{"id":6429,"date":"2023-03-29T20:05:00","date_gmt":"2023-03-29T12:05:00","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6429"},"modified":"2023-03-29T20:05:45","modified_gmt":"2023-03-29T12:05:45","slug":"isteri-bantah-sam-bunkface-pinda-nafkah-anak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6429","title":{"rendered":"Bekas isteri bantah Sam Bunkface pinda nafkah anak"},"content":{"rendered":"<p>SHAH ALAM &#8211; Bekas isteri vokalis Bunkface, Aida Azira membantah permohonan Sam meminda nafkah ke atas anak lelaki mereka, Maleeq di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini, pada Selasa.<\/p>\n<p>Peguam mewakili Aida Azira, Liyana Sihar menjelaskan, pihaknya tidak mendapat sebarang maklumat terperinci mengenai pindaan yang ingin dimohon Sam.<\/p>\n<p>Malah, katanya Aida, 36, turut meminta Sam mengemukakan bukti sekiranya dia tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan yang menyebabkan dia ingin meminda nafkah anak mereka.<\/p>\n<p>\u201cDia kenalah buktikan kalau betul tiada job atau pendapatan. Tapi tengok di media sosial, macam tak sama pun situasinya dengan apa yang dia cakap.<\/p>\n<p>\u201cSebab itulah saya bantah kerana nafkah anak memang tanggungjawab dia dan wajib dibayar secukupnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ditanya kali terakhir Sam, 35, bertemu Maleeq, 6, Aida berkata, sudah enam bulan penyanyi itu tidak berjumpa dengan anak mereka.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Aida mendedahkan, anak ada cuba menghubungi bapanya itu, tetapi panggilan tidak dijawab.<\/p>\n<p>\u201cMungkin dalam lima atau enam bulan sejak tahun lalu. Dia yang tak jumpa anak. Sudah tentu anak ada mencari dia.<\/p>\n<p>\u201cAnak saya cuba untuk menghubungi dia tetapi panggilan tidak dijawab. Hubungan kami pun macam itu sajalah. Berhubung hanya untuk anak,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Sam dilaporkan enggan memberi sebarang kenyataan berkaitan pindaan nafkah.<\/p>\n<p>Terdahulu, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom dan Aida Azira Hussin hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi sebutan kes pindaan nafkah mereka semalam.<\/p>\n<p>Sam hadir ditemani adiknya yang juga pelakon, Siti Saleha<\/p>\n<p>Sam dan Aida berkahwin pada 2015 dan bercerai selepas kira-kira hampir empat tahun hidup bersama, dan dikurniakan seorang anak lelaki.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SHAH ALAM &#8211; Bekas isteri vokalis Bunkface, Aida Azira membantah permohonan Sam meminda nafkah ke atas anak lelaki<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":6430,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[],"class_list":["post-6429","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6429","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6429"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6429\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6432,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6429\/revisions\/6432"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6430"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6429"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6429"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6429"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}