{"id":6160,"date":"2023-03-21T16:31:54","date_gmt":"2023-03-21T08:31:54","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6160"},"modified":"2023-03-21T16:31:58","modified_gmt":"2023-03-21T08:31:58","slug":"100-usahawan-selebriti-bakal-berkampung-di-hoorrey-x-fest-raya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6160","title":{"rendered":"100 usahawan selebriti bakal berkampung di Hoorrey X Fest Raya"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Buat julung kalinya, seramai 100 usahawan selebriti bakal berkampung  menjayakan festival beli belah, Hoorrey X Fest Raya, yang beroperasi selama 72 jam, tanpa henti bermula 19 April nanti.<\/p>\n<p>Penganjuran Hooray X Fest Raya yang mendapat kerjasama penuh daripada Kelab Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM) dan Artist Corner itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) sehingga 21 April 2023.<\/p>\n<p>Menariknya, usahawan selebriti yang terlibat dalam jualan raya, berkonsepkan belian borong itu bukan sahaja dari Malaysia, malah Singapura, Indonesia dan Rusia.<\/p>\n<p>Artis yang bakal terlibat antaranya Lann A To Z, Wan Scoin, Jaafar Onn, Ayie Floor 88, Amer Forteen, Elyana, Aidil Aziz, Risteena, Izzue Islam, Rina Eva, Anne Abdullah, Farah Wahida, Car Farish, Ayu Damit, Soffi Jikan, Rahmat Mega, Sasha Aziz, Amirchik<br \/>\ndan ramai lagi.<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd, Datuk Mohammad Alif Hakim, berkata festival itu menyaksikan acara membeli-belah terbesar dalam tempoh 72 jam tanpa henti.<\/p>\n<p>\u201cMatlamat kami menerusi Hoorrey X Fest Raya ini untuk memberi peluang kepada rakan artis tempatan termasuk peniaga lain untuk berniaga di tapak yang kami sediakan dengan tawaran sewa tapak pada harga serendah RM1,500.<\/p>\n<p>\u201cUmum tahu, setiap kali Ramadan, banyak festival, tetapi kami percaya, Hoorrey X Fest Raya juga mampu menarik ramai pengunjung dan memberi pilihan kepada mereka untuk membeli-belah pelbagai barangan terutama persiapan menjelang hari raya nanti.<\/p>\n<p>\u201cSebab itu, kami buka ruang perniagaan dan pengalaman membeli- belah selama 72 jam tanpa henti yang mungkin ada yang mahu mencari keperluan raya pada saat akhir,\u201d katanya pada sidang media mengenai penganjuran itu di sini.<\/p>\n<p>Mohammad Alif bagaimanapun berkata pihaknya tidak berhasrat untuk bersaing dengan mana-mana pihak yang sebelum ini pernah menganjurkan festival seumpamanya, dengan tidak menumpukan sebarang sasaran pengunjung.<\/p>\n<p>\u201cKami cuma mahu memberi peluang kepada usahawan termasuk artis dan selebriti untuk menjalankan perniagaan masing-masing tanpa had masa selama tiga hari ia diadakan.<\/p>\n<p>Sementara itu, katanya, acara menarik lain turut diselitkan seperti Infaq Ramadan Hoorrey berbentuk jamuan berbuka puasa, moreh, sumbangan kelengkapan dan duit raya serta program sahur teramai di WTC.<\/p>\n<p>\u201cIa juga menjadi antara acara yang paling ditunggu kerana Ustaz Ebit Liew dijangka hadir dalam program Infaq Ramadan kerana belum ada lagi program seperti itu diadakan di tapak festival.<\/p>\n<p>&#8220;Kami mahu semua orang hadir untuk bersama-sama merasai sendiri pengalaman bersahur beramai-ramai, kerana ini juga antara inisiatif membantu artis yang sedang diuji seperti Zamani Slam dan Yantzen.<\/p>\n<p>\u201cIa juga akan menjadi satu daripada sasaran kami untuk tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR).<\/p>\n<p>&#8220;Justeru, mana-mana syarikat, GLC, NGO, orang perseorangan yang ingin turut serta menyumbang amat kami alu-alukan,\u201dkatanya.<\/p>\n<p>Majlis Perasmian dijangka disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Mazlan.<\/p>\n<p>Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Boy  di talian 011-3573 3060, Zai (010-2620078) dan Shawn (011-5550 5017).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Buat julung kalinya, seramai 100 usahawan selebriti bakal berkampung menjayakan festival beli belah, Hoorrey X<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":6163,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[16,2],"tags":[319,315,321,320,322,317,187,318,316,35],"class_list":["post-6160","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bisnes","category-hiburan","tag-borong","tag-hoorrey-x-fest-raya","tag-indonesia","tag-malaysia","tag-rusia","tag-selebriti","tag-singapura","tag-syawal","tag-usahawan-selebriti","tag-wtc"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6160","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6160"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6160\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6164,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6160\/revisions\/6164"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6163"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6160"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6160"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6160"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}