{"id":16312,"date":"2025-11-06T18:40:56","date_gmt":"2025-11-06T10:40:56","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=16312"},"modified":"2025-11-06T22:23:17","modified_gmt":"2025-11-06T14:23:17","slug":"seorang-wanita-dakwa-bayar-rm495000-tapi-masih-dihimpit-hutang-rm600000-dato-dr-kalaivanar-desak-bank-besar-jelaskan-isu-penindasan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=16312","title":{"rendered":"Seorang Wanita Dakwa Bayar RM495,000 Tapi Masih Dihimpit Hutang RM600,000 \u2013 Dato&#8217; Dr Kalaivanar Desak Bank &#8220;Besar&#8221; Jelaskan Isu Penindasan!"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1000208178-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-16315\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1000208178-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1000208178-300x225.jpg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1000208178-768x576.jpg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/1000208178.jpg 1280w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUALA LUMPUR, 6 November 2025<\/strong> \u2013 Seorang usahawan wanita tempatan, <strong>Puan Pavala Raani<\/strong> <strong>a\/p Sanggaya, 48,<\/strong> tampil bersama aktivis sosial <strong>Dato\u2019 Dr. Kalaivanar<\/strong>, mewakili <strong>Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara<\/strong>, mendakwa dirinya menjadi mangsa penindasan oleh sebuah bank besar tempatan yang dirujuk sebagai <em>Bank P<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam satu sidang media petang ini, Dato\u2019 Dr. Kalaivanar mendedahkan bahawa Pavala, yang membeli rumah dua tingkat bernilai <strong>RM410,000 pada tahun 2008<\/strong>, telah membuat pinjaman sebanyak <strong>RM390,000<\/strong>, namun selepas <strong>18 tahun membayar tanpa gagal<\/strong>, beliau kini masih dibebani dengan baki hutang sebanyak <strong>RM605,000<\/strong>, menjadikan jumlah keseluruhan bayaran mencecah <strong>lebih RM1 juta<\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBeliau sudah bayar RM495,000, tapi bila mahu \u2018settle\u2019, bank kata masih ada baki RM605,290. Apa logiknya rumah RM410,000 jadi macam bayar bungalow RM1.5 juta?\u201d tegas Dato\u2019 Dr. Kalaivanar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut mendakwa bahawa semasa tempoh <strong>moratorium COVID-19<\/strong>, Pavala tetap dipaksa membayar antara <strong>RM2,000 hingga RM4,000 sebulan<\/strong>, dan jumlah keseluruhan bayaran sepanjang tempoh moratorium dikatakan mencecah <strong>RM140,000<\/strong>, bercanggah dengan maksud sebenar moratorium.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMoratorium sepatutnya beri kelegaan kepada rakyat, bukan jerat hutang baharu. Apa makna moratorium kalau rakyat terus dibebankan dengan faedah berganda?\u201d ujar beliau dengan nada tegas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Pavala, beliau berulang kali memohon <strong>penyata penuh pinjaman<\/strong> daripada pihak bank, namun sehingga kini tidak menerima sebarang maklum balas jelas walaupun telah menghantar <strong>tiga surat rasmi melalui peguam<\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya hanya pinjam RM369,000, tapi kini bank kata saya perlu bayar RM1.1 juta untuk dapatkan balik hak milik rumah. Ini sangat tidak adil,\u201d kata Pavala yang kelihatan sebak ketika berkongsi pengalamannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dato\u2019 Dr. Kalaivanar memberi tempoh <strong>14 hari<\/strong> kepada bank berkenaan untuk tampil memberi penjelasan dan menyerahkan penyata terperinci kepada Pavala Raani. Sekiranya gagal, beliau memberi amaran bahawa <strong>satu demonstrasi besar-besaran akan diadakan di hadapan bank tersebut serta di Bank Negara Malaysia<\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita bukan mahu gembar-gembur politik. Ini isu marhaen. Bank besar jangan pijak rakyat kecil. Jika tiada tindakan, kita turun lagi \u2013 kali ini di hadapan Bank Negara,\u201d tegasnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut menyeru <strong>Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara Malaysia<\/strong> agar tidak terus berdiam diri terhadap kes-kes seperti ini yang disifatkan sebagai <strong>penindasan kewangan terhadap rakyat berpendapatan sederhana<\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKalau Bank Negara boleh kaut untung RM22 bilion masa COVID-19, kenapa rakyat dibiarkan menderita dengan kadar faedah yang mencekik?\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sidang media itu diakhiri dengan seruan solidariti kepada semua mangsa pinjaman sewa beli yang didakwa menjadi mangsa manipulasi kadar faedah bank untuk tampil menuntut keadilan bersama NGO tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">#KezalimanBank #MangsaPinjaman #BahanaKesetiaanNegara #PavalaRaani #KeadilanUntukRakyat #BankNegaraMalaysia #MoratoriumTipu #RakyatTertindas #SuaraMarhaen #TolakPenindasanKewangan<br><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 6 November 2025 \u2013 Seorang usahawan wanita tempatan, Puan Pavala Raani a\/p Sanggaya, 48, tampil bersama<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16316,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[1445],"tags":[],"class_list":["post-16312","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16312","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=16312"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16312\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16324,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16312\/revisions\/16324"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/16316"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=16312"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=16312"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=16312"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}