{"id":1776,"date":"2022-09-07T05:37:29","date_gmt":"2022-09-07T05:37:29","guid":{"rendered":"https:\/\/ashrafzainalgr.wordpress.com\/2022\/09\/07\/kplb-akan-bincang-dengan-jpa-untuk-naik-gred-pengurus-pkd\/"},"modified":"2022-09-07T05:37:29","modified_gmt":"2022-09-07T05:37:29","slug":"kplb-akan-bincang-dengan-jpa-untuk-naik-gred-pengurus-pkd","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=1776","title":{"rendered":"KPLB Akan Bincang Dengan JPA Untuk Naik Gred Pengurus PKD"},"content":{"rendered":"\n<p>ALOR SETAR, 5 September &#8211; Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menaikkan gred pengurus Pusat Komuniti Desa (PKD).<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, cadangan kenaikan gred itu sesuai dengan peranan dan pengalaman mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita juga nak buat kajian bersama JPA untuk lanjut kontrak pengurus PKD kerana selepas kontrak mereka tamat perlu membuat permohonan semula, sebab mereka sudah berpengalaman dan nak kerja semula.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan sesi perjumpaan bersama Pengurus PKD seluruh Malaysia di sini pada Isnin.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas Mahdzir. ketika ini gred bagi jawatan Pengurus PKD adalah N19 dengan kontrak selama setahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Kementerian juga katanya mencadangkan agar pengurus PKD diberikan tempoh kontrak perkhidmatan yang lebih panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selepas kontrak mereka tamat, mereka buat permohonan baharu dan mereka dinilai selepas itu, kalau markah baik sambung lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Tapi setiap kali kontrak nak habis mereka akan berfikir kena cari kerja baharu, jadi kesian juga kepada mereka.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, kontrak perkhidmatan pengurus PKD mungkin boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun memandangkan kebanyakan mereka sudah berkhidmat lebih daripada lima tahun dan cukup berpengalaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat ini terdapat 180 pengurus PKD di seluruh negara yang telah menjalankan sebanyak 4,402 program di PKD bertujuan membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Mahdzir turut menzahirkan rasa gembira dengan kejayaan penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah yang berakhir Ahad lalu dengan mencatatkan kehadiran pengunjung lebih 115 ribu orang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya sangat berpuas hati dengan penganjuran Jelajah AKM dan ucapan terima kepada semua agensi KPLB, terima kasih kepada kerajaan negeri, pegawai terlibat,&#8221; ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2022\/09\/img-20220907-wa0024.jpg?w=1024\" alt=\"\" class=\"wp-image-1775\" \/><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2022\/09\/img-20220907-wa0025.jpg?w=1024\" alt=\"\" class=\"wp-image-1771\" \/><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2022\/09\/img-20220907-wa0027.jpg?w=1024\" alt=\"\" class=\"wp-image-1772\" \/><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2022\/09\/img-20220907-wa0028.jpg?w=1024\" alt=\"\" class=\"wp-image-1774\" \/><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2022\/09\/img-20220907-wa0026.jpg?w=1024\" alt=\"\" class=\"wp-image-1773\" \/><\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ALOR SETAR, 5 September &#8211; Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-1776","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1776","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1776"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1776\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1776"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1776"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1776"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}