{"id":16623,"date":"2025-11-26T19:38:03","date_gmt":"2025-11-26T11:38:03","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=16623"},"modified":"2025-11-26T19:38:03","modified_gmt":"2025-11-26T11:38:03","slug":"banjir-kesihatan-ini-nasihat-penting-dr-afif-untuk-elak-penyakit","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=16623","title":{"rendered":"Banjir &amp; kesihatan: Ini nasihat penting Dr Afif untuk elak penyakit"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR &#8211; Musim banjir yang melanda beberapa kawasan di negara ini bukan sahaja mengganggu kehidupan seharian penduduk, malah turut meningkatkan risiko pelbagai penyakit berbahaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut pakar kesihatan, kesedaran mengenai langkah penjagaan diri sepanjang musim banjir amat penting bagi mengelakkan jangkitan yang boleh mengancam nyawa.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Dr Afif Mohd Ridzwan, air banjir lazimnya tercemar dan menjadi medium penyebaran pelbagai bakteria serta virus.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, antara penyakit yang sering berlaku semasa banjir termasuk kencing tikus, demam kepialu, taun dan cirit-birit, yang semuanya berpunca daripada pendedahan kepada air kotor.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, air banjir bukan hanya membawa risiko penyakit yang berkaitan dengan bakteria, tetapi juga boleh meningkatkan risiko jangkitan paru-paru, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada atau sistem imun yang lemah.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, faktor persekitaran semasa banjir turut mewujudkan keadaan lembap yang sesuai untuk serangga membiak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNyamuk Aedes, yang menjadi punca demam denggi, juga adalah ancaman utama ketika musim banjir.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMasalah kulit seperti gatal-gatal, jangkitan pada luka, kurap dan pelbagai penyakit kulit lain juga mudah berlaku apabila seseorang terdedah kepada air banjir yang tercemar,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Afif, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain berkata, langkah pencegahan penyakit semasa banjir adalah tanggungjawab bersama dan tidak boleh diambil mudah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKesedaran dan langkah pencegahan adalah kunci. Jangan pandang remeh risiko penyakit semasa banjir walaupun ia nampak kecil,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas cabaran yang dihadapi mangsa banjir, beliau berkata keadaan di pusat pemindahan sementara sering memerlukan pengurusan kebersihan yang lebih teliti.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, aspek kesihatan harus sentiasa diutamakan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"590\" height=\"892\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/WhatsApp-Image-2025-11-26-at-19.36.57.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-16626\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/WhatsApp-Image-2025-11-26-at-19.36.57.jpeg 590w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/WhatsApp-Image-2025-11-26-at-19.36.57-198x300.jpeg 198w\" sizes=\"auto, (max-width: 590px) 100vw, 590px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Beliau menasihatkan supaya makanan dipastikan bersih dan air diminum hanya setelah dimasak dengan sempurna.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pendedahan kepada air tercemar boleh meningkatkan risiko cirit-birit dan keracunan makanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi individu yang mempunyai luka, Dr Afif berkata, perlunya rawatan segera bagi mengelakkan kuman memasuki tubuh melalui kawasan luka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRawat luka dengan segera jangan biarkan air banjir atau kuman masuk,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyaran supaya orang ramai mengelakkan amalan berkongsi gelas atau pinggan bagi mengurangkan risiko penyebaran jangkitan, terutama di pusat pemindahan banjir.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, apabila cuaca mengizinkan, penduduk perlu memeriksa kawasan sekitar kediaman atau pusat pemindahan bagi memastikan tiada air bertakung yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Afif turut mengingatkan orang ramai bahawa menjaga kesihatan ketika banjir bukan sekadar langkah pencegahan, tetapi suatu keperluan penting bagi mengelakkan komplikasi kesihatan yang lebih serius.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Musim banjir yang melanda beberapa kawasan di negara ini bukan sahaja mengganggu kehidupan seharian penduduk,<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":16624,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[2209],"tags":[1185,2391,2409],"class_list":["post-16623","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kesihatan","tag-banjir","tag-dr-afif-mohd-ridzwan","tag-pusat-rawatan-al-farhain"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16623","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=16623"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16623\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16627,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16623\/revisions\/16627"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/16624"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=16623"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=16623"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=16623"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}