{"id":16475,"date":"2025-11-19T09:46:29","date_gmt":"2025-11-19T01:46:29","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=16475"},"modified":"2025-11-19T09:46:29","modified_gmt":"2025-11-19T01:46:29","slug":"sabahan-for-sabahan-pandai-pandai-fikir-dr-azam-dakwa-politik-sabah-dibayar-dan-bercelaru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=16475","title":{"rendered":"\u2018Sabahan for Sabahan? Pandai-pandai fikir\u2019 \u2014 Dr. Azam dakwa politik Sabah \u2018dibayar dan bercelaru\u2019"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>KUALA LUMPUR &#8211; Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr. Azam Rauzan, tampil mengulas perkembangan politik semasa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah<\/strong>, khususnya isu keluar parti yang kembali hangat apabila UPKO mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menjawab soalan wartawan mengenai fenomena ini, Dr. Azam menyifatkan landskap politik Sabah sebagai unik dan kompleks berbanding negeri lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, persaingan di Sabah sering menyaksikan satu kerusi ditandingi sehingga tujuh atau sembilan calon, yang didakwa beliau sebagai berpaksikan kepentingan peribadi dan tawaran material.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSabah dan Sarawak sangat berbeza. Sarawak ada etika politik yang tinggi. Di Sabah, apabila satu kerusi ada lima, tujuh, sembilan calon\u2014semuanya berpaksi kepada duit. Cakap Sabahan for Sabahan, tapi siapa yang sakau? Tetap orang Sabah juga,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyentuh isu rasuah, dengan mendakwa persepsi masyarakat terhadap keberkesanan siasatan dan tindakan SPRM perlu diperbetulkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKenapa orang jadi rasuah? Sebab masyarakat lihat seolah-olah ia macam perdagangan. Kes tertentu yang selesai hanya dengan bayar balik\u2014ini yang menimbulkan tanda tanya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah Dr. Azam, politik keluarga di Sabah juga kerap mempengaruhi pola undian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSatu rumah pun bercampur \u2014 atuk parti lain, nenek parti lain, cucu parti lain. Semua ikut siapa tawarkan lebih,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun enggan mengulas panjang mengenai UPKO keluar PH, beliau meramalkan kemungkinan parti-parti tertentu kembali bekerjasama selepas PRN.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Azam juga sempat berpesan kepada Khairy Jamaluddin (KJ) agar tidak melupakan Sabah jika ingin kekal relevan dalam Barisan Nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKJ, jangan lupa datang Sabah. Baru Presiden MKT nampak kemuliaan dan kesetiaan kamu kepada BN,\u201d selorohnya di hujung sesi.<\/p>\n\n\n\n<p>#PRNSabah #PolitikSabah #UPKO #PakatanHarapan #UMNO #BarisanNasional #IsuRasuah #AATVNews #SabahPolitics #PRN2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr. Azam Rauzan, tampil mengulas perkembangan politik semasa menjelang<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16379,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[2349],"tags":[],"class_list":["post-16475","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sembang-kopi-aatv"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16475","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=16475"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16475\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16476,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16475\/revisions\/16476"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/16379"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=16475"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=16475"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=16475"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}