{"id":15465,"date":"2025-09-01T21:02:31","date_gmt":"2025-09-01T13:02:31","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=15465"},"modified":"2025-09-01T21:02:31","modified_gmt":"2025-09-01T13:02:31","slug":"ptti-perkasa-calon-spm-kudat-menerusi-formula-rahsia-skor-a","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=15465","title":{"rendered":"PTTI perkasa calon SPM Kudat menerusi formula rahsia skor A+"},"content":{"rendered":"\n<p>KUDAT&nbsp;&#8211;&nbsp;Lebih 1,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sembilan buah sekolah menengah di daerah Kudat telah menyertai Program Jelajah Skor A+ SPM anjuran PTTI Group Sdn. Bhd., yang berlangsung selama dua hari pada 11 dan 12 Ogos lalu di Dewan Hakka, Kudat.<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kudat, serta Kelab Nuri Bank Rakyat ini bertujuan memperkasa calon SPM dengan strategi pembelajaran berkesan dan teknik menjawab soalan yang terbukti membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelajar-pelajar daripada sembilan buah sekolah terbabit&nbsp;termasuklah SMK Abdul Rahim, SMK Abdul Rahim II, SMK Kudat, SMK Kudat II, SMK Sikuati, SMK Sikuati II, SMK St. Peter, SMJK Lok Yuk dan SMK Pinawantai.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka&nbsp;telah mengikuti sesi intensif bagi empat subjek teras&nbsp;iaitu&nbsp;Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Sejarah.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-09-01-at-17.58.43-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-15467\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-09-01-at-17.58.43-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-09-01-at-17.58.43-300x225.jpeg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-09-01-at-17.58.43-768x576.jpeg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-09-01-at-17.58.43-1536x1152.jpeg 1536w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-09-01-at-17.58.43-2048x1536.jpeg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Setiap sesi dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman daripada PTTI dan menumpukan kepada teknik menjawab soalan dengan tepat, kaedah mudah menghafal fakta serta penggunaan \u2018formula rahsia\u2019 yang dirangka khusus untuk menjamin penguasaan topik peperiksaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak hanya tertumpu kepada akademik, program ini turut menampilkan pengisian berkaitan literasi kewangan yang dikendalikan oleh Kelab Nuri Bank Rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Slot istimewa itu memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai pengurusan kewangan bijak, sejajar dengan aspirasi kerajaan dan Bank Negara Malaysia dalam membentuk generasi celik kewangan sejak usia muda.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai tanda sokongan, PTTI turut menaja pembukaan akaun Kelab Nuri untuk peserta, selain memberikan modul pembelajaran percuma sebagai bahan rujukan tambahan menjelang peperiksaan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"576\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-09-01-at-17.58.44-576x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-15468\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-09-01-at-17.58.44-576x1024.jpeg 576w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-09-01-at-17.58.44-169x300.jpeg 169w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-09-01-at-17.58.44-768x1365.jpeg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-09-01-at-17.58.44-864x1536.jpeg 864w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-09-01-at-17.58.44-1152x2048.jpeg 1152w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-09-01-at-17.58.44.jpeg 1440w\" sizes=\"auto, (max-width: 576px) 100vw, 576px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Eksekutif Kanan Komunikasi Strategik PTTI Group Sdn. Bhd., Eizlan Haikal Eusop&nbsp;berkata, program ini adalah&nbsp;satu inisiatif berterusan pihaknya dalam membantu calon SPM menghadapi peperiksaan dengan keyakinan dan persediaan yang kukuh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPTTI komited membantu murid, khususnya calon SPM, agar mampu mencapai keputusan cemerlang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui program ini, kami bukan sahaja berkongsi teknik jawab soalan secara berkesan, malah memberikan motivasi dan keyakinan diri supaya mereka dapat melangkah ke dewan peperiksaan dengan persediaan terbaik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kudat (Sektor Pembelajaran), Sharif Zainal Abiddin Sharif Shek, menyifatkan kolaborasi strategik antara pihak swasta dan institusi pendidikan sebagai usaha murni yang membawa impak besar terhadap pembangunan akademik pelajar luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerjasama antara PTTI, JPN Sabah, PPD Kudat dan Kelab Nuri Bank Rakyat amat bermakna dalam usaha meningkatkan prestasi akademik murid.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram ini membuktikan bahawa sokongan komuniti dan pihak swasta mampu memberikan impak positif kepada pencapaian pendidikan di daerah ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-09-01-at-17.58.42-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-15469\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-09-01-at-17.58.42-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-09-01-at-17.58.42-300x225.jpeg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-09-01-at-17.58.42-768x576.jpeg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-09-01-at-17.58.42-1536x1152.jpeg 1536w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-09-01-at-17.58.42-2048x1536.jpeg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Timbalan Presiden Deposit Bank Rakyat, Azilla Nasarudin berkata, pentingnya literasi kewangan dalam kalangan pelajar dan menzahirkan komitmen Kelab Nuri dalam mendidik generasi muda yang seimbang dari segi akademik dan kemahiran hidup.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui Kelab Nuri Bank Rakyat, kami mahu melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga celik kewangan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLiterasi kewangan ialah kemahiran hidup yang penting, dan pendedahan awal seperti ini membantu mereka membuat keputusan kewangan yang bijak pada masa depan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Program Jelajah Skor A+ SPM ini sekali lagi mengukuhkan peranan PTTI sebagai peneraju dalam bidang pendidikan tambahan negara, yang bukan sahaja berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang, malah terus berusaha membawa ilmu ke pelusuk daerah termasuk kawasan luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>PTTI kini dikenali sebagai pusat tuisyen paling berprestasi tinggi di negara ini, setelah mencatatkan jumlah tertinggi pelajar yang memperoleh semua A dalam keputusan SPM 2024 yang lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan ini menjadi bukti bahawa pendekatan holistik dan sokongan menyeluruh mampu membina generasi pelajar yang bukan sahaja bijak dalam akademik, tetapi juga bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUDAT&nbsp;&#8211;&nbsp;Lebih 1,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sembilan buah sekolah menengah di daerah Kudat telah menyertai Program<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":15466,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[15],"tags":[2383,975,1138],"class_list":["post-15465","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pendidikan","tag-kudat","tag-ptti","tag-spm"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15465","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=15465"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15465\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15470,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15465\/revisions\/15470"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/15466"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=15465"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=15465"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=15465"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}