{"id":17113,"date":"2026-01-07T19:59:00","date_gmt":"2026-01-07T11:59:00","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=17113"},"modified":"2026-01-07T19:59:00","modified_gmt":"2026-01-07T11:59:00","slug":"amalan-tabayyun-perlu-diperkukuh-bagi-menangani-penularan-berita-palsu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=17113","title":{"rendered":"Amalan tabayyun perlu diperkukuh bagi menangani penularan berita palsu"},"content":{"rendered":"\n<p>SEPANG &#8211; Masyarakat diseru agar menjadikan amalan tabayyun sebagai prinsip utama dalam kehidupan seharian bagi membendung penularan maklumat palsu yang semakin berleluasa, khususnya melalui media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Langkah menyemak dan menilai kesahihan sesuatu berita dilihat amat penting dalam memastikan keharmonian sosial dan kestabilan negara terus terpelihara.<\/p>\n\n\n\n<p>Pakar sosial, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, kemajuan teknologi digital dan media sosial telah membuka ruang luas kepada masyarakat untuk mengakses pelbagai maklumat dengan mudah dan pantas.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, beliau menegaskan bahawa keterbukaan platform digital juga membawa risiko apabila maklumat disebarkan tanpa melalui tapisan atau pengesahan yang sewajarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, ketiadaan kawalan menyeluruh terhadap kandungan dalam talian menyebabkan orang ramai terdedah kepada maklumat yang tidak tepat, mengelirukan dan bersifat palsu.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, setiap individu perlu memainkan peranan aktif dengan menilai kebenaran sesuatu maklumat sebelum menerimanya sebagai fakta.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaklumat yang diterima tidak boleh diterima bulat-bulat tanpa semakan daripada sumber yang sahih dan berautoriti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSikap bertanggungjawab dalam menapis maklumat amat penting kerana kegagalan mengamalkan tabayyun boleh memberi kesan buruk kepada individu dan masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkata, penyebaran maklumat palsu sering dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memenuhi kepentingan peribadi dan agenda tersembunyi.<\/p>\n\n\n\n<p>Situasi ini, jelasnya, menjadikan maklumat sebagai senjata berbahaya yang mampu mempengaruhi pemikiran masyarakat tanpa disedari.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, kesan maklumat palsu pada masa kini jauh lebih meruncing kerana ia mampu memesongkan persepsi awam tanpa memerlukan kekerasan fizikal, sekali gus mewujudkan apa yang disifatkan sebagai penjajahan minda.<\/p>\n\n\n\n<p>Fenomena ini boleh merosakkan struktur sosial, mencemarkan reputasi individu dan melemahkan kepercayaan dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar turut mengingatkan bahawa kegagalan mengekang penyebaran berita palsu boleh mengancam kestabilan negara dan keharmonian masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, beliau menekankan keperluan untuk memupuk kesedaran secara berterusan agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak berasas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetiap maklumat perlu dinilai dari sudut kebenaran dan manfaatnya kepada pembangunan diri serta kesejahteraan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAmalan tabayyun harus dijadikan budaya agar masyarakat lebih bijak, beretika dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran era digital,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEPANG &#8211; Masyarakat diseru agar menjadikan amalan tabayyun sebagai prinsip utama dalam kehidupan seharian bagi membendung penularan maklumat<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":17114,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[2353],"tags":[2411,2373],"class_list":["post-17113","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-news","tag-pakar-sosial","tag-prof-datuk-dr-mohammad-shatar-sabran"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17113","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=17113"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17113\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17115,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17113\/revisions\/17115"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/17114"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=17113"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=17113"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=17113"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}