{"id":2559,"date":"2022-10-28T10:38:02","date_gmt":"2022-10-28T10:38:02","guid":{"rendered":"https:\/\/ashrafzainalgr.wordpress.com\/2022\/10\/28\/malaysia-perlu-tingkatkan-keupayaan-pertahanan-dengan-aset-pertahanan-yang-moden\/"},"modified":"2022-10-28T10:38:02","modified_gmt":"2022-10-28T10:38:02","slug":"malaysia-perlu-tingkatkan-keupayaan-pertahanan-dengan-aset-pertahanan-yang-moden","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=2559","title":{"rendered":"Malaysia Perlu Tingkatkan Keupayaan Pertahanan Dengan Aset Pertahanan Yang Moden"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/img-20221028-wa0297.jpg?w=720\" alt=\"\" class=\"wp-image-2558\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>BEAUFORT, 28 Okt. &#8212; Malaysia perlu meningkatkan keupayaan pertahanan dengan pemodenan aset ketenteraan sebagai langkah memperkukuhkan keselamatan dan kedaulatan negara khususnya di perairan Laut China Selatan.<\/p>\n\n\n\n<p>ADUN Lumadan, Ruslan Muharram berkata, aset kententeraan sedia ada sudah terlalu lama dan tidak mampu memenuhi keupayaan bagi menghadapi ancaman ketenteraan moden.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, siri pencerobohan tentera China di perairan Laut China Selatan berdekatan Sabah dan Sarawak, menjadi isyarat Malaysia perlu meningkatkan keupayaan aset ketenteraan dalam tempoh segera.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pelbagai ancaman terkini berlaku mutakhir ini sebagaimana banyak dilaporkan di media tempatan, antaranya pencerobohan berterusan China di Laut China Selatan dan penemuan serpihan roket di Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Juga risiko ancaman berterusan ekoran pencerobohan ruang udara Malaysia Timur oleh jet pejuang China.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, tumpuan dan bajet khusus wajar diperuntukkan bagi meningkatkan keupayaan aset ketenteraan kita untuk memastikan kepentingan dan kedaulatan negara di Laut China Selatan terpelihara,&#8221; katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah Ruslan, Malaysia wajar mengambil tindakan sama seperti negara-negara jiran yang telah menyediakan peruntukan besar bagi meningkatkan keselamatan menerusi pelan modernisasi ketenteraan.<\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif negara seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam itu sebagai langkah memperkasa keselamatan di perairan masing-masing susulan ancaman sama diterima di Laut China Selatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Indonesia sebagaimana dilaporkan media asing telah berbelanja sehingga USD125 bilion dalam pelan modernisasi ketenteraan, manakala Thailand di sebalik kemelut pandemik Covid-19 telah membelanjakan sehingga USD7 bilion setahun secara purata bagi lima tahun ke belakang bagi perolehan ketenteraan.<\/p>\n\n\n\n<p>Vietnam yang sebelumnya jauh ketinggalan di belakang Malaysia kini mampu berbelanja sehingga USD5.5 bilion bagi peruntukan keselamatan negara,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ruslan yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) menambah, Malaysia harus mengambil langkah persediaan lebih rapi ekoran krisis geopolitik kian memuncak ketika ini yang telah dibuktikan melalui konflik Russia-Ukraine serta yang bakal berlaku di antara China dan Taiwan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas beliau, ia penting bagi memastikan Malaysia tidak dianggap lemah pada persepsi negara lain sekaligus mampu bertindak menjaga hak dan kedaulatan negara di Laut China Selatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini adalah pendapat peribadi saya kerana kepentingan serta keselamatan rakyat dan negara ini keutamaan saya dan sebagai wakil rakyat, menjadi tanggungjawab saya untuk pastikan aspek ini terpelihara,&#8221; tegasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BEAUFORT, 28 Okt. &#8212; Malaysia perlu meningkatkan keupayaan pertahanan dengan pemodenan aset ketenteraan sebagai langkah memperkukuhkan keselamatan dan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-2559","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2559","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2559"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2559\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2559"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2559"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2559"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}