{"id":15204,"date":"2025-08-03T20:46:23","date_gmt":"2025-08-03T12:46:23","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=15204"},"modified":"2025-08-03T21:08:15","modified_gmt":"2025-08-03T13:08:15","slug":"karnival-mega-3-dimensi-2025-cipta-rekod-baru-catat-lebih-2-1-juta-pengunjung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=15204","title":{"rendered":"Mega Karnival 3 Dimensi 2025 Cipta Rekod Baru &amp; Catat Lebih 2.1 Juta Pengunjung!"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2025<\/strong> \u2013 Mega Karnival Tiga Dimensi 2025 yang berlangsung selama lima hari di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang apabila mencatat kehadiran lebih 2.1 juta pengunjung, melebihi sasaran awal sebanyak 2 juta orang.<\/p>\n\n\n\n<p>Karnival anjuran bersama FELDA, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ini telah menghimpunkan lebih 1,000 penyertaan usahawan dari seluruh negara. Lebih membanggakan, nilai padanan perniagaan (business matching) dianggarkan mencecah RM200 juta setakat jam 5 petang hari terakhir, manakala jualan tunai usahawan sepanjang lima hari karnival ini telah mengatasi sasaran RM6 juta dengan kutipan RM6.9 juta.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKejayaan ini bukan sahaja dari segi angka tetapi juga mencipta sejarah baharu melalui tujuh rekod Malaysia Book of Records (MBOR), enam daripada FELDA dan satu dari KKDW,\u201d kata Datuk Banuri Aris, Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) FELDA.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara rekod yang dicatat termasuk:<\/p>\n\n\n\n<p>\u2022 Penganjuran karnival keusahawanan terbesar dengan penyertaan lebih 1,000 usahawan,<\/p>\n\n\n\n<p>\u2022 Persembahan simfoni orkestra dengan 735 pemain serentak,<\/p>\n\n\n\n<p>\u2022 Program Masterclass terbesar dalam satu hari,<\/p>\n\n\n\n<p>\u2022 Penyertaan belia dan beliawanis terbanyak dalam program robotik dan pengaturcaraan,<\/p>\n\n\n\n<p>\u2022 Aktiviti pendidikan berkaitan industri sawit,<\/p>\n\n\n\n<p>\u2022 Pertandingan karom berpasangan dengan lebih 1,400 peserta,<\/p>\n\n\n\n<p>\u2022 Cabaran <em>Strongestman<\/em> menarik bas sejauh 20 meter dengan penyertaan terbanyak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLebih 317 rancangan FELDA mengambil bahagian termasuk FELDA Lahad Datu dan Tawau. Sekurang-kurangnya sebuah bas dari setiap rancangan hadir memberi sokongan,\u201d jelas beliau lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Karnival ini turut menjadi medan penyatuan strategik antara tiga segmen penting: usahawan FELDA, KUD (KKDW), dan SDSI (KUSKOP), sekaligus mewujudkan satu ekosistem baru yang memperkasa keusahawanan desa dan bumiputera.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Banuri, pendekatan kolaboratif ini harus diteruskan pada masa hadapan, malah telah mendapat sokongan penuh daripada YAB Timbalan Perdana Menteri untuk dianjurkan semula sempena sambutan Hari Peneroka ke-70 pada Julai 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita bukan sahaja membina jaringan niaga, malah memulakan budaya keusahawanan baharu dari desa ke pentas dunia,\u201d ujar beliau optimis.<\/p>\n\n\n\n<p>#MegaKarnival3Dimensi #DesaMendunia #FeldaGemilang #UsahawanBumiputera #KUDxSDSIxFELDA #MITEC2025 #MalaysiaBookOfRecords #EkonomiHijau #HariPeneroka2026 #KeusahawananDesa<br>#HPF2025 #HARIPENEROKAFELDA2025 #SegalanyaFELDA #DesakuMendunia #MK3D2025<br><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2025 \u2013 Mega Karnival Tiga Dimensi 2025 yang berlangsung selama lima hari di Malaysia<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15206,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[1073,1445],"tags":[],"class_list":["post-15204","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-komuniti","category-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15204","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=15204"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15204\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15207,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15204\/revisions\/15207"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/15206"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=15204"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=15204"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=15204"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}