{"id":15886,"date":"2025-10-14T20:32:13","date_gmt":"2025-10-14T12:32:13","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=15886"},"modified":"2025-10-14T20:32:13","modified_gmt":"2025-10-14T12:32:13","slug":"sindiket-pukau-skim-cepat-kaya-dato-dr-kalaivanar-desak-polis-bertindak-mangsa-rugi-rm4-juta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=15886","title":{"rendered":"Sindiket Pukau &amp; Skim Cepat Kaya: Dato&#8217; Dr Kalaivanar Desak Polis Bertindak, Mangsa Rugi RM4 Juta"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Usahawan Papa Kedana: RM4 Juta Lesap Gara-Gara Skim &#8220;Gold Coin&#8221; Sindiket Palsu<\/strong><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/1000181342.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-15889\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/1000181342.jpg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/1000181342-300x225.jpg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/1000181342-768x576.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2025<\/strong> \u2013 Seorang usahawan, Encik Subramaniam a\/l Palani, kini hidup merana selepas diperdaya sindiket pelaburan palsu yang didalangi beberapa individu termasuk seorang wanita dikenali sebagai <em>Manimangalam<\/em> dan seorang lelaki bernama <em>Vijayaganesh<\/em>. Mangsa dilaporkan mengalami kerugian mencecah lebih RM4 juta hasil pelaburan &#8220;gold coin&#8221; yang kononnya telah &#8220;direstu&#8221; seorang sami.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/1000181345-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-15890\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/1000181345-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/1000181345-300x169.jpg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/1000181345-768x432.jpg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/1000181345-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/1000181345-2048x1152.jpg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Dalam sidang media hari ini, aktivis sosial, <strong>Dato\u2019 Dr. Kalaivanar<\/strong> dari Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara, mendedahkan pihaknya telah menyerahkan satu memorandum kepada wakil Ketua Polis Negara melalui Bahagian Urus Setia KPN Komunikasi Korporat, Bukit Aman, ASP Viswamalar. Memorandum itu menuntut agar pihak polis segera bertindak terhadap sindiket terbabit yang didakwa masih bebas tanpa sebarang tangkapan walaupun laporan polis telah dibuat sejak September 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Kalaivanar, modus operandi sindiket ini bukan sahaja memperdaya mangsa melalui pujukan manis, malah turut menggunakan unsur kepercayaan agama dengan mendakwa emas yang dilaburkan telah dipuja oleh seorang sami. \u201cMereka gunakan helah kononnya pelaburan ini akan membawa kekayaan berganda. Hakikatnya, mangsa kini papa kedana, kehilangan wang simpanan KWSP, aset perniagaan termasuk bas, lori dan kenderaan mewah, serta berdepan masalah keluarga,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mangsa, Encik Subramaniam, yang sebelum ini memiliki lebih 60 buah bas dan pelbagai aset perniagaan, kini hilang hampir semua hartanya termasuk terpaksa menjual rumah, emas milik keluarga, dan kenderaan peribadi. Lebih malang, beliau mendakwa turut menerima ugutan daripada sindiket yang memperdayakannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalaivanar turut melahirkan kekecewaan terhadap kelewatan siasatan. \u201cPolis kita antara yang terbaik di rantau Asia, tetapi mengapa selepas lebih setahun masih belum ada tangkapan? Jika tindakan segera tidak diambil, pelaku mungkin sudah melarikan diri ke luar negara,\u201d tegas beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Pihaknya menggesa Ketua Polis Negara untuk segera mengambil langkah tegas termasuk merampas pasport suspek, menjalankan tangkapan dan membawa mereka ke muka pengadilan. \u201cIni bukan soal seorang mangsa sahaja. Saya percaya ramai lagi yang menjadi mangsa namun tidak tampil ke hadapan kerana takut atau malu. Kita mahu hentikan sindiket-sindiket seperti ini daripada terus menjerat rakyat dengan janji cepat kaya,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Kes ini sekali lagi membuka mata masyarakat tentang bahayanya skim cepat kaya yang sering menyasarkan golongan peniaga serta warga emas. Kalaivanar mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan helah pelaburan yang menjanjikan keuntungan luar biasa.<\/p>\n\n\n\n<p>#SkimCepatKaya #SindiketPenipuan #GoldCoinScam #PolisMalaysia #BahanaKesetiaanNegara #KenaScam #MangsaPenipuan #KeadilanUntukMangsa #HapusSindiket #BeraniKeranaBenar<br><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Usahawan Papa Kedana: RM4 Juta Lesap Gara-Gara Skim &#8220;Gold Coin&#8221; Sindiket Palsu KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2025 \u2013<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15888,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[1675,1445],"tags":[],"class_list":["post-15886","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah","category-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15886","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=15886"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15886\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15891,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15886\/revisions\/15891"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/15888"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=15886"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=15886"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=15886"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}