{"id":18513,"date":"2026-09-10T22:14:33","date_gmt":"2026-09-10T14:14:33","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=18513"},"modified":"2026-09-10T22:27:20","modified_gmt":"2026-09-10T14:27:20","slug":"pemuzik-malaysia-perlukan-pentas-bukan-sekadar-bantuan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=18513","title":{"rendered":"Pemuzik Malaysia perlukan\u00a0pentas, bukan sekadar\u00a0bantuan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PETALING JAYA &#8211;&nbsp;Pemuzik Malaysia memerlukan lebih daripada bantuan kewangan secara bermusim ketika berdepan masalah kesihatan atau kesempitan hidup, sebaliknya mereka memerlukan platform pekerjaan yang mampu memberikan pendapatan berterusan, membina simpanan dan membolehkan mereka melalui hari tua dengan lebih bermaruah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Presiden Musicians for Musicians (MfM),&nbsp;Francis Danker, berkata sudah tiba masanya kerajaan, industri pelancongan dan pihak hotel bekerjasama dengan komuniti muzik untuk menyediakan lebih banyak ruang persembahan kepada pemuzik tempatan, khususnya di hotel dan resort bertaraf lima bintang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut beliau, industri muzik kini berdepan cabaran apabila semakin banyak lokasi hiburan yang dahulunya menjadi tempat pemuzik mencari rezeki sudah tidak lagi beroperasi, sekali gus menyebabkan ramai bakat tempatan sukar mendapatkan pekerjaan tetap.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita tidak mendapat bantuan daripada kerajaan. Kita hanya perlu membantu diri sendiri,\u201d katanya ketika sidang media bagi mengumumkan konsert amal tahunan keempat MfM,&nbsp;Rocking for a Cause, yang akan berlangsung pada 10 Oktober di Dewan Tunku, Kelab Golf Negara Subang (KGNS), Petaling Jaya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, Francis menegaskan perjuangan MfM tidak seharusnya terhad kepada membantu pemuzik yang sudah berada dalam keadaan sukar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaliknya, katanya, persatuan itu perlu melihat kepada masa depan dengan memastikan generasi pemuzik muda turut mempunyai ruang untuk membina kerjaya yang lebih stabil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita perlu fikir tentang masa depan. Kita perlu fikir tentang golongan muda yang sedang meningkat naik. Kita tidak boleh biarkan mereka begitu sahaja,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Hotel boleh jadi platform pemuzik tempatan<\/strong><strong><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Francis mencadangkan supaya hotel dan resort di seluruh negara menyediakan ruang hiburan yang menampilkan pemuzik Malaysia secara konsisten, sekali gus menjadikan persembahan muzik sebagai sebahagian daripada pengalaman pelancongan di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau membayangkan sebuah konsep yang menggabungkan pemuzik moden dan tradisional untuk menghasilkan identiti bunyi yang lebih tersendiri dan mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKenapa kita tidak boleh bermain sape dan menggabungkannya dengan rebana? Satukan dan hasilkan sesuatu yang berbeza,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Francis turut berpendapat setiap resort sewajarnya mempunyai ruang lounge yang memberi peluang kepada pemuzik tempatan membuat persembahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, langkah itu bukan sahaja dapat membuka peluang pekerjaan kepada pemuzik, malah menjadi medium untuk memperkenalkan budaya dan warisan muzik Malaysia kepada pelancong asing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita mahu menyebarkan budaya kita,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata Malaysia mempunyai khazanah muzik yang cukup luas, termasuk lagu-lagu lama dan instrumen tradisional yang boleh diberikan nafas baharu menerusi susunan muzik moden.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, karya daripada era Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sehingga muzik kontemporari boleh diolah semula bagi menarik minat generasi baharu dan pelancong.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMereka mahu merasai budaya kita, mereka mahu makan makanan kita, melihat kraftangan kita dan mendengar muzik kita,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara instrumen tradisional yang boleh digabungkan dengan peralatan moden termasuk sape, gambus, sitar dan rebana.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Francis malah secara berseloroh mencadangkan lagu popular antarabangsa seperti&nbsp;<em>Hotel California<\/em>&nbsp;dimainkan menggunakan sape sebagai contoh bagaimana muzik tradisional boleh diberi pendekatan baharu.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-10-at-21.59.21-1-1024x576.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-18522\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-10-at-21.59.21-1-1024x576.jpeg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-10-at-21.59.21-1-300x169.jpeg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-10-at-21.59.21-1-768x432.jpeg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-10-at-21.59.21-1.jpeg 1280w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Bukan sekadar persembahan, tetapi kerjaya<\/strong><strong><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi Francis, penyediaan lebih banyak ruang persembahan kepada pemuzik tempatan bukan sekadar soal memberikan mereka peluang bermain muzik, tetapi juga berkait rapat dengan masa depan dan kebajikan golongan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika hotel dan resort menyediakan pekerjaan secara konsisten, katanya, pemuzik mempunyai peluang untuk memperoleh pendapatan lebih stabil dan merancang masa depan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut membayangkan sistem pekerjaan yang lebih tersusun, termasuk peluang kepada pemuzik untuk menikmati manfaat seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKalau semua hotel mengambil kita bekerja dan memberikan kita kerja, boleh bayangkan? Semua orang mungkin mahu menjadi pemuzik, semua orang mahu bekerja dan semua orang mahu membentuk kumpulan fusion mereka sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Francis yang mula menceburi bidang muzik selepas tidak lulus peperiksaan Darjah Enam turut mengimbas kembali keadaan industri muzik pada era 1970-an.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut beliau, pada ketika itu Malaysia mempunyai banyak kelab hiburan dan ruang persembahan sehingga pemuzik tempatan mempunyai lebih banyak peluang pekerjaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPada zaman saya, kita ada kumpulan dari Filipina, Indonesia dan Singapura. Kita juga ada kumpulan dari Jamaica. Dan kita sentiasa bekerja.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKenapa? Kerana kita mempunyai lebih banyak kelab berbanding kumpulan muzik. Hari ini semuanya sudah tiada. Sudah tidak ada kelab,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Situasi itu, menurut beliau, memberi kesan langsung kepada pemuzik yang bergantung kepada persembahan secara langsung sebagai sumber pendapatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Francis berkata MfM juga kerap menerima aduan daripada pemuzik yang sudah membuat persembahan tetapi terpaksa menunggu berminggu-minggu untuk menerima bayaran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMereka ini bekerja dari hari ke hari. Mereka perlukan pendapatan kecil itu. Tetapi pendapatan itu pun mereka tidak dapat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>MfM mahu dekati generasi muda<\/strong><strong><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, Setiausaha Kehormat MfM,&nbsp;Latifah Abdullah, berkata persatuan tersebut kini mempunyai lebih 800 ahli berdaftar yang terdiri daripada pemuzik berusia 18 tahun sehingga mereka yang mencecah usia 80-an.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Daripada jumlah tersebut, sekitar 300 hingga 400 orang merupakan ahli yang masih aktif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Latifah, antara keutamaan MfM adalah memastikan lebih ramai pemuzik muda mengetahui kewujudan persatuan tersebut serta memahami peranan dan sokongan yang boleh diberikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKami mahu mereka tahu bahawa kami wujud. Kami wujud. Kami perlu diiktiraf,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut menekankan kepentingan penglibatan generasi muda kerana mereka membawa perspektif, pemikiran dan idea yang berbeza kepada industri muzik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita perlukan lebih ramai generasi muda untuk menyertai kerana persepsi mereka, ideologi mereka, semuanya berbeza,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Rocking for a Cause himpunkan tiga generasi pemuzik<\/strong><strong><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Timbalan Presiden MfM,&nbsp;Edwin Nathaniel, pula berkata konsert amal&nbsp;<em>Rocking for a Cause<\/em>&nbsp;tahun ini bukan sekadar bertujuan mengumpul dana, tetapi turut menjadi ruang untuk menghimpunkan beberapa generasi pemuzik serta menghargai mereka yang telah mengabdikan puluhan tahun dalam industri muzik Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seramai 20 pemuzik yang telah berkecimpung antara 40 hingga 50 tahun dalam industri dan masih aktif akan diberikan penghormatan khas pada malam konsert berkenaan. Identiti mereka bagaimanapun hanya akan diumumkan ketika acara berlangsung.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara artis dan kumpulan yang bakal membuat persembahan ialah Electric Orgasm yang mengadakan reunion sempena ulang tahun ke-50, Dato\u2019 Francissca Peter, Goblokes, Heavy Machine, Dato\u2019 Leonard Tan, Lighthouse featuring Vinay David, Royston Sta Maria, Os Pombos, The Polymaths featuring Raja Singham dan The Studio 10 Experience.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Konsert berkenaan turut menampilkan segmen penghormatan kepada beberapa pemuzik dan kumpulan legenda yang banyak menyumbang kepada perkembangan industri muzik Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Heavy Machine antara kumpulan yang bakal menerima penghormatan khas, terutama buat pemain saksofon mereka, Oly, yang kini sedang kurang sihat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anak perempuannya dijangka mengambil tempat beliau untuk membuat persembahan bersama kumpulan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penghormatan turut diberikan kepada pemuzik yang telah meninggal dunia, termasuk Seha dan Gani. Royston Sta Maria pula dijangka mempersembahkan lagu&nbsp;<em>Mulanya Di Sini<\/em>&nbsp;sebagai sebahagian daripada segmen tribute.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Royston yang kini menetap di Australia akan pulang bagi menyertai acara berkenaan dan menyifatkan konsert tersebut sebagai satu usaha bermakna apabila pemuzik menggunakan bakat mereka untuk membantu rakan seperjuangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, konsert itu memberi peluang kepada komuniti muzik berkumpul dan mengumpul dana bagi membantu pemuzik yang berdepan kesukaran hidup atau tidak lagi mampu bekerja akibat masalah kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut menyeru media dan orang ramai memberikan sokongan terhadap acara berkenaan dengan mendapatkan tiket dan hadir menyaksikan persembahan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"771\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-10-at-21.33.33-1024x771.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-18517\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-10-at-21.33.33-1024x771.jpeg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-10-at-21.33.33-300x226.jpeg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-10-at-21.33.33-768x578.jpeg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-10-at-21.33.33.jpeg 1080w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>MfM sasarkan kutipan RM100,000<\/strong><strong><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi penganjuran&nbsp;<em>Rocking for a Cause<\/em>&nbsp;tahun ini, MfM menyasarkan kutipan sebanyak&nbsp;RM100,000&nbsp;yang akan digunakan untuk membantu pemuzik yang memerlukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Edwin, beberapa pihak korporat turut memberikan sokongan terhadap acara berkenaan, termasuk Weststar yang telah menyokong konsert tersebut selama beberapa tahun.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KJ&amp;S dan Memories pula antara pihak yang memberikan tajaan serta sokongan dalam aspek produksi, sistem bunyi dan pencahayaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, jumlah kutipan akhir bergantung kepada sambutan penonton serta sokongan penaja korporat yang mungkin diterima pada saat-saat akhir.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Edwin turut menjelaskan bahawa MfM beroperasi sebagai sebuah NGO tanpa dana tetap, dengan ahli jawatankuasa sendiri meluangkan masa secara sukarela bagi menguruskan persatuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi Francis, semangat kesukarelawanan itu merupakan teras utama MfM yang diwujudkan oleh pemuzik untuk membantu rakan-rakan dalam komuniti muzik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSemua dalam jawatankuasa adalah pemuzik masih bermain, sudah bersara semuanya melakukan ini tanpa bayaran. Hanya untuk melihat siapa yang boleh kita bantu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">MfM sebelum ini telah membantu pemuzik yang berdepan masalah kesihatan dan kesukaran kewangan, termasuk membantu keluarga pemuzik yang meninggal dunia tanpa sumber kewangan mencukupi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, Francis menegaskan bantuan berbentuk kecemasan sahaja tidak mencukupi untuk memastikan masa depan komuniti muzik terus terpelihara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita perlu memberikan pemuzik ini satu talian hayat. Kita perlu memberikan mereka tempat yang boleh mereka harapkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita mahu melakukan ini untuk golongan muda. Kita mahu menyediakan platform untuk mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi Francis, usaha itu penting supaya generasi pemuzik baharu tidak melihat MfM sebagai sebuah persatuan yang hanya menjaga kepentingan pemuzik lama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaliknya, persatuan itu mahu menjadi sebahagian daripada usaha membina ekosistem muzik yang lebih kukuh, dengan pemuzik daripada pelbagai generasi mempunyai peluang untuk bekerja, berkembang dan meneruskan legasi muzik Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita tidak boleh membiarkan pemuzik muda menganggap persatuan ini hanya untuk orang tua atau pemuzik lama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita perlu lakukan perkara ini. Kita tiada pilihan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PETALING JAYA &#8211;&nbsp;Pemuzik Malaysia memerlukan lebih daripada bantuan kewangan secara bermusim ketika berdepan masalah kesihatan atau kesempitan hidup,<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":18514,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"footnotes":""},"categories":[2,1445],"tags":[2457,2459],"class_list":["post-18513","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-hiburan","category-semasa","tag-francis-danker","tag-mfm"],"aioseo_notices":[],"aioseo_head":"\n\t\t<!-- All in One SEO 5.0.1.1 - aioseo.com -->\n\t<meta name=\"description\" content=\"PETALING JAYA - Pemuzik Malaysia memerlukan lebih daripada bantuan kewangan secara bermusim ketika berdepan masalah kesihatan atau kesempitan hidup, sebaliknya mereka memerlukan platform pekerjaan yang mampu memberikan pendapatan berterusan, membina simpanan dan membolehkan mereka melalui hari tua dengan lebih bermaruah. Presiden Musicians for Musicians (MfM), Francis Danker, berkata sudah tiba masanya kerajaan, industri pelancongan dan pihak hotel\" \/>\n\t<meta name=\"robots\" content=\"max-image-preview:large\" \/>\n\t<meta name=\"author\" content=\"Cynthia\"\/>\n\t<meta name=\"google-site-verification\" content=\"X0diKNFypPn7Kz2i7ze_GjFTf5E63kObonaDr070hOc\" \/>\n\t<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/aatvnews.com\/?p=18513\" \/>\n\t<meta name=\"generator\" content=\"All in One SEO (AIOSEO) 5.0.1.1\" \/>\n\t\t<meta property=\"og:locale\" content=\"en_GB\" \/>\n\t\t<meta property=\"og:site_name\" content=\"-\" \/>\n\t\t<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n\t\t<meta property=\"og:title\" content=\"Pemuzik Malaysia perlukan pentas, bukan sekadar bantuan -\" \/>\n\t\t<meta property=\"og:description\" content=\"PETALING JAYA - Pemuzik Malaysia memerlukan lebih daripada bantuan kewangan secara bermusim ketika berdepan masalah kesihatan atau kesempitan hidup, sebaliknya mereka memerlukan platform pekerjaan yang mampu memberikan pendapatan berterusan, membina simpanan dan membolehkan mereka melalui hari tua dengan lebih bermaruah. Presiden Musicians for Musicians (MfM), Francis Danker, berkata sudah tiba masanya kerajaan, industri pelancongan dan pihak hotel\" \/>\n\t\t<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/aatvnews.com\/?p=18513\" \/>\n\t\t<meta property=\"article:published_time\" content=\"2026-09-10T14:14:33+00:00\" \/>\n\t\t<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2026-09-10T14:27:20+00:00\" \/>\n\t\t<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n\t\t<meta name=\"twitter:title\" content=\"Pemuzik Malaysia perlukan pentas, bukan sekadar bantuan -\" \/>\n\t\t<meta name=\"twitter:description\" content=\"PETALING JAYA - Pemuzik Malaysia memerlukan lebih daripada bantuan kewangan secara bermusim ketika berdepan masalah kesihatan atau kesempitan hidup, sebaliknya mereka memerlukan platform pekerjaan yang mampu memberikan pendapatan berterusan, membina simpanan dan membolehkan mereka melalui hari tua dengan lebih bermaruah. Presiden Musicians for Musicians (MfM), Francis Danker, berkata sudah tiba masanya kerajaan, industri pelancongan dan pihak hotel\" \/>\n\t\t<script type=\"application\/ld+json\" class=\"aioseo-schema\">\n\t\t\t{\"@context\":\"https:\\\/\\\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"BlogPosting\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?p=18513#blogposting\",\"name\":\"Pemuzik Malaysia perlukan pentas, bukan sekadar bantuan -\",\"headline\":\"Pemuzik Malaysia perlukan\\u00a0pentas, bukan sekadar\\u00a0bantuan\",\"author\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?author=4#author\"},\"publisher\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/#organization\"},\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"url\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2026\\\/09\\\/WhatsApp-Image-2026-09-10-at-21.35.00.jpeg\",\"width\":1000,\"height\":563},\"datePublished\":\"2026-09-10T22:14:33+08:00\",\"dateModified\":\"2026-09-10T22:27:20+08:00\",\"inLanguage\":\"en-GB\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?p=18513#webpage\"},\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?p=18513#webpage\"},\"articleSection\":\"Hiburan, Semasa, Francis Danker, MfM\"},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?p=18513#breadcrumblist\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com#listItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\",\"nextItem\":{\"@type\":\"ListItem\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?cat=2#listItem\",\"name\":\"Hiburan\"}},{\"@type\":\"ListItem\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?cat=2#listItem\",\"position\":2,\"name\":\"Hiburan\",\"item\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?cat=2\",\"nextItem\":{\"@type\":\"ListItem\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?p=18513#listItem\",\"name\":\"Pemuzik Malaysia perlukan\\u00a0pentas, bukan sekadar\\u00a0bantuan\"},\"previousItem\":{\"@type\":\"ListItem\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com#listItem\",\"name\":\"Home\"}},{\"@type\":\"ListItem\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?p=18513#listItem\",\"position\":3,\"name\":\"Pemuzik Malaysia perlukan\\u00a0pentas, bukan sekadar\\u00a0bantuan\",\"previousItem\":{\"@type\":\"ListItem\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?cat=2#listItem\",\"name\":\"Hiburan\"}}]},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/#organization\",\"url\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/\",\"sameAs\":[\"https:\\\/\\\/facebook.com\\\/\",\"https:\\\/\\\/x.com\\\/\",\"https:\\\/\\\/instagram.com\\\/\",\"https:\\\/\\\/tiktok.com\\\/@\",\"https:\\\/\\\/pinterest.com\\\/\",\"https:\\\/\\\/youtube.com\\\/\",\"https:\\\/\\\/linkedin.com\\\/in\\\/\"]},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?author=4#author\",\"url\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?author=4\",\"name\":\"Cynthia\"},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?p=18513#webpage\",\"url\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?p=18513\",\"name\":\"Pemuzik Malaysia perlukan pentas, bukan sekadar bantuan -\",\"description\":\"PETALING JAYA - Pemuzik Malaysia memerlukan lebih daripada bantuan kewangan secara bermusim ketika berdepan masalah kesihatan atau kesempitan hidup, sebaliknya mereka memerlukan platform pekerjaan yang mampu memberikan pendapatan berterusan, membina simpanan dan membolehkan mereka melalui hari tua dengan lebih bermaruah. Presiden Musicians for Musicians (MfM), Francis Danker, berkata sudah tiba masanya kerajaan, industri pelancongan dan pihak hotel\",\"inLanguage\":\"en-GB\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/#website\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?p=18513#breadcrumblist\"},\"author\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?author=4#author\"},\"creator\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?author=4#author\"},\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"url\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2026\\\/09\\\/WhatsApp-Image-2026-09-10-at-21.35.00.jpeg\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?p=18513\\\/#mainImage\",\"width\":1000,\"height\":563},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/?p=18513#mainImage\"},\"datePublished\":\"2026-09-10T22:14:33+08:00\",\"dateModified\":\"2026-09-10T22:27:20+08:00\"},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/#website\",\"url\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/\",\"inLanguage\":\"en-GB\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/aatvnews.com\\\/#organization\"}}]}\n\t\t<\/script>\n\t\t<!-- All in One SEO -->\n\n","aioseo_head_json":{"title":"Pemuzik Malaysia perlukan pentas, bukan sekadar bantuan -","description":"PETALING JAYA - Pemuzik Malaysia memerlukan lebih daripada bantuan kewangan secara bermusim ketika berdepan masalah kesihatan atau kesempitan hidup, sebaliknya mereka memerlukan platform pekerjaan yang mampu memberikan pendapatan berterusan, membina simpanan dan membolehkan mereka melalui hari tua dengan lebih bermaruah. Presiden Musicians for Musicians (MfM), Francis Danker, berkata sudah tiba masanya kerajaan, industri pelancongan dan pihak hotel","canonical_url":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=18513","robots":"max-image-preview:large","keywords":"","webmasterTools":{"google-site-verification":"X0diKNFypPn7Kz2i7ze_GjFTf5E63kObonaDr070hOc","miscellaneous":""},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"BlogPosting","@id":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=18513#blogposting","name":"Pemuzik Malaysia perlukan pentas, bukan sekadar bantuan -","headline":"Pemuzik Malaysia perlukan\u00a0pentas, bukan sekadar\u00a0bantuan","author":{"@id":"https:\/\/aatvnews.com\/?author=4#author"},"publisher":{"@id":"https:\/\/aatvnews.com\/#organization"},"image":{"@type":"ImageObject","url":"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-10-at-21.35.00.jpeg","width":1000,"height":563},"datePublished":"2026-09-10T22:14:33+08:00","dateModified":"2026-09-10T22:27:20+08:00","inLanguage":"en-GB","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=18513#webpage"},"isPartOf":{"@id":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=18513#webpage"},"articleSection":"Hiburan, Semasa, Francis Danker, MfM"},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=18513#breadcrumblist","itemListElement":[{"@type":"ListItem","@id":"https:\/\/aatvnews.com#listItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/aatvnews.com","nextItem":{"@type":"ListItem","@id":"https:\/\/aatvnews.com\/?cat=2#listItem","name":"Hiburan"}},{"@type":"ListItem","@id":"https:\/\/aatvnews.com\/?cat=2#listItem","position":2,"name":"Hiburan","item":"https:\/\/aatvnews.com\/?cat=2","nextItem":{"@type":"ListItem","@id":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=18513#listItem","name":"Pemuzik Malaysia perlukan\u00a0pentas, bukan sekadar\u00a0bantuan"},"previousItem":{"@type":"ListItem","@id":"https:\/\/aatvnews.com#listItem","name":"Home"}},{"@type":"ListItem","@id":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=18513#listItem","position":3,"name":"Pemuzik Malaysia perlukan\u00a0pentas, bukan sekadar\u00a0bantuan","previousItem":{"@type":"ListItem","@id":"https:\/\/aatvnews.com\/?cat=2#listItem","name":"Hiburan"}}]},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/aatvnews.com\/#organization","url":"https:\/\/aatvnews.com\/","sameAs":["https:\/\/facebook.com\/","https:\/\/x.com\/","https:\/\/instagram.com\/","https:\/\/tiktok.com\/@","https:\/\/pinterest.com\/","https:\/\/youtube.com\/","https:\/\/linkedin.com\/in\/"]},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/aatvnews.com\/?author=4#author","url":"https:\/\/aatvnews.com\/?author=4","name":"Cynthia"},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=18513#webpage","url":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=18513","name":"Pemuzik Malaysia perlukan pentas, bukan sekadar bantuan -","description":"PETALING JAYA - Pemuzik Malaysia memerlukan lebih daripada bantuan kewangan secara bermusim ketika berdepan masalah kesihatan atau kesempitan hidup, sebaliknya mereka memerlukan platform pekerjaan yang mampu memberikan pendapatan berterusan, membina simpanan dan membolehkan mereka melalui hari tua dengan lebih bermaruah. Presiden Musicians for Musicians (MfM), Francis Danker, berkata sudah tiba masanya kerajaan, industri pelancongan dan pihak hotel","inLanguage":"en-GB","isPartOf":{"@id":"https:\/\/aatvnews.com\/#website"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=18513#breadcrumblist"},"author":{"@id":"https:\/\/aatvnews.com\/?author=4#author"},"creator":{"@id":"https:\/\/aatvnews.com\/?author=4#author"},"image":{"@type":"ImageObject","url":"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-10-at-21.35.00.jpeg","@id":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=18513\/#mainImage","width":1000,"height":563},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=18513#mainImage"},"datePublished":"2026-09-10T22:14:33+08:00","dateModified":"2026-09-10T22:27:20+08:00"},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/aatvnews.com\/#website","url":"https:\/\/aatvnews.com\/","inLanguage":"en-GB","publisher":{"@id":"https:\/\/aatvnews.com\/#organization"}}]},"og:locale":"en_GB","og:site_name":"-","og:type":"article","og:title":"Pemuzik Malaysia perlukan pentas, bukan sekadar bantuan -","og:description":"PETALING JAYA - Pemuzik Malaysia memerlukan lebih daripada bantuan kewangan secara bermusim ketika berdepan masalah kesihatan atau kesempitan hidup, sebaliknya mereka memerlukan platform pekerjaan yang mampu memberikan pendapatan berterusan, membina simpanan dan membolehkan mereka melalui hari tua dengan lebih bermaruah. Presiden Musicians for Musicians (MfM), Francis Danker, berkata sudah tiba masanya kerajaan, industri pelancongan dan pihak hotel","og:url":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=18513","article:published_time":"2026-09-10T14:14:33+00:00","article:modified_time":"2026-09-10T14:27:20+00:00","twitter:card":"summary_large_image","twitter:title":"Pemuzik Malaysia perlukan pentas, bukan sekadar bantuan -","twitter:description":"PETALING JAYA - Pemuzik Malaysia memerlukan lebih daripada bantuan kewangan secara bermusim ketika berdepan masalah kesihatan atau kesempitan hidup, sebaliknya mereka memerlukan platform pekerjaan yang mampu memberikan pendapatan berterusan, membina simpanan dan membolehkan mereka melalui hari tua dengan lebih bermaruah. Presiden Musicians for Musicians (MfM), Francis Danker, berkata sudah tiba masanya kerajaan, industri pelancongan dan pihak hotel"},"aioseo_meta_data":{"post_id":"18513","title":null,"description":null,"keywords":null,"keyphrases":{"focus":{"keyphrase":"","score":0,"analysis":{"keyphraseInTitle":{"score":0,"maxScore":9,"error":1}}},"additional":[]},"primary_term":null,"canonical_url":null,"og_title":null,"og_description":null,"og_object_type":"default","og_image_type":"default","og_image_url":null,"og_image_width":null,"og_image_height":null,"og_image_custom_url":null,"og_image_custom_fields":null,"og_video":"","og_custom_url":null,"og_article_section":null,"og_article_tags":null,"twitter_use_og":false,"twitter_card":"default","twitter_image_type":"default","twitter_image_url":null,"twitter_image_custom_url":null,"twitter_image_custom_fields":null,"twitter_title":null,"twitter_description":null,"schema":{"blockGraphs":[],"customGraphs":[],"default":{"data":{"Article":[],"Course":[],"Dataset":[],"FAQPage":[],"Movie":[],"Person":[],"Product":[],"ProductReview":[],"Car":[],"Recipe":[],"Service":[],"SoftwareApplication":[],"WebPage":[]},"graphName":"BlogPosting","isEnabled":true},"graphs":[]},"schema_type":"default","schema_type_options":null,"pillar_content":false,"robots_default":true,"robots_noindex":false,"robots_noarchive":false,"robots_nosnippet":false,"robots_nofollow":false,"robots_noimageindex":false,"robots_noodp":false,"robots_notranslate":false,"robots_max_snippet":"-1","robots_max_videopreview":"-1","robots_max_imagepreview":"large","priority":null,"frequency":"default","local_seo":null,"breadcrumb_settings":null,"limit_modified_date":false,"ai":{"faqs":[],"keyPoints":[],"schemas":[],"titles":[],"descriptions":[],"socialPosts":{"email":{"subject":"","preview":"","content":""},"linkedin":[],"twitter":[],"facebook":[],"instagram":[]}},"created":"2026-09-10 14:14:14","updated":"2026-09-10 14:27:20","seo_analyzer_scan_date":null,"focus_keyword":null,"additional_keywords":null,"truseo_locale":null},"aioseo_breadcrumb":"<div class=\"aioseo-breadcrumbs\"><span class=\"aioseo-breadcrumb\">\n\t\t\t<a href=\"https:\/\/aatvnews.com\" title=\"Home\">Home<\/a>\n\t\t<\/span><span class=\"aioseo-breadcrumb-separator\">&raquo;<\/span><span class=\"aioseo-breadcrumb\">\n\t\t\t<a href=\"https:\/\/aatvnews.com\/?cat=2\" title=\"Hiburan\">Hiburan<\/a>\n\t\t<\/span><span class=\"aioseo-breadcrumb-separator\">&raquo;<\/span><span class=\"aioseo-breadcrumb\">\n\t\t\tPemuzik Malaysia perlukan pentas, bukan sekadar bantuan\n\t\t<\/span><\/div>","aioseo_breadcrumb_json":[{"label":"Home","link":"https:\/\/aatvnews.com"},{"label":"Hiburan","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?cat=2"},{"label":"Pemuzik Malaysia perlukan\u00a0pentas, bukan sekadar\u00a0bantuan","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=18513"}],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18513","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18513"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18513\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18528,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18513\/revisions\/18528"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/18514"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18513"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18513"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18513"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}