{"id":17473,"date":"2026-03-15T18:49:31","date_gmt":"2026-03-15T10:49:31","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=17473"},"modified":"2026-03-15T18:49:32","modified_gmt":"2026-03-15T10:49:32","slug":"sanusi-tak-perlu-campur-urusan-umno-mahdzir-khalid-bidas-kenyataan-rumah-bangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=17473","title":{"rendered":"\u201cSanusi Tak Perlu Campur Urusan UMNO!\u201d \u2013 Mahdzir Khalid Bidas Kenyataan Rumah Bangsa"},"content":{"rendered":"\n<p>ALOR SETAR, 14 Mac \u2013 Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak perlu mencampuri urusan dalaman UMNO berkaitan usaha menyatupadukan bekas ahli parti itu melalui inisiatif \u201cRumah Bangsa\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata beliau hairan dengan sikap Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat dan Perikatan Nasional (PN), yang menurutnya sering mengulas mengenai UMNO berbanding memberi tumpuan kepada urusan partinya sendiri serta tanggungjawab sebagai Menteri Besar Kedah.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Mahdzir, konsep Rumah Bangsa yang diperkenalkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bertujuan mengajak bekas ahli UMNO kembali bersama parti itu serta menjadi platform penyatuan orang Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRumah Bangsa itu adalah mekanisme penyatuan Melayu dan ruang perbincangan mengenai isu kepentingan bangsa seperti pendidikan, hak Bumiputera serta ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTetapi kenapa Sanusi sibuk hendak mengulas perkara itu sedangkan beliau sebenarnya tidak perlu campur tangan dalam urusan UMNO,\u201d katanya dalam satu kenyataan kepada media.<br>Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada kenyataan Sanusi sebelum ini yang menyifatkan inisiatif Rumah Bangsa sebagai usaha UMNO untuk kembali menjadi \u2018abang besar\u2019 dalam politik Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahdzir menyifatkan kenyataan tersebut sebagai mencerminkan politik sentimen kebencian yang menurutnya tidak membantu usaha penyatuan bangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai pemimpin yang kononnya dari parti Islam, beliau tidak sepatutnya menyebarkan sentimen kebencian kerana itu bukan akhlak dalam Islam, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, ajaran Islam jelas menggalakkan penyatuan dan menolak perpecahan sesama umat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa sama, Mahdzir turut menegur sikap Sanusi yang menurutnya sering mengeluarkan kenyataan bersifat sindiran dan tuduhan terhadap pemimpin UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sebenarnya jarang bercakap mengenai beliau, tetapi beliau sudah terlalu banyak mengata sehingga terpaksa saya bersuara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDia ego, merasakan dirinya terlalu kuat dan tidak boleh dikalahkan di Kedah sehingga bebas memperli dan memaki orang sesuka hati.<br>\u201cJangan ingat negeri Kedah ini hak dia seorang sahaja,\u201d tegas Mahdzir.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut mendakwa Sanusi sengaja membangkitkan pelbagai isu berkaitan UMNO bagi menutup kelemahan pentadbirannya sebagai Menteri Besar Kedah.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahdzir turut mempersoalkan dakwaan Sanusi sebelum ini mengenai seorang bekas wakil rakyat di Kuala Nerang yang didakwa memiliki tanah seluas 300 ekar.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, kenyataan tersebut menimbulkan persoalan kerana terdapat enam bekas wakil rakyat Kuala Nerang yang masih hidup termasuk dirinya sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSanusi kata perkara itu ditujukan kepada siapa? Jangan menuduh semua orang tanpa asas. Ini bulan puasa, tak perlulah nak mengata orang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Mahdzir turut menolak tuduhan Sanusi yang mendakwa UMNO hanya mencari orang Melayu ketika terdesak tetapi mendekati DAP ketika berada dalam kedudukan kuat.<br>Menurutnya, PAS sendiri pernah bekerjasama rapat dengan DAP sebelum ini demi meraih sokongan politik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSanusi jangan lupa PAS pernah bersama DAP dalam Barisan Alternatif dahulu, malah ada yang mengangkat pemimpin DAP seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUMNO tidak pernah bekerjasama dengan DAP dan penyertaan dalam Kerajaan Perpaduan adalah atas prinsip menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong demi kestabilan politik negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"683\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/1000244269-683x1024.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-17477\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/1000244269-683x1024.png 683w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/1000244269-200x300.png 200w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/1000244269-768x1152.png 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/1000244269.png 1024w\" sizes=\"auto, (max-width: 683px) 100vw, 683px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>MahdzirKhalid #SanusiMdNor #UMNO #RumahBangsa #PolitikMalaysia #IsuKedah #PerpaduanMelayu #BeritaAAC #PolitikSemasa #MalaysiaPolitik<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ALOR SETAR, 14 Mac \u2013 Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak perlu mencampuri urusan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17474,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-17473","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17473","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=17473"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17473\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17478,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17473\/revisions\/17478"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/17474"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=17473"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=17473"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=17473"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}