{"id":17303,"date":"2026-02-12T12:10:48","date_gmt":"2026-02-12T04:10:48","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=17303"},"modified":"2026-02-12T12:10:48","modified_gmt":"2026-02-12T04:10:48","slug":"rm150000-jadi-rebutan-900-belia-gegar-kejohanan-pickleball-terbesar-wp","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=17303","title":{"rendered":"RM150,000 Jadi Rebutan! 900 Belia Gegar Kejohanan Pickleball Terbesar WP"},"content":{"rendered":"\n<p>Pickleball \u2018Boom\u2019 di Lembah Klang: 900 Belia Rebut Hadiah Terkumpul RM150,000<\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR, 8 Februari 2026 \u2013 Sukan pickleball terus mencetus fenomena dalam kalangan anak muda apabila Majlis Belia Malaysia Wilayah Persekutuan (MBMWP) bersama YMM Cawangan Taman Midah dan Taman Connaught menganjurkan kejohanan berskala besar yang menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM150,000.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi MBMWP, Khairul Rizam berkata, kejohanan yang bakal berlangsung pada 25 dan 26 April 2026 itu dijangka menghimpunkan kira-kira 900 peserta sepanjang dua hari pertandingan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni merupakan penganjuran pertama di peringkat belia oleh pihak kami bersama YMM Wilayah Persekutuan dan penaja utama Pickleball Battle Iseigur Cup. Sambutannya sangat menggalakkan dan kita jangka hampir 900 peserta akan menyertai kejohanan ini,\u201d katanya semasa majlis pelancaran program tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, lokasi pertandingan dipilih kerana mempunyai 19 gelanggang yang mampu menampung jumlah peserta yang ramai dalam tempoh dua hari.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita perlukan fasiliti besar kerana penyertaan ramai. Mungkin selepas ini Kuala Lumpur sendiri perlu membuka lebih banyak gelanggang pickleball kerana permintaannya semakin meningkat,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejohanan ini menawarkan dua kategori utama iaitu beginner dan intermediate, sekali gus membuka peluang kepada pemain baharu mencuba pengalaman bertanding buat kali pertama. Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM300 bagi setiap penyertaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, penganjur, Ken Chia memaklumkan bahawa sambutan awal amat positif dengan penyertaan daripada pelbagai peringkat umur.<br>Penaja utama, David Tan daripada Isergur Malaysia Global Trading Sdn Bhd menyifatkan pickleball sebagai sukan yang inklusif dan sesuai untuk seisi keluarga.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sendiri turun ke gelanggang dan merasai momentumnya. Pergerakannya tidak terlalu ekstrem, jadi walaupun bergerak perlahan masih boleh bermain dengan baik. Ia sesuai untuk semua peringkat umur,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Khairul Rizam turut menegaskan bahawa pickleball bukan sekadar sukan, malah menjadi satu trend dan gaya hidup baharu dalam kalangan belia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerbanding tenis atau skuasy, pickleball lebih mudah dan santai. Orang tua boleh main, kanak-kanak pun boleh. Kita mahu tarik anak muda keluar daripada terlalu leka dengan gajet dan media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSukan ini juga ada elemen \u2018fashion\u2019 dan gaya hidup. Kita lihat ramai anak muda tertarik kerana faktor komuniti dan trend semasa,\u201d tambahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berharap lebih ramai belia tampil menyertai kejohanan tersebut dan menjadikan pickleball sebagai alternatif gaya hidup sihat serta aktiviti sosial yang positif. <\/p>\n\n\n\n<p>#BeritaAAC #PickleballMalaysia #BeliaAktif #SukanTrending #GayaHidupSihat #MajlisBelia #WP2026 #AnakMudaBangkit #EventSukan #RM150KChallenge<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pickleball \u2018Boom\u2019 di Lembah Klang: 900 Belia Rebut Hadiah Terkumpul RM150,000 KUALA LUMPUR, 8 Februari 2026 \u2013 Sukan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17304,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[13],"tags":[],"class_list":["post-17303","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17303","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=17303"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17303\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17305,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17303\/revisions\/17305"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/17304"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=17303"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=17303"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=17303"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}