{"id":17694,"date":"2026-05-19T13:28:24","date_gmt":"2026-05-19T05:28:24","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=17694"},"modified":"2026-05-19T13:28:24","modified_gmt":"2026-05-19T05:28:24","slug":"kos-binaan-naik-projek-kerajaan-tetap-jalan-kkr-pertimbang-kaedah-bantu-kontraktor-alexander-nanta-linggi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=17694","title":{"rendered":"Kos Binaan Naik, Projek Kerajaan Tetap Jalan: KKR Pertimbang Kaedah Bantu Kontraktor \u2013 Alexander Nanta Linggi"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-gallery has-nested-images columns-default is-cropped wp-block-gallery-1 is-layout-flex wp-block-gallery-is-layout-flex\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" data-id=\"17697\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000276275-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-17697\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000276275-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000276275-300x169.jpg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000276275-768x432.jpg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000276275-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/1000276275-2048x1153.jpg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/figure>\n\n\n\n<p>BANGI, 19 Mei 2026 \u2013 Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang meneliti beberapa pendekatan bagi membantu industri pembinaan menghadapi tekanan kenaikan kos bahan binaan, logistik dan pengangkutan, namun menegaskan keadaan semasa belum sampai ke tahap memerlukan keputusan drastik termasuk menghentikan projek kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian mengambil maklum kebimbangan yang dibangkitkan pemain industri dan persatuan kontraktor berhubung peningkatan kos dalam sektor pembinaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, isu tersebut antara perkara utama yang dibentangkan KKR dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara baru-baru ini, khususnya berkaitan strategi kementerian bagi membantu menangani cabaran ekonomi semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMemang isu yang paling ketara adalah kenaikan kos harga berkaitan dengan industri pembinaan, kos logistik, pengangkutan, kos bahan binaan dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita masih dalam kajian. Walaupun ada peningkatan kos, tetapi ia belum sampai ke tahap yang boleh kita katakan memerlukan solusi yang drastik. Kita masih boleh bertahan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri B.U.I.L.D.E.R.S. Industry Forum 2026 dan pelancaran Chartered International Institute of Built Environment &amp; Engineering (CIBE) di Bangi.<\/p>\n\n\n\n<p>Alexander berkata, kerajaan tidak bercadang menggunakan kaedah Variation of Price (VOP) secara menyeluruh kerana mekanisme itu boleh memberi implikasi kewangan besar kepada kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, jelas beliau, kementerian sedang melihat kaedah lain yang lebih seimbang termasuk kemungkinan perkongsian kos antara kerajaan dan kontraktor bagi menangani peningkatan kos projek.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau VOP ini digunakan, ia akan membebankan kerajaan dengan kewangan yang besar. Jadi kita ada kaedah lain, mungkin cost sharing, di mana kerajaan bantu dan pihak kontraktor sendiri pun membantu dalam kos yang meningkat itu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa sama, beliau menegaskan tiada projek di bawah KKR yang perlu dihentikan setakat ini kerana sektor pembinaan kekal sebagai antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, semua projek yang telah menerima Surat Setuju Terima akan diteruskan, manakala projek penting yang masih dalam perbincangan turut akan diberi pertimbangan untuk dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBuat masa sekarang, tidak ada projek yang perlu kita hentikan ataupun kita memang tidak akan menghentikan mana-mana projek.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita semua sepatutnya faham industri pembinaan ini adalah engine of growth ekonomi kita. Sebab itu kerajaan meneruskan mana-mana Surat Setuju Terima yang sudah ditandatangani,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Alexander turut memaklumkan KKR menerima pelbagai maklum balas daripada persatuan kontraktor termasuk Persatuan Kontraktor Kecil Bumiputera Malaysia (PKBM), Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) serta kumpulan industri lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, kerajaan sudah membentangkan beberapa langkah berkaitan isu berkenaan dan langkah tersebut telah diterima untuk dilaksanakan sekiranya keadaan memerlukan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tidak boleh perincikan kerana ia masih di peringkat kajian dan belum dilaksanakan. Memang sudah ada kita bentang dan diterima oleh kerajaan supaya langkah-langkah itu boleh kita laksanakan sekiranya perlu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, B.U.I.L.D.E.R.S. Industry Forum 2026 menghimpunkan pemimpin industri, pembuat dasar, pelabur, ahli akademik serta pakar antarabangsa dalam sektor pembinaan, kejuruteraan dan persekitaran binaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Forum tersebut memberi tumpuan kepada isu tadbir urus, pematuhan, teknologi, kelestarian, ESG, pembinaan digital, bandar pintar serta pembiayaan infrastruktur strategik.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran forum itu turut menyaksikan pelancaran CIBE, sebuah institusi global yang bertujuan memperkukuh standard profesional, penyelidikan, inovasi dan kolaborasi dalam sektor persekitaran binaan serta kejuruteraan.<\/p>\n\n\n\n<p>Penubuhan CIBE dilihat sebagai langkah penting dalam merapatkan jurang antara dasar, penyelidikan dan pelaksanaan industri, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau pembangunan infrastruktur yang mampan dan berdaya tahan. <\/p>\n\n\n\n<p>#AATVNews #KementerianKerjaRaya #IndustriPembinaan #KosBahanBinaan #BUIDERS2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BANGI, 19 Mei 2026 \u2013 Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang meneliti beberapa pendekatan bagi membantu industri pembinaan menghadapi<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17698,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[16,1445],"tags":[],"class_list":["post-17694","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bisnes","category-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17694","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=17694"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17694\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17700,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/17694\/revisions\/17700"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/17698"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=17694"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=17694"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=17694"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}