{"id":16925,"date":"2025-12-13T16:13:59","date_gmt":"2025-12-13T08:13:59","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=16925"},"modified":"2025-12-13T16:13:59","modified_gmt":"2025-12-13T08:13:59","slug":"baca-akta-550-dulu-mahdzir-khalid-persoal-desakan-pengiktirafan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=16925","title":{"rendered":"\u201cBaca Akta 550 Dulu!\u201d \u2013 Mahdzir Khalid Persoal Desakan Pengiktirafan"},"content":{"rendered":"\n
KUALA LUMPUR, 13 Disember 2025<\/strong> \u2014 Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) didakwa jelas bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) serta tidak selari dengan Dasar Pendidikan Nasional (DPN), kata bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.<\/p>\n\n\n\n
Menurut beliau, UEC juga gagal berpaksikan teras utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seperti yang digariskan secara jelas di bawah Akta 550.<\/p>\n\n\n\n
\u201cBagi saya, mana-mana pihak yang mendesak kerajaan supaya mengiktiraf UEC perlu membaca, memahami dan menghayati terlebih dahulu Akta 550 sebelum membuat sebarang tuntutan. Ini asas kenegaraan yang perlu dihormati dalam sebuah negara berdaulat,\u201d katanya dalam satu kenyataan media hari ini.<\/p>\n\n\n\n
Mahdzir menegaskan, sebarang perbahasan atau desakan berhubung pengiktirafan UEC tanpa memahami kerangka perundangan sedia ada adalah tidak matang dan bersifat semberono.<\/p>\n\n\n\n
\u201cKita jangan hanya tahu bercakap mengenai sesuatu isu tetapi gagal memahami perkara asas kepada topik yang dibangkitkan,\u201d tegas beliau.<\/p>\n\n\n\n
Tambahnya, pihak-pihak yang secara berterusan mendesak agar UEC diiktiraf, khususnya melibatkan pemimpin politik DAP dan pejuang UEC, perlu menghormati Akta 550 serta mengutamakan kepentingan nasional dalam usaha memartabatkan sistem pendidikan negara.<\/p>\n\n\n\n
Mahdzir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata, isu pengiktirafan UEC sepatutnya tidak lagi dibangkitkan sekiranya semua pihak benar-benar menghormati peruntukan undang-undang yang telah termaktub secara jelas.<\/p>\n\n\n\n
Beliau turut mempersoalkan keperluan mendesak untuk mengiktiraf UEC sedangkan negara telah lama mengiktiraf sijil antarabangsa lain seperti O-Level dan IGCSE.<\/p>\n\n\n\n
\u201cApa keperluan sebenar UEC untuk diiktiraf, sedangkan sijil lain yang bertaraf antarabangsa telah diterima kerajaan sejak sekian lama?\u201d soalnya.<\/p>\n\n\n\n
Menurut Mahdzir, antara faktor utama UEC tidak selari dengan dasar pendidikan kebangsaan ialah kandungan silibusnya, khususnya subjek Sejarah yang lebih menumpukan sejarah China dan Asia Timur, bukannya sejarah Malaysia mengikut standard Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).<\/p>\n\n\n\n
Selain itu, UEC juga tidak menggunakan Kurikulum Kebangsaan serta tidak menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama, sebaliknya menggunakan bahasa Mandarin.<\/p>\n\n\n\n
UEC juga jelas beliau, tidak dipantau dan tidak diseragamkan oleh KPM seperti mana sekolah-sekolah swasta lain di negara ini.<\/p>\n\n\n\n
\u201cBagaimana kerajaan boleh mengiktiraf UEC jika ia jelas melanggar Akta 550? Apa justifikasi pengiktirafan itu? Jangan kerana mahu meraih laba politik, UEC terus dijadikan modal,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n
Mahdzir turut memberi amaran agar isu UEC tidak dibiarkan berlarutan sehingga menjejaskan keharmonian dan perpaduan rakyat.<\/p>\n\n\n\n
\u201cCukup sekadar UEC dilaksanakan secara bersendirian tanpa diusik. Jangan sampai ia menjadi barah yang akhirnya memaksa tindakan lebih tegas diambil,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n
#UEC
#Akta550
#PendidikanNasional
#MahdzirKhalid
#BeritaAATV
#IsuPendidikan
#KedaulatanNegara
#PendidikanMalaysia
#PolitikPendidikan
#AATVMedia
<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
KUALA LUMPUR, 13 Disember 2025 \u2014 Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) didakwa jelas bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16927,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-16925","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16925","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=16925"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16925\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16926,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16925\/revisions\/16926"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/16927"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=16925"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=16925"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=16925"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}