{"id":2517,"date":"2022-10-24T09:52:46","date_gmt":"2022-10-24T09:52:46","guid":{"rendered":"https:\/\/ashrafzainalgr.wordpress.com\/2022\/10\/24\/politik-untuk-pembinaan-negara-bangsa-bukan-untuk-percaturan-politik-peribadi\/"},"modified":"2022-10-24T09:52:46","modified_gmt":"2022-10-24T09:52:46","slug":"politik-untuk-pembinaan-negara-bangsa-bukan-untuk-percaturan-politik-peribadi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=2517","title":{"rendered":"POLITIK UNTUK PEMBINAAN NEGARA BANGSA, BUKAN UNTUK PERCATURAN POLITIK PERIBADI"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/img-20221024-wa0082.jpg?w=1024\" alt=\"\" class=\"wp-image-2516\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>PADANG TERAP, 24 Okt &#8211; Politik masa kini tidak sewajarnya berkisar mengenai percaturan politik Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, politik hari ini adalah untuk membawa agenda lebih besar iaitu pembinaan negara dan bukannya hanya berkaitan rencana politik dua individu tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya tak fikir naratif politik kedua-dua mereka itu berkisar mengenai rakyat, persetujuan mereka untuk bertemu dan berbincang ini hanyalah atas dasar politik semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Untuk menang, macam-macam strategi serta perkara teknikal akan dibuat termasuk berkawan dengan sesiapa saja asalkan menang pilihan raya, saya tak fikir naratif mereka ini berkisar mengenai hal rakyat sebaliknya hanyalah &#8216;cerita&#8217; politik semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini soal aku nak bunuh engkau dan engkau nak bunuh aku, itu saja dan tak ada cerita lain pun termasuk membela nasib rakyat&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Daerah Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka, dekat sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah Mahdzir, beliau yakin rakyat kini lebih bijak menilai segala percaturan yang cuba dirancang oleh Mahathir dan Anwar setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) sejak puluhan tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mereka ini sekejap &#8216;cium mulut&#8217; sekejap tidak, tetapi tengoklah apa yang diberikan kepada rakyat dalam tempoh 22 bulan sewaktu kedua-duanya dalam Pakatan Harapan (PH)?<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Malah ketika itu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pun ada bersama mereka tubuhkan kerajaan, akhirnya mereka berpisah, buat hal masing-masing kerana impian mereka bukan nak bela rakyat&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>Tegas Mahdzir, sudah tiba masanya rakyat memberi ruang kepada ahli politik lain memacu negara selepas kedua-dua pemimpin berkenaan sudah terlalu lama berada di persada politik dan hanya muncul untuk merebut kuasa sejak puluhan tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini bukan soal politik Mahathir dan Anwar atau Muhyiddin dengan Anwar, ini soal politik membina negara,&#8221; kata Mahdzir.<\/p>\n\n\n\n<p>Jumaat lalu, satu klip video Mahathir dipaparkan di laman media sosialnya menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan Anwar berkaitan kerjasama PRU-15.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau percaya dirinya dan Anwar memiliki matlamat yang sama dan tidak kisah untuk melakukan langkah pertama bagi bertemu dengan bekas timbalannya itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar kemudiannya membalas kenyataan itu dengan menyatakan kesudian untuk bertemu Mahathir dan memaklumkan beliau tiada masalah untuk bertemu bekas &#8216;bosnya&#8217; itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PADANG TERAP, 24 Okt &#8211; Politik masa kini tidak sewajarnya berkisar mengenai percaturan politik Pengerusi Penaja Gerakan Tanah<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-2517","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2517","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2517"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2517\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2517"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2517"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2517"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}