{"id":2719,"date":"2022-11-08T06:23:59","date_gmt":"2022-11-08T06:23:59","guid":{"rendered":"http:\/\/aatvnews.com\/2022\/11\/08\/risda-sasar-2500-hektar-tanam-getah-di-kedah\/"},"modified":"2022-11-08T06:23:59","modified_gmt":"2022-11-08T06:23:59","slug":"risda-sasar-2500-hektar-tanam-getah-di-kedah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=2719","title":{"rendered":"RISDA Sasar 2,500 Hektar Tanam Getah Di Kedah"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2022\/11\/img-20221106-wa01174240657699556123736.jpg?w=1024\" alt=\"\" class=\"wp-image-2718\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>PADANG TERAP, 8 Nov &#8211; Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mensasarkan untuk menambah keluasan tanam semula getah di negeri Kedah seluas 2,500 hektar tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, setakat ini seluas lebih 1,551 hektar tanam semula komoditi itu telah dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi kawasan Padang Terap sahaja, sebanyak 351 hektar telah diluluskan untuk pembangunan penanaman semula getah melalui sasaran tahun ini seluas 400 hektar untuk dimajukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala bagi kawasan Mukim Batang Tunggang Kiri ini sahaja, 88.27 hektar telah dimajukan setakat ini dengan penglibatan seramai 63 orang pekebun kecil dengan nilai bantuan lebih RM135 ribu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini menunjukkan prestasi yang baik dalam keadaan cuaca dan ekonomi yang tidak menentu dalam memastikan produktiviti getah terus dapat ditingkatkan.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pekebun Kecil RISDA Makmur Daerah Padang Terap di Kampung Baru Padang Sanai di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas Mahdzir, selain program tanam semula getah, RISDA turut menyediakan Program Skim Getah Matang (SGM) meliputi inisiatif<br \/>Peningkatan Produktiviti Getah (PPG) dan Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG) bagi membantu peningkatan produktiviti pokok getah matang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi insiatif PPG, di mukim ini sebanyak RM32,477 disalurkan bagi manfaat 12 orang pekebun kecil dengan jumlah keluasan kebun 17.8 hektar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cManakala bagi inisiatif SIPG pula, 85 orang pekebun kecil menerima manfaat yang melibatkan peruntukan sebanyak RM36,468 dengan jumlah luas kebun 110.47 hektar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni merupakan bantuan-bantuan istimewa yang disediakan oleh KPLB melalui RISDA untuk kesejahteraan dan kemakmuran pekebun kecil getah walaupun mereka telah menerima bantuan untuk program tanam semula getah.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah Mahdzir, matlamat utama program-program sokongan itu adalah bagi memastikan produktiviti kebun getah matang pekebun kecil dapat ditingkatkan kepada 1,800 kilogram sehektar setahun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIanya juga bagi memastikan sasaran pendapatan purata pekebun kecil mencapai RM4,500 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2025 melalui rantaian bantuan dan inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui RISDA,&#8221; kata Mahdzir.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PADANG TERAP, 8 Nov &#8211; Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-2719","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2719","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2719"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2719\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2719"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2719"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2719"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}