{"id":15773,"date":"2025-10-06T13:43:21","date_gmt":"2025-10-06T05:43:21","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=15773"},"modified":"2025-10-06T13:43:21","modified_gmt":"2025-10-06T05:43:21","slug":"kononnya-ada-dana-luar-negara-rakyat-tertipu-lagi-mho-buka-rahsia-skim-penipuan-baharu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=15773","title":{"rendered":"Kononnya Ada Dana Luar Negara, Rakyat Tertipu Lagi \u2014 MHO Buka Rahsia Skim Penipuan Baharu!"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/1000169581-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-15774\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/1000169581-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/1000169581-300x225.jpg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/1000169581-768x576.jpg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/1000169581-1536x1152.jpg 1536w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/1000169581-2048x1536.jpg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2025 \u2013 Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) hari ini mendedahkan satu kegiatan penipuan pelaburan berskala besar yang disyaki melibatkan &#8220;dana emas&#8221; dan &#8220;tunai luar negara&#8221; bernilai puluhan bilion dolar Amerika Syarikat yang kononnya tersimpan di institusi kewangan antarabangsa seperti di United Kingdom dan Switzerland.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha Agung MHO, Dato\u2019 Hishamuddin Hashim, berkata pihaknya menerima aduan daripada sejumlah besar mangsa yang mendakwa menjadi mangsa penipuan terancang oleh sekumpulan individu rakyat Malaysia yang mendalangi skim pelaburan tahyul tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, pelabur-pelabur ini dijanjikan pulangan luar biasa dalam bentuk tunai dan harta sekiranya mereka menyertai dan membantu membiayai &#8220;pengaktifan&#8221; dana luar negara tersebut. Mereka turut diarahkan membuka akaun korporat dan membayar ribuan ringgit sebagai sebahagian daripada proses \u201cpembebasan dana\u201d, yang disyaki hanyalah tipu helah bagi memperdaya mangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerdasarkan aduan yang diterima, ada mangsa yang rugi ribuan hingga ratusan ribu ringgit. Jumlah keseluruhan kerugian dipercayai mencecah jutaan ringgit,\u201d kata Dato\u2019 Hishamuddin.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih membimbangkan, dalang utama atau \u201cmastermind\u201d bersama beberapa orang \u201cmandate\u201d dan \u201cleader\u201d disyaki menggunakan dokumen palsu lengkap dengan logo institusi kewangan rasmi termasuk Bank Negara Malaysia bagi meyakinkan pelabur.<\/p>\n\n\n\n<p>MHO juga memaklumkan bahawa entiti yang mendakwa menguruskan dana tersebut tidak berdaftar di bawah mana-mana institusi kewangan sah, dan semua dokumen serta janji yang dibuat dipercayai palsu dan merupakan sebahagian daripada satu skim penipuan terancang.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga kini, tiada pelabur menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan. Sebaliknya, mereka hanya diberikan pelbagai alasan seperti \u201cmasalah teknikal bank luar negara\u201d atau \u201cproses pemindahan belum lengkap\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih mengejutkan, siasatan awal mendapati kegiatan ini masih aktif dijalankan secara senyap, dengan ramai individu lain berpotensi menjadi mangsa baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami dimaklumkan sebanyak 30 laporan polis telah dibuat di seluruh negara, dengan 7 kes masih dalam siasatan dan satu kes telah diberikan arahan NFA (No Further Action),\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Susulan itu, MHO hari ini memohon agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempercepatkan siasatan terhadap semua laporan sedia ada dan menyerahkan kertas siasatan lengkap kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya supaya pertuduhan dapat dibuat di mahkamah dengan segera.<\/p>\n\n\n\n<p>MHO turut mendesak agar kertas siasatan yang telah menerima arahan NFA dibuka semula, memandangkan ia melibatkan modus operandi yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita mahu semua yang terlibat dalam penipuan dana tahyul ini diheret ke muka pengadilan. Mangsa berhak mendapat keadilan dan pelaku tidak boleh terus memperdaya masyarakat dengan janji palsu bertopengkan pelaburan luar negara,\u201d tegas Dato\u2019 Hishamuddin.<\/p>\n\n\n\n<p>MHO menyeru orang ramai supaya berhati-hati terhadap sebarang tawaran pelaburan luar biasa, khususnya yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat, terutamanya apabila ia melibatkan \u201cdana luar negara\u201d, \u201cakaun emas\u201d, atau penggunaan nama institusi kewangan antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>#SkimPelaburanTahyul #DanaEmasPalsu #PenipuanPelaburan #MangsaTertipu #MHO<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2025 \u2013 Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) hari ini mendedahkan satu kegiatan penipuan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15775,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[1675,1445],"tags":[],"class_list":["post-15773","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah","category-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15773","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=15773"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15773\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15776,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15773\/revisions\/15776"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/15775"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=15773"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=15773"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=15773"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}