{"id":6490,"date":"2023-04-01T18:17:15","date_gmt":"2023-04-01T10:17:15","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6490"},"modified":"2023-04-01T18:32:48","modified_gmt":"2023-04-01T10:32:48","slug":"yir-th-bantu-800-pendeposit-akaun-mula-langkah-pertama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6490","title":{"rendered":"YIR, TH bantu 800 pendeposit akaun mula langkah pertama"},"content":{"rendered":"<p>PUCHONG &#8211; Kelebihan Tabung Haji (TH) sebagai antara instrumen pelaburan terbaik memberi pelbagai manfaat kepada pendepositnya termasuk untuk dana kecemasan.<\/p>\n<p>Justeru, pihak pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) mengambil keberkatan pada bulan Ramadan untuk menggalakkan golongan bersasar supaya membuka akaun TH dengan kadar minimum RM2 sahaja.<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif YIR, Datuk Rozzana Rahmat berkata, pihaknya mengadakan kerjasama dengan TH untuk mengadakan program sumbangan kepada golongan asnaf, sekali gus menggalakkan rakyat membuka akaun berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Pada program ini, pihak YIR dan TH menyampaikan sumbangan berbentuk keperluan asas seperti beras, gula, susu, sirap, sardin, kepada kira-kira 100 orang yang betul-betul asnaf.<\/p>\n<p>&#8220;Pada masa yang sama, kami galakkan mereka dan penduduk di sekeliling mereka untuk membuka akaun TH supaya mereka boleh menyimpan dengan niat untuk menunaikan haji nanti,&#8221; katanya kepada media.<\/p>\n<p>Rozzana berkata demikian pada program Sumbangan Ihsan Ramadhan TH Wilayah Persekutuan bersama My#INFAQIHSAN di pekarangan Surau AsSyakirin, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, di sini, pada Sabtu<\/p>\n<p>Turut hadir, Pengarah TH Wilayah Persekutuan, Ezham Leman.<\/p>\n<p>Rozzana yang juga pengasas My#INFAQIHSAN itu berkata, pihaknya menyasarkan 800 pendeposit TH pada program itu dengan turut memberi sumbangan dana modal pembukaan akaun.<\/p>\n<p>&#8220;Kita nak mereka ada kesedaran yang mereka perlu ada akaun TH, yang sudah berumur pun ada yang belum buka akaun.<\/p>\n<p>&#8220;Tetapi selepas buka akaun, Allah akan buka jalan untuk niat membuka akaun ini, juga langkah pertama menunaikan haji,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, TH juga disifatkan sebagai instrumen pelaburan terbaik, selain modal paling minimum, ia juga tiada had simpanan dan pengeluaran.<\/p>\n<p>Keuntungan tahunan TH juga akan dikongsi kepada pendeposit melalui pengagihan hadiah dalam bentuk dividen dan bonus.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, TH juga boleh dianggap instrumen simpanan terbaik untuk dana kecemasan, dana rizab atau simpanan perbelanjaan (duit yang disimpan untuk dibelanjakan seperti membeli barang atau pergi melancong).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUCHONG &#8211; Kelebihan Tabung Haji (TH) sebagai antara instrumen pelaburan terbaik memberi pelbagai manfaat kepada pendepositnya termasuk untuk<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":6494,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[6],"tags":[479,480,481,477,476,478,475],"class_list":["post-6490","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rakyat","tag-pendeposit","tag-ramadhan","tag-sumbangan","tag-tabung-haji","tag-th","tag-yayasan-ihsan-rakyat","tag-yir"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6490","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6490"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6490\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6493,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6490\/revisions\/6493"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6494"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6490"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6490"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6490"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}