{"id":17059,"date":"2025-12-23T13:46:17","date_gmt":"2025-12-23T05:46:17","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=17059"},"modified":"2025-12-23T13:46:17","modified_gmt":"2025-12-23T05:46:17","slug":"keputusan-mahkamah-tinggi-timbulkan-tanda-tanya-terhadap-sistem-perundangan-rosni","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=17059","title":{"rendered":"Keputusan Mahkamah Tinggi Timbulkan Tanda Tanya Terhadap Sistem Perundangan \u2013 Rosni"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari menyuarakan kekecewaan dan kebimbangan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang menolak pelaksanaan titah tambahan (addendum) melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak, sambil menyifatkan keputusan itu bercanggah dengan prinsip dan proses perundangan yang telah diputuskan sebelum ini.<\/p>\n<p>Rosni berkata beliau sebenarnya telah menjangkakan keputusan tersebut walaupun dari sudut undang-undang, bekas Perdana Menteri itu sepatutnya layak menerima pengampunan dan menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.<\/p>\n<p>\u201cSaya cuba hadam keputusan hari ini, terutama alasan yang diberikan hakim. Pada saya, alasan itu bercanggah dengan kes-kes terdahulu dan secara tidak langsung menjejaskan keyakinan serta kepercayaan rakyat terhadap sistem perundangan negara,\u201d katanya kepada AATV News.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kewujudan titah addendum itu telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dan disahkan oleh Mahkamah Persekutuan, sekali gus menjadikan asas perundangan untuk kes tersebut dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi bagi tujuan pelaksanaan.<\/p>\n<p>\u201cIsunya bukan lagi soal wujud atau tidak wujud titah addendum kerana perkara itu telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. <\/p>\n<p>&#8220;Namun hari ini, Mahkamah Tinggi membuat keputusan untuk tidak melaksanakan titah tersebut,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Rosni menegaskan keadaan itu menimbulkan persoalan serius dalam kalangan pengamal undang-undang kerana keputusan Mahkamah Tinggi dilihat tidak mengguna pakai keputusan mahkamah yang lebih tinggi.<\/p>\n<p>\u201cSekarang persoalannya, nak bawa ke mahkamah mana lagi? Kita telah melalui keseluruhan proses perundangan berkaitan kewujudan titah itu. Secara peribadi, saya sudah tidak meletakkan harapan lagi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menggesa barisan peguam Najib supaya mengambil langkah sewajarnya susulan keputusan itu bagi mengelakkan timbulnya keresahan rakyat, khususnya berkaitan kedudukan dan hak Raja-Raja Melayu.<\/p>\n<p>\u201cJangan sampai rakyat bangkit mempersoalkan mengapa hak Raja-Raja dipertikaikan. Hak Raja-Raja termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 42,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam nada peribadi, Rosni turut meluahkan kekecewaan kerana sebelum ini beliau mengharapkan Najib dapat menjalani tahanan rumah dan diraikan bersama keluarga.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah memasak patin tempoyak dari Kuala Lipis, rendang kijang dan sambal udang galah untuk meraikan keputusan hari ini. Namun apa yang berlaku amat mendukacitakan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari menyuarakan kekecewaan dan kebimbangan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":17060,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-17059","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17059","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=17059"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17059\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17062,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17059\/revisions\/17062"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/17060"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=17059"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=17059"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=17059"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}