{"id":16629,"date":"2025-11-26T21:32:18","date_gmt":"2025-11-26T13:32:18","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=16629"},"modified":"2025-11-26T21:32:18","modified_gmt":"2025-11-26T13:32:18","slug":"hoi-ya-hoi-dah-hilang-mana-altimet-dulu-lantang-kini-senyap-dalam-isu-shamsul-iskandar-mazlan-latif","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=16629","title":{"rendered":"\u2018Hoi Ya Hoi\u2019 Dah Hilang? Mana Altimet? Dulu Lantang, Kini Senyap Dalam Isu Shamsul Iskandar &#8211; Mazlan Latif"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>WANGSA MAJU, 26 November 2025<\/strong> \u2014 Ketua UMNO Cawangan Wangsa Sari, <strong>Mazlan Abd Latif<\/strong>, menyifatkan peletakan jawatan Dato\u2019 Sri Shamsul Iskandar sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri sebagai satu tindakan \u201cgentleman\u201d, namun menegaskan kerusi tersebut memang terkenal sebagai \u201ckerusi panas\u201d yang sering menjadi perhatian banyak pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Mazlan, jawatan itu menuntut integriti dan disiplin yang tinggi, dan mana-mana individu yang gagal mengurus tekanan politik akan berdepan risiko besar.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cUntuk pengetahuan orang ramai, kerusi itu memang kerusi yang panas. Siapa saja duduk situ, kalau tak pandai bawa diri, inilah jahanam dia,\u201d<\/em> katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mazlan turut menegaskan bahawa tindakan awal Shamsul meletakkan jawatan menunjukkan beliau memilih untuk menyelesaikan isu yang sedang hangat diperkatakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, dalam ucapannya, Mazlan turut mempersoalkan sikap beberapa tokoh selebriti dan aktivis yang sebelum ini lantang mengkritik lawan politik, termasuk penyanyi rap Altimet (Altimate), yang pernah aktif di pentas politik.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cDulu bukan main lagi naik pentas, hoi ya hoi sana, hoi ya hoi sini. Sekarang bila isu panas melibatkan orang-orang kau, mana ulasan?\u201d<\/em> katanya, merujuk kepada dakwaan rasuah melibatkan beberapa individu dalam parti kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mazlan turut merujuk kepada satu hantaran yang tular di media sosial, yang dikatakan melibatkan Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, berkaitan usaha melobi seseorang untuk jawatan tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan bahawa keadaan ini membuktikan jawatan Setiausaha Politik Kanan sentiasa menjadi rebutan dan memerlukan kecekapan tinggi untuk mengelakkan tercalit isu yang boleh menyebabkan tindakan undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cPMX sendiri selalu ingatkan, silap langkah \u2014 terlajang masuk Sungai Buloh,\u201d<\/em> katanya sambil membayangkan risiko undang-undang yang menanti sesiapa yang menyalahgunakan kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Mazlan turut menambah bahawa beliau menunggu kenyataan balas daripada Altimet, yang sebelum ini digambarkan sebagai lantang mempertahankan kesucian dan integriti parti yang disertainya.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cKita nak tengok apa kenyataan Altimate ni. Selama ini dia tonjolkan seolah-olah parti PKR sangat suci, tiada dosa. Tapi kita lihat pula apa yang berlaku kepada beberapa pemimpin mereka sekarang,\u201d<\/em> katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Isu peletakan jawatan Shamsul Iskandar terus menjadi perhatian warganet, malah menimbulkan persoalan mengenai tekanan politik dalaman serta persaingan sengit bagi jawatan strategik dalam pentadbiran kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>#AATVNews #ShamsulIskandar #Altimet #UMNO #PKR #IsuPolitikTerkini #KerusiPanas #PolitikMalaysia #IsuRasuah #BeritaSemasa<br><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>WANGSA MAJU, 26 November 2025 \u2014 Ketua UMNO Cawangan Wangsa Sari, Mazlan Abd Latif, menyifatkan peletakan jawatan Dato\u2019<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16630,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[2349],"tags":[],"class_list":["post-16629","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sembang-kopi-aatv"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16629","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=16629"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16629\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16631,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16629\/revisions\/16631"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/16630"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=16629"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=16629"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=16629"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}