{"id":6517,"date":"2023-04-03T14:40:41","date_gmt":"2023-04-03T06:40:41","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6517"},"modified":"2023-04-03T14:42:02","modified_gmt":"2023-04-03T06:42:02","slug":"kkm-jpa-digesa-bincang-mogok-doktor-kontrak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6517","title":{"rendered":"KKM, JPA digesa bincang Mogok Doktor Kontrak"},"content":{"rendered":"<p>KAJANG &#8211; Dua kementerian digesa untuk duduk semeja berbincang mengenai penyelesaian isu mogok doktor kontrak yang seolah-olah menjadi polemik bermusim, dan semakin kritikal.<\/p>\n<p>Sebagai pemain industri, Ketua Pegawai Eksekutif Kajang Plaza Medical Centre (KPMC), Datuk Saroni Judi berkata, dua kementerian berkenaan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).<\/p>\n<p>Katanya, KKM dan JPA perlu berdepan isu ini kerana ia babitkan sekuriti (keterjaminan) dan kebajikan pekerja.<\/p>\n<p>&#8220;Saya ingin berkongsi fakta, isu<br \/>\ndoktor kontrak bermula 2017 sehingga 2022, 3,400 doktor kontrak letak jawatan daripada  29,548 keseluruhan doktor kontrak atau 11.5 peratus.<\/p>\n<p>&#8220;Lagi membimbangkan, daripada jumlah itu pada tahun 2022 sahaja 1,354 doktor kontrak letak jawatan dan kadar meningkat dari tahun ke tahun.<\/p>\n<p>&#8220;Mengikut fakta kajian daripada 70,000 sampel doktor, 2,558 doktor kontrak mengalami stress, 3,475 keresahan dan 2,123 kemurungan, ini harus diberi perhatian.<\/p>\n<p>&#8220;Berbalik kepada mogok doktor, isu sebenarnya yang mereka mahu adalah sekuriti iaitu lantikan terus ke jawatan tetap tanpa syarat serta lain-lain tuntutan dan inilah perlu dibincangkan KKM dan JPA, &#8221; katanya ketika ditemui media di pejabatnya di KPMC, di sini.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai mogok doktor kontrak selama tiga hari di seluruh negara bermula hari ini, susulan dikatakan kecewa dan tertekan dengan sistem penjagaan kesihatan negara.<\/p>\n<p>Saroni juga mendakwa, prinsip pegawai perubatan adalah fokus kepada pesakit, namun jika berlaku piket atau demonstrasi daripada mereka, bermakna isu berkenaan kritikal.<\/p>\n<p>&#8220;Ini bermakna sistem perlu diperbetulkan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Menurut akaun Instagram &#8216;Mogok Doktor Malaysia&#8217; setakat semalam, mereka merancang meneruskan mogok berkenaan dengan mengambil cuti sakit dan cuti kecemasan tetapi tidak membabitkan perhimpunan.<\/p>\n<p>Langkah itu adalah protes terhadap sistem tidak adil dan gaji rendah dalam sektor penjagaan kesihatan awam.<\/p>\n<p>Kumpulan itu juga memberi amaran kira-kira 3,000 doktor kontrak akan meletak jawatan daripada KKM secara berperingkat.<\/p>\n<p>Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, dilaporkan berkata Pengarah Kesihatan negeri dan hospital di seluruh negara diarah berada dalam keadaan berjaga-jaga, sebagai persediaan sekiranya kumpulan doktor kontrak meneruskan rancangan mengadakan mogok.<\/p>\n<p>Peringatan yang dikeluarkan KKM terhadap penjawat awam supaya tidak menyertai mana-mana perhimpunan haram adalah selaras Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 30 Jun 2011.<\/p>\n<p>Surat itu kembali disiarkan di Facebook KKM dengan Unit Integriti kementerian itu menyatakan pembabitan penjawat awam dalam perhimpunan haram adalah melanggar Peraturan 4 (1) dan 4(2), P.U.(A) 395\/1993.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KAJANG &#8211; Dua kementerian digesa untuk duduk semeja berbincang mengenai penyelesaian isu mogok doktor kontrak yang seolah-olah menjadi<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":6519,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[498,496,495,499,497],"class_list":["post-6517","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-doktor","tag-jpa","tag-kkm","tag-mogok","tag-mogok-doktor-kontrak"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6517","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6517"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6517\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6521,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6517\/revisions\/6521"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6519"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6517"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6517"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6517"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}