{"id":17622,"date":"2026-05-07T18:44:56","date_gmt":"2026-05-07T10:44:56","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=17622"},"modified":"2026-05-07T18:44:57","modified_gmt":"2026-05-07T10:44:57","slug":"empat-ev-dongfeng-jadi-rebutan-pekema-golf-presidents-cup-sasar-penyertaan-lebih-besar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=17622","title":{"rendered":"Empat EV Dongfeng Jadi Rebutan, PEKEMA Golf President\u2019s Cup Sasar Penyertaan Lebih Besar"},"content":{"rendered":"\n<p>CYBERJAYA, 6 Mei 2026 \u2013 Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) kembali menganjurkan PEKEMA Golf President\u2019s Cup Edisi Ke-12 dengan sasaran penyertaan lebih besar serta tawaran hadiah yang lebih eksklusif, termasuk empat buah kenderaan elektrik Dongfeng sebagai hadiah hole-in-one.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejohanan tahunan itu dijangka menarik penyertaan lebih ramai pemain golf dari seluruh negara, merangkumi penggiat industri automotif, rakan strategik korporat, penaja serta komuniti golf tempatan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274242-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-17632\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274242-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274242-300x169.jpg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274242-768x432.jpg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274242-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274242.jpg 1920w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Edisi kali ini akan berlangsung di Palm Garden Golf Club, Putrajaya, lokasi sama yang mencatat kejayaan besar pada edisi ke-11 tahun lalu apabila hampir 500 pemain golf amatur dari seluruh negara mengambil bahagian.<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden PEKEMA, Datuk Hj Mohamed Nazari Noordin berkata, kejayaan penganjuran tahun lalu membuktikan kejohanan berkenaan mempunyai potensi besar untuk berkembang sebagai antara acara golf amal korporat utama di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274245-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-17633\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274245-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274245-300x169.jpg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274245-768x432.jpg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274245-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274245.jpg 1920w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, PEKEMA optimis penganjuran edisi ke-12 kali ini mampu menarik penyertaan lebih meluas daripada komuniti golf dan rakan industri, khususnya selepas kejayaan membawa kejohanan itu ke Semenanjung Malaysia pada tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelihat kepada sambutan luar biasa tahun lalu, PEKEMA optimis edisi ke-12 ini akan menarik penyertaan yang lebih besar daripada komuniti golf serta rakan industri dari seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKejohanan ini bukan sekadar pertandingan sukan, tetapi juga platform strategik untuk mengukuhkan jaringan industri, memperluaskan hubungan perniagaan serta melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai tarikan utama, kejohanan kali ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM500,000, termasuk empat buah kenderaan elektrik Dongfeng sebagai hadiah hole-in-one di lubang terpilih iaitu lubang 7, 12, 14 dan 17.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274247-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-17634\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274247-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274247-300x169.jpg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274247-768x432.jpg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274247-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274247.jpg 1920w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Antara hadiah kenderaan yang ditawarkan ialah dua unit Dongfeng BOX, model baharu Dongfeng Vigo serta model premium Dongfeng 007. Peserta juga berpeluang membawa pulang wang tunai berjumlah RM28,888 bagi cabaran hole-in-one di lubang 2.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274244-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-17635\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274244-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274244-300x169.jpg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274244-768x432.jpg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274244-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274244.jpg 1920w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Selain hadiah hole-in-one, peserta turut berpeluang memenangi Grand Lucky Draw bernilai RM20,000, hadiah bagi kategori Medal A, B, C, Ladies dan Senior serta pelbagai hadiah novelty seperti Nearest to Pin, Longest Drive dan Nearest to the Line.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiap peserta juga akan menerima goodie bag eksklusif daripada PEKEMA sebagai sebahagian daripada penghargaan kepada penyertaan dalam kejohanan berprestij tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejak diperkenalkan pada tahun 2006 hingga 2024, PEKEMA Golf sebelum ini diadakan di Sabah. Namun, edisi ke-11 tahun lalu membuka lembaran baharu apabila buat pertama kalinya kejohanan itu dibawa ke Semenanjung Malaysia di Palm Garden Golf Club, Putrajaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran di Putrajaya turut membuka ruang lebih luas kepada syarikat korporat tempatan dan antarabangsa untuk terlibat sebagai peserta mahupun penaja, sekali gus memperkukuh platform jaringan industri yang dibina melalui acara sukan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara penaja yang menyokong penganjuran terdahulu termasuk Yayasan PEKEMA, TOA Trading Co. Ltd, Cuscapi Solutions Sdn Bhd, Toyota Laser Motor Group, Maybank, Allianz General Insurance, Bank Simpanan Nasional, Northport, Dagang Net Technologies dan Farm Fresh.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa sama, kejohanan tersebut turut meneruskan misi kebajikan dan tanggungjawab sosial korporat melalui kerjasama PEKEMA bersama Yayasan PEKEMA dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).<\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun ini, seramai 10 bekas atlet negara akan dikenal pasti untuk menerima sumbangan, termasuk bekas pemain golf profesional negara, Shaaban Hussin, yang pernah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Shaaban merupakan pemenang tempat kedua dalam siri Jelajah Asia di Kejohanan Terbuka Kemboja 2009, pemenang pingat emas Sukan SEA 2001 serta pernah menyertai siri Jelajah PGA AS CIMB Classic dari tahun 2010 hingga 2012.<\/p>\n\n\n\n<p>PEKEMA berkata, inisiatif kebajikan itu mencerminkan komitmen persatuan berkenaan untuk menggabungkan sukan, jaringan industri dan tanggungjawab sosial dalam satu platform yang memberi manfaat kepada masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendaftaran bagi PEKEMA Golf President\u2019s Cup Edisi Ke-12 kini dibuka dan PEKEMA mengalu-alukan penyertaan pemain golf amatur, pemain korporat serta peminat sukan golf dari seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Slot penyertaan dijangka dipenuhi dengan pantas berdasarkan sambutan luar biasa pada edisi tahun lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>#AATVNews #PEKEMAGolfPresidentsCup #Dongfeng007 #GolfMalaysia #CSRUntukAtletNegara<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>CYBERJAYA, 6 Mei 2026 \u2013 Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) kembali menganjurkan PEKEMA Golf President\u2019s<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[13],"tags":[],"class_list":["post-17622","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-sukan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17622","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=17622"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17622\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17636,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17622\/revisions\/17636"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=17622"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=17622"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=17622"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}