{"id":6019,"date":"2023-03-17T11:53:41","date_gmt":"2023-03-17T03:53:41","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6019"},"modified":"2023-03-17T11:58:28","modified_gmt":"2023-03-17T03:58:28","slug":"kerajaan-perpaduan-peroleh-skor-memuaskan-perlu-hala-tuju-jelas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6019","title":{"rendered":"Kerajaan Perpaduan peroleh skor memuaskan, perlu hala tuju jelas"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Hasil bancian awam oleh Fieldwork Intelligence Research Management (FIRM Research) dalam tempoh 100 hari pentadbiran Kerajaan Perpaduan (PH\/BN) menyimpulkan momentum pelaburan Malaysia masih tidak stabil.<\/p>\n<p>Berdasarkan dapatan kajian itu, Kerajaan Perpaduan memperoleh skor keseluruhan 62.8 peratus, dan ia disumbangkan oleh sentimen keyakinan kepada kerajaan bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada tahap memuaskan.<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Penyelidikan FIRM Research yang mengetuai kajian berkenaan, Prof Datuk Dr Baharuddin Aziz mendakwa, Kerajaan Perpaduan dilihat belum mempunyai \u2018road map\u2019 yang tepat dan hala tuju pentadbiran jelas antara punca ia masih jauh dari tahap kecemerlangan.<\/p>\n<p>\u201cTanpa hala tuju yang jelas juga menjadi punca pelabur asing masih 50-50 hendak melabur atau tidak kerana bimbang Malaysia belum stabil.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau kita masih takut untuk maju ke hadapan, meskipun dengan  inisiatif yang ada, kita sendiri tidak pasti hala tuju apatah lagi dengan pelabur luar,&#8221; katanya pada sidang media, di sini pada Khamis.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian selepas membentangkan hasil kaji selidik 100 Hari Kerajaan Perpaduan di mana 4 Mac lalu genap 100 hari Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas beliau dilantik pada 24 November 2022.<\/p>\n<p>Kajian itu menyentuh isu gagasan Malaysia Madani, kos sara hidup, harga barang dan rasuah serta salah guna kuasa.<\/p>\n<p>Ia dijalankan dalam tempoh 10 hari membabitkan 1,220 responden berusia 21 hingga 70 tahun ke atas di seluruh negara.<\/p>\n<p>Mengikut pecahan peratusan, beliau berkata, 554 responden atau 45.4 peratus yakin, hanya 154 atau 12.6 peratus lagi yakin sepenuhnya terhadap kepemimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.<\/p>\n<p>Katanya, 302 atau 24.8 peratus responden tidak pasti dengan kepemimpinan Anwar, manakala 125 atau 10.2 peratus yakin \u2018sikit-sikit\u2019 dan hanya 85 responden tidak yakin langsung.<\/p>\n<p>Soal selidik itu juga mengumpul cadangan dan pendapat yang orang ramai ingin sampaikan kepada kerajaan yang diterajui Anwar.<\/p>\n<p>Tiga metodologi kajian iaitu temu bual bersemuka, panggilan telefon dan melalui internet membabitkan 310 responden di wilayah utara, tengah (319), selatan (274), timur (155) serta Sabah dan Sarawak (162).<\/p>\n<p>\u201cKaji selidik itu membabitkan responden Melayu seramai 566 orang, Cina (320), India (191), Bumiputera Sarawak (47), Bumiputera Sabah (48) dan lain-lain (48),\u201d katanya<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, katanya, rakyat juga menyatakan ketidakyakinan terhadap kerajaan dalam usaha membendung kenaikan kos sara hidup dan mengawal harga barang keperluan.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan Perpaduan perlu kurangkan kenyataan yang menyebabkan rakyat marah, stress di kala rakyat sedang bergelut dengan isu kos sara hidup.<\/p>\n<p>\u201cContohnya kalau ayam mahal jangan makan ayam, jangan begitu kerana ia menyebabkan rakyat marah.<\/p>\n<p>\u201cIsu makan, isu pekerjaan, isu pendidikan, isu kelangsungan hidup amat sensitif dan wajar dielakkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hasil kaji selidik ini dijangka berada di pasaran secara digital dalam dua minggu akan datang.<\/p>\n<p>Sebelum ini, lima media arus perdana dengan kerjasama firma penyelidikan, O2 Research menjalankan kaji selidik 100 Hari Pentadbiran Kerajaan melibatkan 35,077 responden pelbagai kaum.<\/p>\n<p>Kaji selidik itu mendapati rakyat negara ini memberi restu kepada pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Hasil bancian awam oleh Fieldwork Intelligence Research Management (FIRM Research) dalam tempoh 100 hari pentadbiran<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":6028,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[130,6],"tags":[257,71,254,255,250,251,252,256,253],"class_list":["post-6019","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-am","category-rakyat","tag-bn","tag-datuk-seri-anwar-ibrahim","tag-firm-research","tag-hala-tuju","tag-kerajaan-perpaduan","tag-kos-sara-hidup","tag-pelabur","tag-ph","tag-skor"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6019","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6019"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6019\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6033,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6019\/revisions\/6033"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6028"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6019"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6019"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6019"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}