{"id":5807,"date":"2023-03-08T18:13:26","date_gmt":"2023-03-08T10:13:26","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=5807"},"modified":"2023-03-08T18:13:26","modified_gmt":"2023-03-08T10:13:26","slug":"kelantan-larang-politik-di-masjid-surau","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=5807","title":{"rendered":"Kelantan larang politik di masjid, surau"},"content":{"rendered":"<p>Sumber foto : Sinar Harian<\/p>\n<p>KOTA BHARU &#8211; Kelantan kekal pendirian tidak membenarkan masjid atau surau sebagai tempat propaganda politik.<\/p>\n<p>Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Kelantan sudah lama memberi kepercayaan kepada golongan profesional untuk mentadbir masjid bagi mengelakkan rumah ibadah menjadi &#8216;gelanggang&#8217; politik.<\/p>\n<p>Katanya, hal berkaitan keagamaan perlu diserahkan kepada golongan yang pakar dalam bidang itu.<\/p>\n<p>&#8220;Kempen parti politik sudah sekian lama tidak berlaku sejak tahun 1915.<\/p>\n<p>&#8220;Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang ditubuhkan pada 1915 tidak pernah membenarkan masjid sebagai tempat propaganda politik.<\/p>\n<p>&#8220;Politik memang tidak boleh diasingkan daripada Islam tetapi parti politik itu perlu diasingkan dari masjid,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku Peringatan 150 Tahun Masjid Muhammadi di sini pada Rabu.<\/p>\n<p>Beliau turut mendedahkan, ada cubaan pihak tertentu untuk menjadikan masjid sebagai lokasi berpolitik tetapi gagal kerana kerajaan negeri sentiasa melakukan pemantauan.<\/p>\n<p>Tambah beliau, MAIK berperanan sebagai institusi yang mengawal dan menjaga keamanan daripada diganggu gugat oleh keadaan yang boleh menimbulkan kegelisahan dalam masjid.<\/p>\n<p>Sebuah portal media, MEDIA VARIASI, sebelum ini melaporkan YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan beberapa Raja-Raja di negeri masing-masing sudah sekian lama bertitah melarang para agamawan menggunakan  masjid dan surau untuk menyebar ceramah politik.<\/p>\n<p>Raja Kelantan, Selangor, Perlis, Perak, Johor antara kerajaan negeri yang lantang melarang rakyatnya menjadikan masjid atau surau sebagai tempat untuk mencerca sesama umat, bertelingkah dan gelanggang politik, saban tahun.<\/p>\n<p>Sebaliknya, mereka sentiasa berpesan agar sebuah institusi ibadah seharusnya kekal sebagai pusat menyebarkan kebaikan, pusat kegiatan umat Islam, malah sebagai lilin yang menyinari masyarakat setempat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sumber foto : Sinar Harian KOTA BHARU &#8211; Kelantan kekal pendirian tidak membenarkan masjid atau surau sebagai tempat<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":5808,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[87,83,82,79,84,81,80,85,86,88],"class_list":["post-5807","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-agong","tag-ahli-politik","tag-dilarang","tag-kelantan","tag-maik","tag-masjid","tag-politik","tag-raja","tag-raja-raja-melayu","tag-titah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5807","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5807"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5807\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5810,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5807\/revisions\/5810"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5808"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5807"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5807"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5807"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}