{"id":17658,"date":"2026-05-13T11:37:16","date_gmt":"2026-05-13T03:37:16","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=17658"},"modified":"2026-05-13T11:37:16","modified_gmt":"2026-05-13T03:37:16","slug":"pstnp-perkenal-barisan-pemain-2026-sasar-bawa-pahang-kembali-ke-pentas-premier","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=17658","title":{"rendered":"PSTNP Perkenal Barisan Pemain 2026, Sasar Bawa Pahang Kembali Ke Pentas Premier"},"content":{"rendered":"\n<p>SHAH ALAM, 12 Mei 2026 \u2013 Persatuan Sepaktakraw Negeri Pahang (PSTNP) secara rasmi memperkenalkan barisan pemain bagi menghadapi saingan musim 2026, khususnya kejohanan Piala Tun Ali dan STL Divisyen 1, dalam satu majlis yang berlangsung di Fox Hotel, Glenmarie, Shah Alam.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis tersebut disempurnakan oleh Presiden PSTNP, Dato\u2019 Haji Abu Jimi Bin Samat, yang menegaskan komitmen persatuan untuk membina semula kekuatan sepaktakraw Pahang melalui pendekatan lebih tersusun, agresif dan berorientasikan pembangunan jangka panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, PSTNP bukan sekadar mahu mengejar kejayaan segera, sebaliknya memberi tumpuan kepada pembinaan masa depan sepaktakraw negeri, termasuk melahirkan lebih ramai pemain pelapis berkualiti yang mampu menyumbang kepada Pahang dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cFokus kami bukan sekadar mengejar kejayaan jangka pendek, tetapi bagaimana kita membina masa depan sepaktakraw Pahang secara menyeluruh termasuk melahirkan lebih ramai pemain pelapis berkualiti untuk negeri dan negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi memperkukuhkan cabaran musim baharu, PSTNP turut menjalinkan kerjasama strategik bersama Kelab Takraw JJ Tornado menerusi konsep joint venture bagi membantu aspek penajaan, pengurusan pasukan dan pembangunan pemain sepanjang musim 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama itu turut menyaksikan semua pemain yang diperkenalkan menerima kontrak sehingga penghujung tahun ini, sekali gus memberi ruang kepada mereka untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap latihan, persiapan dan pertandingan.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara pemain yang diperkenalkan untuk memperkuatkan skuad Pahang Mammoth musim ini ialah Muhammad Hairul Hazizi Haidir selaku tekong, Mohd Khairol Zaman Bin Hamir Akhbar sebagai apit kanan, Norfaizzul Abd Razak selaku apit kiri, Muhammad Ariff Daniel Mohammad Aripin sebagai apit kanan dan pemain import, Pongsatorn Phong-Udtha, yang turut mengisi posisi tekong.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa sama, PSTNP turut memperkenalkan dua pemain SUKMA Pahang sebagai sebahagian daripada projek pembangunan jangka panjang, iaitu Mohamad Alif Najmi Mazaidan di posisi apit kanan dan Muhammad Syazrul Aieriel Suparman sebagai apit kiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Dato\u2019 Haji Abu Jimi berkata, pemilihan barisan pemain dibuat berdasarkan penelitian rapi terhadap keupayaan, pengalaman dan potensi mereka untuk membantu Pahang kembali menjadi pencabar utama dalam kancah sepaktakraw negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menaruh keyakinan terhadap kombinasi pemain berpengalaman, bekas pemain kebangsaan, pemain import serta bakat muda negeri yang disifatkan mampu memberi dimensi baharu kepada skuad Pahang Mammoth.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, sasaran utama PSTNP adalah untuk melihat Pahang kembali ke Liga Premier, selepas kali terakhir pasukan itu beraksi di pentas berkenaan pada tahun 2017.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau kita dapat masuk Premier, insya-Allah ia akan membangkitkan semangat peminat-peminat sepaktakraw di negeri Pahang. Peminat kita sebenarnya menunggu siapakah pemain yang benar-benar mahu bermain dengan kita,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut memaklumkan PSTNP masih dalam proses mendapatkan beberapa lagi pemain, termasuk tekong dari Thailand, bagi menambah kekuatan pasukan menjelang saingan musim baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi struktur pengurusan pasukan, Saudara Hafizul Zaharul Rizman Jantan dilantik sebagai Pengurus Pasukan bagi kempen Piala Tun Ali dan STL Divisyen 1, manakala Saudara Nasrul Fadly diberi tanggungjawab sebagai Pengurus Pasukan SUKMA Pahang.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Dato\u2019 Haji Abu Jimi turut menyifatkan pendedahan awal kepada pemain muda sebagai elemen penting dalam membentuk keyakinan, kematangan dan daya saing mereka di peringkat lebih tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita mahu pemain muda diberikan peluang lebih awal kerana pendedahan di peringkat tinggi amat penting untuk membentuk keyakinan dan kematangan mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain menerajui PSTNP, Dato\u2019 Haji Abu Jimi juga merupakan antara tokoh penting dalam arena sepaktakraw negara apabila kini memegang jawatan sebagai Naib Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bagi penggal 2025 hingga 2028, selain menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan PSM bagi tahun 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus Pasukan Sepak Takraw Kebangsaan, termasuk ketika kempen Piala Asia ASTAF 2025 dan Piala Raja Thai 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Tuan Haji Azril Rizal Yusof Dato\u2019 Sri Mohd Sarit yang juga Timbalan Presiden PSTNP dan Presiden Kelab Takraw JJ Tornado dilihat sebagai antara individu penting di sebalik usaha memperkukuhkan pembangunan sepaktakraw Pahang.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga penaung pasukan negeri aktif memperjuangkan masa depan sukan itu, malah diberi kepercayaan oleh PSM untuk dilantik sebagai Pengurus Pasukan Malaysia TM ISTAF Sepaktakraw World Cup 2026 bagi acara regu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelab Takraw JJ Tornado yang dimiliki Tuan Haji Azril Rizal turut memainkan peranan besar dalam pembangunan akar umbi melalui penganjuran kejohanan, program pencarian bakat dan aktiviti komuniti sukan di seluruh Pahang.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara inisiatif kelab itu termasuk penganjuran Liga JJ Tornado di Temerloh dan Kuantan serta Kejohanan Sepak Takraw Tok Gajah Warriors Bawah 12 Tahun yang berlangsung pada 2 Mei 2026 di Dewan SK Belukar, Kuantan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pasukan di bawah pengurusan Tornado juga pernah mencipta pencapaian membanggakan apabila muncul Naib Juara Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Johor \u2013 Piala Kejora 2025 selain meraih anugerah Tekong Terbaik kejohanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui kerjasama erat antara PSTNP dan Kelab Takraw JJ Tornado, skuad Pahang Mammoth kini dilihat berada di landasan baharu untuk mengembalikan reputasi Pahang sebagai antara kuasa sepaktakraw yang digeruni di pentas nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis pengenalan pemain ini sekali gus menjadi isyarat jelas bahawa PSTNP mahu memulakan musim 2026 dengan semangat baharu, sasaran lebih besar dan perancangan lebih tersusun bagi mengangkat kembali maruah sepaktakraw Pahang. <\/p>\n\n\n\n<p>#PahangMammoth #SepaktakrawPahang #PSTNP2026 #STLDivisyen1<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SHAH ALAM, 12 Mei 2026 \u2013 Persatuan Sepaktakraw Negeri Pahang (PSTNP) secara rasmi memperkenalkan barisan pemain bagi menghadapi<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17659,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[13],"tags":[],"class_list":["post-17658","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17658","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=17658"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17658\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17660,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17658\/revisions\/17660"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/17659"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=17658"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=17658"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=17658"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}