{"id":5877,"date":"2023-03-11T15:00:46","date_gmt":"2023-03-11T07:00:46","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=5877"},"modified":"2023-03-11T15:00:46","modified_gmt":"2023-03-11T07:00:46","slug":"mangsa-scammer-skim-pelaburan-dedah-orang-bank-terlibat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=5877","title":{"rendered":"Mangsa scammer skim pelaburan dedah orang bank terlibat"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Seorang daripada ratusan mangsa penipuan skim pelaburan Trust Fund, IRPS, Term Note dan Sukuk dengan nilai kerugian RM830 juta, hari ini mendedahkan pihak bank turut terlibat dalam kegiatan berkenaan.<\/p>\n<p>Lelaki yang juga warga asing berusia lingkungan 50an itu mendakwa, seorang rakan yang dikenalinya sebagai seorang pengurus bank di sebuah negeri, memperkenalkan kepada seorang ejen skim pelaburan berkaitan makanan laut.<\/p>\n<p>&#8220;Saya sudah melabur hampir RM330,000 namun transaksi yang berlaku tidak rasmi kepada bank (the transaction does not make it official to the bank).<\/p>\n<p>&#8220;Sepatutnya saya dijanjikan 10 peratus keuntungan tetapi tidak dapat, selepas dua tahun, mereka mula bermain tarik tali, dan barulah saya sedar ia adalah penipuan sehingga kini,&#8221; katanya kepada media.<\/p>\n<p>Terdahulu, dia antara kira -kira 100 mangsa penipuan skim pelaburan berkenaan, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini.<\/p>\n<p>Turut hadir, Penasihat MHO, Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim.<\/p>\n<p>Difahamkan, penipuan pelaburan bermodelkan tabung amanah, Islamic Redeemable Share (IRPS), info memorandum dan sukuk yang ditawarkan dalang asing yang berpangkalan di Hong Kong menggunakan lima syarikat tempatan.<\/p>\n<p>Syarikat di Hong Kong itu akan<br \/>\nbertindak sebagai \u201cfund manager\u201d yang kemudian akan melabur ke dalam sebuah syarikat yang berdaftar di Australia dan tersenarai<br \/>\ndi dalam Australian Stock Exchange.<\/p>\n<p>Manakala untuk pelaburan melalui<br \/>\npenerbitan Sukuk, sebuah syarikat yang berdaftar di Amerika Syarikat akan<br \/>\nmenerbitkan Sukuk dan sebuah syarikat yang berdaftar di Singapura akan<br \/>\nbertindak sebagai \u201cManager\u201d.<\/p>\n<p>Sementara itu, Setiausaha MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, setakat ini, seramai 100 mangsa sudah meminta bantuan pihaknya bagi menyelesaikan masalah itu.<\/p>\n<p>Menurutnya, dianggarkan lebih kurang 150 laporan dibuat berhubung pelaburan berkenaan dengan jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM830 juta.<\/p>\n<p>&#8220;Dua syarikat dari Hong Kong ini menggunakan syarikat Berhad di Malaysia. Umum tahu bila dengar Berhad ini seolah-olah tersenarai di Bursa Malaysia.<\/p>\n<p>&#8220;Mereka menjanjikan pulangan 15 hingga 17 peratus bagi setiap pelaburan bagi menarik minat pelabur.<\/p>\n<p>&#8220;Syarikat berhad ini menggunakan terminologi info memorandum dan menjual logo Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi meyakinkan mangsa,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Hishamudin berkata, syarikat tempatan terbabit, turut mempergunakan nama-nama bekas pegawai tinggi kerajaan bagi memperkuatkan lagi tipu daya mereka.<\/p>\n<p>Katanya, selain syarikat berhad sindiket terbabit turut menggunakan dua syarikat unit amanah berdaftar sebagai proksi bagi memindahkan wang mangsa ke luar negara.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tak kecam pelabur kerana mereka lihat syarikat ini adalah syarikat sah berdaftar malah ada juga yang tawarkan pelaburan hingga ke Australia.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tak salahkan mana-mana agensi penguatkuasaan. Tetapi saya mohon kepada semua termasuk kerajaan supaya mengambil tindakan untuk mendapatkan pembelaan kepada mangsa ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Penasihat MHO, Redza Khalid, mendesak mendesak kerajaan mewujudkan Akta Anti Scam ekoran undang-undang sedia ada dilihat tidak berkesan bagi membanteras jenayah penipuan yang berleluasa.<\/p>\n<p>&#8220;Seksyen 415 Kanun Keseksaan (KK) Seksyen 420 KK yang digunakan untuk jenayah penipuan tidak berkesan malah \u2018scammer\u2019 kini seakan tidak takut menipu dan berani untuk menipu mangsa.<\/p>\n<p>&#8220;Kelemahan undang-undang untuk melindungi rakyat daripada sebarang penipuan pelaburan punca isu scammer sukar dikekang dan jumlah mangsa semakin bertambah setiap hari,&#8221; katanya kepada media.<\/p>\n<p>MEDIA VARIASI pada 23 Ogos 2022, melaporkan Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE), J Solomon berkata, tidak dapat memberikan penjelasan berhubung modus operandi scammer berkaitan bank.<\/p>\n<p>\u201cSaya dimaklum bank tidak mahu memberi maklumat diminta oleh pegawai siasatan atas alasan ia melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Malah ketika ditanya adakah wujud kartel bank, beliau tidak jelas dengan perkara itu.<\/p>\n<p>Persoalannya, adakah pihak bank juga tidak tahu transaksi daripada pelaku yang terlibat dalam kes penipuan online atau mengambil sikap tutup sebelah mata demi untuk mengaut keuntungan semata-mata kerana seolah kesalahan diletakkan kepada mangsa yang juga pemegang akaun.<\/p>\n<p>Bagaimana pula kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh diketahui siapa penerima dan pelaku transaksi tetapi sejumlah kes mangsa ini pihak tidak pula mendedahkan siapa pelakunya?<\/p>\n<p>Di mana keadilan untuk puluhan ribu mangsa ini jika tidak disiasat di peringkat transaksi online oleh pihak bank?<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Seorang daripada ratusan mangsa penipuan skim pelaburan Trust Fund, IRPS, Term Note dan Sukuk dengan<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":5880,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[6],"tags":[148,154,146,122,147,150],"class_list":["post-5877","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rakyat","tag-bank","tag-banknegara","tag-mho","tag-polis","tag-scammer","tag-skim-pelaburan-2"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5877","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5877"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5877\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5881,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5877\/revisions\/5881"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5880"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5877"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5877"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5877"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}