{"id":17662,"date":"2026-05-13T13:14:15","date_gmt":"2026-05-13T05:14:15","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=17662"},"modified":"2026-05-13T13:14:16","modified_gmt":"2026-05-13T05:14:16","slug":"pmx-nak-ke-batu-selamat-datang-tapi-lawan-tetap-lawan-gulam-muszaffar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=17662","title":{"rendered":"\u201cPMX Nak Ke Batu? Selamat Datang, Tapi Lawan Tetap Lawan\u201d \u2013 Gulam Muszaffar"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1000\" height=\"750\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274458.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-17663\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274458.jpg 1000w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274458-300x225.jpg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000274458-768x576.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR \u2013 Ketua UMNO Bahagian Batu merangkap Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Gulam Muszaffar menyambut baik desas-desus kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau PMX, berkemungkinan bertanding di Parlimen Batu pada pilihan raya akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Gulam, sekiranya khabar angin itu benar, beliau mengalu-alukan kehadiran Anwar ke kawasan P115 Parlimen Batu dan menyifatkannya sebagai satu perkembangan yang menarik dalam landskap politik kawasan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya menyambut dan mengucapkan selamat datang kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekiranya beliau betul-betul berhajat untuk bertanding di P115 Parlimen Batu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya agak gembira dan teruja bila Parlimen Batu ini diintai oleh figura-figura politik daripada PKR,\u201d katanya ketika menjawab soalan wartawan berhubung spekulasi tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Gulam berkata, sebelum ini nama beberapa tokoh PKR turut dikaitkan dengan Parlimen Batu, termasuk Nurul Izzah Anwar, Datuk Seri R. Ramanan dan terbaru, Anwar Ibrahim sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, perkembangan itu menimbulkan persoalan sama ada Batu kini dilihat sebagai antara kerusi paling selamat oleh PKR, khususnya bagi memastikan tokoh-tokoh utama parti itu mempunyai laluan lebih terjamin dalam pilihan raya akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWah, Timbalan Presiden, kemudian Naib Presiden PKR, dan baru-baru ini desas-desus pula katakan PMX, Presiden PKR pula nak datang dekat Parlimen Batu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRupanya bila kita kaji-kaji, Parlimen Batu ini telah dikategorikan sebagai kerusi yang paling selamat dalam banyak-banyak kerusi yang PKR miliki,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Gulam mendakwa percaturan politik PKR kini berkisar kepada usaha mencari kawasan selamat bagi beberapa tokoh utama parti, termasuk Anwar, Nurul Izzah, Ramanan serta Tengku Zafrul.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut membangkitkan persoalan sama ada Parlimen Tambun yang kini disandang Anwar masih dianggap selamat, memandangkan majoriti kemenangan pada PRU lalu didakwa tidak begitu besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa sama, Gulam turut mempersoalkan sama ada Anwar akan kembali ke Permatang Pauh, berpindah ke Bandar Tun Razak atau memilih Batu sebagai medan baharu sekiranya benar wujud perancangan sedemikian.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, PKR kini seolah-olah terperangkap dengan percaturan politik sendiri apabila perlu menyusun kedudukan beberapa pemimpin utama dalam kawasan yang dianggap selamat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSekarang ini mereka tengah buat congak politik, matematik politik, di mana mereka nak letakkan Nurul Izzah dan juga Anwar Ibrahim, termasuk Ramanan dan Tengku Zafrul untuk bertanding di kawasan-kawasan selamat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, Gulam berkata, sekiranya benar Perdana Menteri turun bertanding di Batu, ia mungkin membawa limpahan perhatian dan pembangunan kepada kawasan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, beliau mengingatkan bahawa politik bukan sekadar kempen pilihan raya singkat, sebaliknya merupakan perjuangan jangka panjang yang memerlukan kehadiran berterusan bersama rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPolitik ini bukan hanya sprinter 100 meter, tetapi ia adalah marathon. Kadang-kadang datang untuk kempen pilihan raya, selepas itu berpindah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyentuh sejarah perpindahan kawasan beberapa pemimpin PKR sebelum ini, termasuk Anwar, Nurul Izzah dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang pernah bertanding di beberapa kawasan berbeza.<\/p>\n\n\n\n<p>Di akhir kenyataannya, Gulam menegaskan bahawa sekiranya Barisan Nasional membuat keputusan untuk bertanding secara solo di Parlimen Batu, beliau bersedia berdepan sesiapa sahaja calon yang diletakkan di kawasan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau Barisan Nasional menyatakan bertanding solo, walaupun PMX ke, Ramanan ke, Nurul Izzah ke, kita lawan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLawan tetap lawan. Kita anggap diri kita sebagai underdog lawan dengan top dog,\u201d tegasnya. <\/p>\n\n\n\n<p>#BeritaAAC #ParlimenBatu #GulamMuszaffar #PMX #PolitikMalaysia<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR \u2013 Ketua UMNO Bahagian Batu merangkap Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Gulam Muszaffar menyambut baik<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17663,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[1445],"tags":[],"class_list":["post-17662","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17662","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=17662"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17662\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17664,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17662\/revisions\/17664"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/17663"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=17662"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=17662"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=17662"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}