{"id":6315,"date":"2023-03-27T13:12:32","date_gmt":"2023-03-27T05:12:32","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6315"},"modified":"2023-03-27T14:30:34","modified_gmt":"2023-03-27T06:30:34","slug":"seri-melayu-hidupkan-suasana-kenduri-kahwin-mewah-ala-kampung-ramadan-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6315","title":{"rendered":"Seri Melayu hidupkan suasana kenduri kahwin mewah ala kampung Ramadan ini"},"content":{"rendered":"<p>AMPANG &#8211; Masyarakat urban di Lembah Klang yang ingin merasai suasana nostalgia kenduri kahwin mewah berkonsepkan ala Melayu kampung di hotel, boleh ke Seri Melayu di Flamingo Plaza, Hotel Flamingo, di sini.<\/p>\n<p>Sepanjang Ramadan tahun ini, Seri Melayu yang sudah terkenal dengan menu popularnya, iaitu kambing golek bakar, kali ini menyediakan 60 jenis menu lauk kampung mewah.<\/p>\n<p>Seri Melayu malah masih mengekalkan resipi warisan Melayu dari nenek moyang Cef Mim atau nama sebenarnya, Shameem Norzan, iaitu rendang daging minang.<\/p>\n<p>Sambil menikmati hidangan, pengunjung dihiburkan dengan persembahan tarian dan irama tradisional, selain dilayani oleh tuan rumah, dan saling berbual secara santai sambil mengerat hubungan.<\/p>\n<p>Usai makan, pelayan berusia lingkungan pertengahan, berpakaian ala kampung bersahaja akan mengangkat pinggan mangkuk bersisa, ke belakang, seolah sudah biasa membuat kerja rewang, atau bergotong-royong menguruskan kenduri.<\/p>\n<p>Seri Melayu diusahakan oleh Pengurus Jualan dan Pemasaran Culture Events Wedding Avenue, Syed Budrizz dibantu Pengurus Operasi Majlis, Iswandi Ishak.<\/p>\n<p>Iswandi berkata, konsep Seri Melayu di hotel itu lebih kepada kenduri kahwin di kampung, dan menariknya tempahan berbuka puasa sudah pun penuh sehingga akhir Ramadan.<\/p>\n<p>&#8220;Untuk menu, 90 peratus daripadanya adalah lauk kampung, ada lima jenis lauk, berasaskan daging, ayam, ikan bakar, tempoyak, kuih muih tradisional.<\/p>\n<p>&#8220;Kawasan ini juga mesra pengunjung, tempat letak kereta banyak, ada surau, tarawih pendek juga disini,&#8221; katanya ketika ditemui di hotel berkenaan.<\/p>\n<p>Seri Melayu menerima tempahan seramai 250 orang pada satu masa, dengan pakej bufet RM78 untuk dewasa, dan RM58 untuk kanak-kanak.<\/p>\n<p>Iswandi menambah, pihak pengurusan yang sudah berpengalaman dalam bidang pengurusan majlis kahwin selama 10 tahun, itu juga menjalankan operasi pengurusan majlis kahwin di luar hotel pada hari biasa.<\/p>\n<p>Sementara itu, Cef Mim yang dikenali dengan imej Cef bertanjak dengan masakan Melayu berkata, dia mengendalikan masakan menu yang berasaskan rempah ratus Melayu.<\/p>\n<p>&#8220;Menu paling istimewa adalah daging rendang minang masak hitam, saya belajar untuk dapatkan resipi asal menu ini sampai ke Ipoh, berjumpa orang lama di sana.<\/p>\n<p>&#8220;Seni memasak juga perlukan kemahiran dan ilmu, kita sendiri kena pergi menuntut, jika nak kenal resipi Melayu, ada tertibnya,&#8221; kata bekas cef Palace of The Golden Horses Hotel yang sudah berpengalaman selama 12 tahun dalam bidang itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>AMPANG &#8211; Masyarakat urban di Lembah Klang yang ingin merasai suasana nostalgia kenduri kahwin mewah berkonsepkan ala Melayu<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":6319,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[16,6],"tags":[376,374,375,373],"class_list":["post-6315","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bisnes","category-rakyat","tag-ala-kampung","tag-hotel-flamingo","tag-kenduri","tag-seri-melayu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6315","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6315"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6315\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6333,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6315\/revisions\/6333"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6319"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6315"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6315"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6315"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}