negeri terpilih.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelajar-pelajar yang layak menerima insentif RM500 ini boleh membuat tuntutan melalui laman rasmi PTTI di www.ptti.my. Laman berkenaan&nbsp;turut menyediakan konsultasi pendidikan secara percuma melalui perkhidmatan PTTI Education Consultant (PEC).<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam majlis yang sama, PTTI turut melancarkan <em>Seminar Gelombang G ke Straight A<\/em>, sebuah program bimbingan intensif selama lima hari yang dijalankan secara atas talian, bermula 24 hingga 28 April 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini ditawarkan secara percuma kepada semua calon SPM Batch 08, dan pendaftaran boleh dibuat di laman web rasmi PTTI.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis penuh bermakna ini turut diserikan dengan kehadiran selebriti popular tanah air, Nabila Razali dan Bella Astillah, yang tampil memberi kata-kata semangat dan inspirasi kepada&nbsp;pelajar serta ibu bapa yang hadir.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/KCL_0041-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-14248\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/KCL_0041-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/KCL_0041-300x200.jpg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/KCL_0041-768x512.jpg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/KCL_0041-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/KCL_0041-2048x1365.jpg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman&nbsp;berkata, pihaknya komited untuk terus menyediakan platform pendidikan yang efektif dan mudah diakses, terutamanya dalam mendepani cabaran peperiksaan yang kini dijadualkan lebih awal berbanding tahun-tahun sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRamai ibu bapa mahu bantu anak faham subjek SPM tetapi tidak tahu cara yang betul.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami di PTTI, dengan pengalaman lebih 10 tahun yang terbukti, percaya bahawa kami memiliki pendekatan dan platform yang tepat untuk membantu calon SPM.<\/p>\n\n\n\n<p>\u2018Harapan kami adalah untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang mampu menukar gred gagal kepada Straight A pada tahun ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk maklumat lanjut mengenai program dan insentif PTTI, orang ramai boleh melayari www.ptti.my atau menghubungi terus pasukan media PTTI.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BANGI&nbsp;&#8211;&nbsp;PTTI Group Sdn Bhd hari ini mengumumkan pemberian insentif khas sebanyak RM500 kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":14247,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[15],"tags":[2308,975,2307,1138],"class_list":["post-14246","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pendidikan","tag-insentif","tag-ptti","tag-rm500","tag-spm"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14246","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14246"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14246\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14249,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14246\/revisions\/14249"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14247"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14246"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14246"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14246"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}